Hari gaji tiba dan kita semua hanya berlegar di dalam rumah demi menyahut seruan stay safe at home! Nah, bagi pencinta fesyen, mungkin ini masanya untuk shopping online, cuci mata dan beli pakaian baru.

Rindu rasanya mahu membeli-belah seperti dulu. Bebas memilih baju-baju yang tergantung, mencuba di fitting room dan menerima layanan oleh jurujual yang mesra. Semua begitu selesa dan memuaskan.

IKLAN

Sayang sekali, zaman sudah berubah. Demi keselamatan dan kesihatan kita, amalan penjarakan fizikal serta transaksi contactless diwajibkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Butik-butik juga perlu kerap disanitasi.

Walaubagaimanapun, khabar dari Pomelo ini antara yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca Majalah Nona.

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

PELBAGAI STAIL 

Platform fesyen ternama di Asia Tenggara, Pomelo, kini menembusi pasaran Malaysia dengan pembukaan butik flagship pertamanya di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.

Meskipun dirasmikan sewaktu PKP berkuat kuasa, namun perniagaan fesyen berasaskan omnichannel ini tetap yakin menawarkan pengalaman terhebat melalui saluran sedia ada.

Omnichannel bermaksud urus niaga pelbagai saluran memfokuskan matlamat keselesaan pelanggan sama ada secara dalam talian, menggunakan apps mudah alih, laptop atau butik fizikal.

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

Apabila menjengah ke dalam butik seluas 2,250 kaki persegi ini, atmosfera menyeronokkan mula terasa apabila meninjau ke segenap ruang. Rona putih melatari dinding dengan susun atur perabot yang minimalis namun menerbitkan aura fun!

IKLAN

Bagi ‘melembutkan’ suasana, kemasan partition berasaskan kayu serta pohon-pohon hijau menghiasi sudut. Ini selari dengan prinsip jenama ini iaitu sustainable fashion yang menjadi tunjang penciptaan.

Selain pakaian, ada juga sudut untuk aksesori seperti beg tangan dan kaca mata. Ah, tak sabar rasanya mahu membelek lebih 1,600 produk yang ditawarkan!

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

IKLAN

 

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

Antara yang menarik selain pelbagai t-shirt Pomelo yang terkenal adalah koleksi baharu termasuk dari himpunan Spring Summer 2021. Ada juga statement tops dan denim ombre yang dihasilkan dari material kapas organik, serta koleksi eksklusif Looney Tunes.

Terdapat juga ruangan khas Tap.Try.Buy iaitu ciri membeli-belah baru – secara online ke offline di suatu sudut. Pelanggan bebas untuk memilih beribu-ribu stail secara online, cuba di butik dan bayar item yang disukai sahaja. Mudahnya!

From Online-To-Offline, Ayuh Jelajah Butik Omnichannel Pertama Pomelo Di Malaysia!

 

Selain Malaysia, Pomelo juga sudah bertapak di beberapa negara lain seperti Thailand, Singapura dan Indonesia. Ia menyasarkan pembukaan lebih banyak butik fizikal sebagai usaha meletakkan jenama ini sebagai pilihan No. 1 di rantau Asia Tenggara.

Semoga ada rezeki kita untuk menjengah butik Pomelo ini selepas pandemik COVID-19 berakhir nanti. Tak sabar nak shopping macam dulu!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI