Kebanyakkan dari kita apabila mendengar puji-pujian pastinya merasa gembira dan bahagia, namun lain pula yang dialami oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani yang mengakui sukar baginya menerima puji-pujian terutamanya sejak berhijrah enam tahun lalu pada 2019.
Lisa mengakui bahawa dia menjadi sangat takut dengan perkara puji pujian ini. Tidak hairanlah sehingga kini Lisa kelihatan kurang selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya, meski perkara berkenaan menerima komen positif peminat dan warganet.
Lisa Bimbang Pujian Bertukar Menjadi Suka
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka.
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Pelakon Istanbul Aku Datang itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Ads
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
Hati Manusia Sifat Rapuh, Perlu Berprinsip Untuk Istiqamah!
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
Ads
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab namun dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
Ads
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Pelakon kecil molek Noorkhiriah Ahmad Shapie bukan asing kepada peminat drama dan filem tempatan. Namun, namanya kembali mekar setelah membawa watak sebagai Aishah dalam drama rantaian, Nur dan Nur 2.
Tidak seperti wataknya dalam drama, Noorkhiriah bahagia bersama suaminya, Azfaizul Ahtan dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff. Pada tahun lalu, Noorkhiriah telah mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkatnya.
Namun, apa yang mencuri perhatian apabila Noorkhiriah telah bermurah hati untuk menukar kereta mewahnya, MPV Hyundai Grand Starex menjadi van jenazah seperti yang telah dikongsinya di laman media sosial.
Foto: Instagram @khiriah17
“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Saya sayang, maka saya jadikan kereta ini sebagai van jenazah,” coret Noorkhiriah di laman Instagramnya.
Menurut Noorkhiriah perkhidmatan van jenazah itu akan diberi secara percuma kepada yang memerlukan. “Bagi yang memerlukan dialu-alukan. InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti saya akan beritahu. Terima kasih juga pada yang menyumbang,” kata Noorkhiriah tentang niat murninya itu.
Noorkhiriah mengharapkan orang ramai mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam melakukan perkara baik. “Saya tak kaya tapi sebelum meninggal dunia saya nak tinggalkan sesuatu buat semua. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan diri sendiri, amin,” coretnya lagi.
Mulia sungguh hati Noorkhiriah sanggup memberi apa yang dia sayang untuk kegunaan perkara yang baik. Semoga lebih ramai lagi insan berhati mulia seperti Noorkhiriah ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Lisa Surihani yang popular dengan lakonannya dalam filem ‘Istanbul Aku Datang’ antara selebriti yang mengikut trend semasa dan sering berkongsi perkembangan semasa berkaitan karier dan kehidupan peribadinya di akaun media sosial.
Memiliki lebih 4.5 juta pengikut di Instagram, Datin Lisa Surihani menegaskan bahawa perkongsiannya bukan untuk menarik perhatian ramai mahupun mengikut trend, sebaliknya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.
Memetik perkongsian Datin Lisa Surihani yang merupakan isteri penyanyi dan komposer tersohor, Datuk Yusry Abdul Halim, kebanyakan hantaran yang dimuat naik di Instagram peribadinya berbentuk petikan kata-kata serta foto dan video rutin kehidupannya ketika bekerja mahupun bersama keluarga.
“Selalunya bila kita nampak petikan kata-kata yang mungkin menyentuh hati atau memberi semangat dan inspirasi, kita akan kongsikan ia sebagai ‘Ini satu peringatan yang baik untuk diri saya,” kata ibu kepada tiga anak ini.
Pemilik nama penuh Lisa Surihani Mohamed turut meluahkan kesyukuran jika hantarannya itu meninggalkan kesan positif kepada para pengikut dan peminatnya.
“Kalau orang lain rasa terkesan atau bermanfaat kepada mereka, alhamdulillah.
“Mungkin hantaran itu dapat membantu seseorang yang sedang mengharungi situasi sama di luar sana,” ungkap Datin Lisa Surihani.
Setiap kali melihat penampilan Datin Lisa Surihani, tenang dan sejuk saja mata memandang. Benar-benar mengikut syariat Islam.
Bertuahnya Datuk Yusry memiliki seorang isteri yang solehah!
