Sejak beralih tampuk pemerintahan baru, bukan saja golongan ahli politik menerima kecaman hebat masyarakat. Bahkan, selebriti tanah air turut berdepan situasi sama. Dari hari PRU-14 selesai sehinggalah ke hari ini, masih ada suara-suara sumbang yang melabel beberapa nama anak seni tanah air sebagai ‘lalang’. Semuanya berikutan tindakan selebriti terlibat yang memuat naik foto mereka bersama ahli politik di media sosial.

IKLAN

Yang pasti, persepsi berkenaan mengundang rasa kurang senang di kalangan selebriti sendiri. Bukan bermaksud mahu menegakkan benang basah.. jauh sekali untuk mengampu kepimpinan baru tetapi sebagai anak seni, mereka berharap penglibatan mereka dalam industri seni muzik tidak dicampur adukkan dengan ideologi politik mana-mana parti. Antara yang mengakui terkesan dengan perkara itu adalah aktres cantik, Catriona Ross.

‘Foto Bersama YB Saya Simpan Lama …’ CATRIONA ROSS Luah Rasa Yang Terbuku Di Hati!

Berkongsi status di IG @catrionabrianross semalam, dia mengambil keberkatan malam istimewa Ramadan untuk menyatakan apa yang tersirat di hatinya selama ini.

“Foto saya bersama YB Nurul Izzah saya simpan lama because I knew uploading this picture back then will bring harm to me. Suatu waktu dulu, selebriti dan personaliti tanah air barangkali berada on a ‘watch list’ yang mana foto-foto begini jika dilihat boleh mengakibatkan seseorang selebriti digam, digantung kerja, ditamatkan kontrak dan sebagainya. All in the name of capitalism.

Today, I ask from anyone and everyone, pada kerajaan terkini juga seandainya bertukar tangan di masa hadapan, allow us what was written in the Declararion of Independence. Jika benar kita merdeka dari penjajah, let us be. Jika benar kami anak merdeka, let us be, Jika benar jiwa-jiwa dan hati-hati kita merdeka, allow us untuk bebas bercerita kisah dan berkongsi rasa in the name of Freedom of Speech.

IKLAN

‘Foto Bersama YB Saya Simpan Lama …’ CATRIONA ROSS Luah Rasa Yang Terbuku Di Hati!

Hentikan penganiyaan pada selebriti dan personaliti kerana terlanjur mempamerkan foto individu berlainan kelompok. Hentikan sekatan rezeki buat selebriti dan personaliti kerana mungkin fahaman politik barangkali berbeza. Bukankah kata kita, kita sudah merdeka?”

IKLAN

Betul juga apa yang diperkatakan Catriona tu. Sebagai rakyat yang menuju negara maju, isu seperti ini tidak seharusnya diperbesarkan atau menjadi ‘modal’ untuk menutup periuk nasi mana-mana individu. Berfikirlah secara matang demi kebaikan bersama. Moga Malaysia terus sejahtera dan berjaya tidak hanya berlandaskan ekonomi dan pembangunan semata-mata bahkan peningkatan modal insan.

 

Sumber: Instagram @catrionabrianross

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI