Wanita cantik sering kali mendapat perhatian. Apatah lagi jika mempunyai pakej lengkap seperti berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Baru lah kena dengan gelaran ‘Beauty With Brains‘.
Baru-baru ni, viral di media sosial seorang wanita cantik iaitu Fasiha Latiff yang juga merupakan adik kepada Fatiya Latiff bergelar doktor di usia 25 tahun.
Bukan saja cantik, bertudung, pandai bergaya tapi juga baru saja menamatkan pengajian di luar negara dan bergelar seorang doktor pula tu. Hebatnya!
Ads
Fasiha baru saja menamatkan pengajiannya di Trinity College Dublin dalam bidang perubatan.
Ads
Majlis graduasi tersebut turut dihadiri oleh Fatiya Latiff dan kedua ibu bapa mereka. Mesti sejuk perut ibu yang mengandungkan Fatiya dan Farisa kerana melahirkan anak-anak bukan saja pandai, tapi cantik juga.
Ads
Mana yang tak tahu, Fatiya Latiff bukan saja merupakan seorang pelakon dan model. Bahkan, dia juga memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, UiTM.
Berbalik kepada cerita asal, gambar majlis graduasi Fasiha mula tersebar di media sosial dan menjadi perhatian netizen kemudian disusuli dengan ucapan tahniah dan pujian. Iya lah, wanita cantik dan pandai memang berhak mendapat pujian setinggi gunung.
Lepas ni, semakin ramai lah yang tiba-tiba selalu sakit dan nak jumpa doktor. Hari-hari sakit pun tak apa sebab dapat jumpa doktor macam Fasiha. Terus elok.
Sekali lagi, tahniah diucapakan kepada Fasiha Latiff kerana berjaya menjadi seorang doktor dan diharapkan kejayaan wanita ini akan menjadi inspirasi untuk wanita lain di luar sana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ya Allah Ya Tuhanku. Tolong panjangkan post ini sampai Aisya dijumpai. Bangun sahur, pintu dapur terbuka. Aisya di sebelah hilang. Dua telefon bimbit juga hilang.
Harta kau nak ambil, ambillah semua, tapi tolong pulangkan anak aku. Tolong sangat-sangat! Tolong viralkan post ini, tolong.”
Itu rayuan seorang ibu, Diela Yusofe di laman facebooknya semalam selepas mendapati bayi perempuannya Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan hilang ketika mahu bersahur.
Namun pada hari yang sama, bayi itu dijumpai semula tiga jam sebelum berbuka di kawasan semak berdekatan sebuah pencawang elektrik di sekitar Muar.
Terbaru, di laman facebooknya, Diela Yusofe ada meluahkan rasa bersyukur kerana anaknya selamat kembali ke pangkuan dengan keadaan masih bernyawa.
“Saya mohon doakan anak saya kembali sihat, hilang trauma yang dia hadapi kini, dan hilangkan kesakitan yang dialami, Alhamdullilah dia kembali kepada saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa..saya sangat beryukur.”
Walaupun bayinya itu dijumpai semula dalam keadaan selamat, hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan muka anaknya yang bengkak dan bernanah akibat gigitan nyamuk, semut dan binatang-binatang kecil.
Ya Allah, luluh hati bila melihat gambar Aisyah yang tidak berdosa sehingga jadi begini. Semoga Aisya cepat sembuh ya sayang.
Sumber: Facebook Diela Yusofe.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan pempengaruh terkenal, Maryam Younarae atau Maryam Durian Kimchii yang kini dilihat semakin anggun dan berseri wajahnya selepad nekad berhijrah menutup aurat sekitar awal bulan ini.
Dan baru-baru ini, Maryam ada berkongsikan gambar momen bersama ibunya yang hadir menziarahi dia dan suami di Malaysia.
Menerusi perkongsian itu, Maryam dilihat membawa ibunya menziarah masjid untuk menunaikan solat subuh serta menghadiahkan wanita itu telekung.
Menurut isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim itu, dia cukup terharu apabila ibu tercintanya itu menyuarakan hasratnya untuk membawa pulang telekung itu ke Korea Selatan kerana ingin perlahan-perlahan belajar solat ketika di sana.
“Ibu ikut saya pergi solat Subuh di Masjid pagi tadi, Alhamdulilah dan Insya-Allah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya”.
Maryam juga dilihat turut meluahkan rasa sedih ketika mahu menghantar ibunya pulang ke Korea Selatan selepas beberapa hari berada di Malaysia.
Ibu kepada seorang anak dan juga isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim itu menyatakan setelah hampir tiga tahun berkelana di Malaysia dia sangat merindui kasih sayang dari ibunya. Lantas, kehadiran ibunya ke Malaysia sedikit sebanyak mengubati kerinduannya.
“Di Malaysia, saya sendirian tanpa keluarga sejak 3 tahun yang lalu dan saya banyak mengharungi hidup saya sebagai seorang ibu kepada anak saya. Sepanjang tempoh itu, saya banyak menghabiskan masa membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada anak lebih daripada diri saya sendiri sehinggalah ibu datang melawat.”
Melihat pada ruangan komen hantaran berkenaan, ramai pengikut serta warga maya yang teruja dengan niat ibu kepada Maryam dan mendoakan semoga pintu hati ibunya terbuka untuk menganuti agama Islam.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang yang baik dan menyenangkan, berita kehilangan bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman sejak November tahun lalu pantas menjadi buah mulut masyarakat. Antara yang cemas dan merayu kepulangannya adalah ‘geng lama TV3’ sendiri iaitu Senator Datuk Ras Adiba Radzi serta Zakiah Anas.
Kurang dikenali dan tidak bergaul dengan jiran tetangga, mungkin menjadi antara faktor yang membuatkan kehilangan Zalina Azman terus menjadi tanda tanya.
Memetik tinjauan Sinar Harian ke kediamannya sebentar tadi, rumah Zalina Azman kelihatan tidak berpenghuni dan lengang dengan pembinaan pagar yang masih belum siap.
Jiran-jiran turut memaklumkan bahawa mereka tidak pernah bersemuka atau berselisih dengan wanita itu sejak beliau berpindah beberapa tahun lepas (sumber).
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina Azman berhubung kehilangan itu pada 28 November tahun lalu.
“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.
Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.
Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun. Turut ditemui beg duit milik ibunya yang masih mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.
Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa.” Kenyataan Pihak Polis
**********************************
Nak sihat tapi tak sempat nak berjoging, sekarang Nona guna je benda (klik sini) macam ni di rumah. Dapat lari 15 minit pun dah berpeluh sakan, lemak terbakar dan badan rasa ringan. Boleh guna kod promo NONGSP5 untuk diskaun.
**********************************
Hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum turut disebarkan bagi membantu siasatan kes terbabit. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai fizikalnya iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158cm.
Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622.
Turut cemas dengan berita kehilangan ini adalah rakan baik Zalina Azman iaitu Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dan Datuk Aznil Nawawi.
“Di mana awak Zally? Tolonglah pulang, pulang ke rumah.” Datuk Ras Adiba
“Siapa yang ada maklumat di mana kawan Pak Nil, Zalina Azman berada tolong hubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Sabturia 03-55194622.” Datuk Aznil Nawawi.
Memetik jawapan Zakiah Anas kepada Berita Harian (sumber), kehilangan sahabatnya itu amat mengejutkan kerana Zalina sangat baik dengan semua orang.
“Saya antara geng lama yang memang rapat dengannya, selain Dang Suria, Sharifah Shawati dan Senator Datuk Ras Adiba Radzi sejak kami bekerja di studio TV3, Jalan Liku, Bangsar.
Tapi dia langsung tak dapat dihubungi. Malah kalau telefon, tiada dering. Itu pun sangat lama, saya rasa dalam beberapa tahun lalu saya cuba menghubunginya.
Kami ingatkan Zalina mahu menjalani kehidupan ‘low profile’, jadi kami hormati pendiriannya. Namun, kami terkejut apabila anaknya membuat laporan polis.” Zakiah Anas
RAYU PULANG
Mengakui ‘lost contact’ sejak tidak bekerja dengan TV3, Zakiah Anas turut berkongsi bahawa Zalina juga tidak mempunyai akaun media sosial seperti Facebook atau Instagram.
“Dia seorang yang sangat baik dan semua orang sayang dan sukakannya. Dia bukanlah seorang yang dibenci. Jujurnya, memang ada persoalan di mana Zalina sebab lama tak jumpa setiap kali ada pertemuan dengan rakan-rakan.” Zakiah Anas
Sepertimana Zakiah, Datuk Ras Adiba dan Datuk Aznil, kehilangan bekas pembaca berita legenda ini cukup berbekas di hati ramai orang. Semoga Zalina Azman segera ditemui, insyaAllah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.