Selain ibadah yang kita laksanakan, yang kita kena cuba sebaiknya untuk kekal istiqamah adalah cara pemakaian kita sebagai seorang Islam.
“Ianya agak mencabar especially bila kita hidup di dunia yang banyak pengaruh dan sebagainya, kita kena sentiasa berdoa dan bergantung kepada Allah SWT supaya apa jua yang kita lakukan dari segi tingkah laku atau percakapan, cara kita berfikir dan pandangan kita kepada sesiapa semuanya diredhai Allah SWT.
“Apa yang semalam tu yang mungkin boleh diperbaiki harapnya dapatlah kita laksanakan, Insha-Allah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu ciri usahawan berjaya adalah berani bertindak. Tapi bukan sebarangan tindakan, sebab tanpa strategi dan perancangan yang mantap apa juga perniagaan pun boleh runtuh dalam masa singkat. Namun, kisah kejayaan yang dikongsikan wanita muda ini nyata membuka mata ramai pihak terutamanya golongan wanita yang mahu meraih pendapatan sendiri selain meringankan beban suami.
Percaya atau tidak, Aifa Azlan yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan dulunya merupakan seorang jururawat kini mampu bergelar jutawan menerusi produk minuman detoks Aijuice Dossier dan produk lipstik Sistho. Khabarnya, usahawan ini juga memiliki sebuah butik di Kuantan, Pahang. Tahniah Aifa kerana mencipta sebuah lagi kisah inspirasi buat semua wanita di Malaysia.
=====================
Tulis Aifa menerusi Facebooknya,
“Aku sedar diri. Aku ni kaki shopping. Boros pulak tu. Sebab tu walau pun dulu aku ni nurse bergaji RM 2600 sebulan tetap jadi dropship.
RM 2600 sebulan? Bukan tak bersyukur. Tapi memang tak cukup. Sewa bilik je pun dah RM300. Kereta masa tu aku rembat kereta suami aku je. Myvi merah legend dia tu. Save la sikit duit aku. Tapi tak save jugak. Masa kerja dekat Ampang, aku makan dekat kedai setiap hari. Nak ke kedai kena isi minyak kereta.
Lepas tu dah makan, gedik nak cuci mata dekat Pavilion. Nak ke Pavi ada pula tol. Masyallah ingat RM 2600 cukup? Nak bagi dekat mak ayah lagi. Menangis aku depan ATM setiap kali tengok balance duit aku bila hujung bulan.
That’s why aku nekad buat bisnes. Biar lah orang cakap apa pun ku teruskan jua selfie dengan produk jualanku. Masa tu aku selalu cakap dalam hati aku, nak berjaya kena kuat! Before umur 30 tahun aku kena resign kerja. Aku tak minat jadi nurse!
Tuhan dengar doa aku. Di usia 25 tahun, servis tak sampai 2 tahun aku nekad untuk resign. Before resign aku dah tengok cashflow dalam akaun bank aku selama 6 bulan. Kalau gaji kerja hakiki aku RM 2600 sebulan tapi side income aku pula lebih RM 100k sebulan kau rasa better pilih fokus yang mana?
Kata DAO nak resign pastikan pendapatan kita dalam bisnes 5x ganda dari gaji hakiki kita. That’s why aku pilih resign kerja dan fokus buat bisnes. Syukur alhamdulillah. Berhenti je kerja Tuhan permudahkan urusan aku keluarkan produk sendiri yang diberi nama Aijuice Dossier. Dan untuk tahun pertama sales untuk AD sahaja more than 1 million.
Untuk produk terbaru Sistho, iaitu produk gabungan aku dan Kak Long aku dalam masa 2 bulan kami dah restock 70k pieces sistho lipmatte. Ni tunggu foundation pula siap. Memang kali ni saya nak berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang di luar sana.
Tapi tu laaa tak sangka dari seorang dropship kini aku dah berjaya bina empayar bisnes sendiri. Kalau dulu kerja hakiki aku ialah jururawat sekarang aku CEO kepada Aifira Sdn Bhd.”
=====================
Meskipun kini Aifa sedang hamil namun wanita hebat ini tetap gigih mempromosikan produk jualannya menerusi media sosial. Hendak berjaya bukan mudah, dalam keadaan sakit pun masih komited merencana strategi demi kehidupan yang lebih baik. Syabas diucapkan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.