Satu KEKASIH cukup ke? Itu tagline yang dibawa empat beradik yang cukup riuh dan kecoh setiap kali megadakan sesi siaran langsung di aplikasi TikTok.
Pekat bertutur dalam loghat utara, empat beradik ini saling berbalas cakap semata-mata bagi mempromosi dan menjual produk, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana komitednya mereka dalam perniagaan.
Dengan hanya meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, KEKASIH yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, kian dikenali dan berada di kelas tersendiri.
Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.
Keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran.
Ads
Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KEKASIH muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan moisturiser.
Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.
“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser. Macam kosmetik tu ada empat warna ‘best selling’ yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.
“Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera.
Ads
“Dari segi harga pula, satu pek RM19 dwj paling mahal pun RM69. Dalam erti kata lain, kalau beli semua tak sampai RM100,” katanya.
Berkongsi lanjut, Tila yang juga pelakon berkata, dia dan adik beradik bersyukur apabila jenama KEKASIH terus mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak.
Menurutnya, resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran adalah keberkatan hubungan adik beradik.
“Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun.
Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan KEKASIH. Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami.
Ads
“Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH.
“Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan KEKASIH juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hanga-hangat tahi ayam,” katanya.
Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka.
“Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.
“Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, KEKASIH bangkit semula,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktres Hollywood yang juga bintang Maleficent: Mistress of Evil, Angelina Jolie bukan saja terkenal kerana kejelitaannya bahkan sebagai aktivis kemanusiaan serta ikon kecantikan.
Selain rajin bersenam, bekas isteri Brad Pitt ini juga menjaga pemakanannya.
Angelina lebih gemar memilih makanan berkhasiat untuk tubuhnya seperti kaya protein, antioksidan, asid lemak omega-3, serat, karbohidrat kompleks dan rendah kalori.
Kredit Foto; Instagram Angelina Jolie Fans.
Bagi mengekalkan kesihatan tubuh dan kulit pula, Angelina mengamalkan minum banyak air yang dicampur dengan jus lemon.
Dia juga menghadkan pengambilan makanan ringan, alkohol, makanan tinggi gula dan garam serta bahan-bahan lain yang berpotensi menyerap air daripada tubuh.
Kredit Foto; Instagram Angelina Jolie Fans.
Seterusnya, Angelina turut membahagikan makanannya kepada 4-6 bahagian kecil setiap hari dan bukannya terus mengambil makanan yang banyak.
Cara ini dapat mengelakkan makan secara berlebihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suka tengok perwatakan dan peribadi anak perempuan Puan Sri Normala Samsuddin, Dr Ruhila Roslan. Orangnya bukan je cantik tapi cukup sopan terutama ketika berbicara. Tak ubah seperti ibu tersayang dan bagai ‘jelmaan’ personaliti TV popular tersebut yang sarat dengan ciri wanita Melayu penuh kesantunan.
Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 4 Januari lepas, tanggal 30 Mac 2022 merupakan ulang tahun kelahiran Dr Ruhila yang ke-30. Yang pasti, semakin meningkat usia, semakin terserlah keayuan doktor gigi ini.
Tahun lalu ketika birthday Dr Ruhila yang ke-29, Puan Sri Normala ada berkongsi zaman kanak-kanak anakanda tersayang di media sosial miliknya. Daripada perkongsian tersebut jelas menunjukkan Dr Ruhila seorang anak yang menyenangkan dan bertimbang rasa.
Malah, Puan Sri Normala mendedahkan anak perempuannya itu seorang anak yang taat dan tidak gemar barangan yang terlalu feminin, berkilat dan beropol-ropol.
Lebih menyentuh perasaannya sebagai ibu ialah sikap Dr Ruhila yang meluahkan rasa tidak setuju mengenai sesuatu perkara dengan penuh sopan dan berlapik agar tak menyinggung perasaan kedua-dua ibu bapa.
Sejuk perut ibu mengandung!
Credit Instagram @ruhilaroslanCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecilCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecilCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecilCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecilCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecil
Terbukti, Puan Sri Normala berjaya mendidik Dr Ruhila menjadi seorang wanita yang bukan hanya berpendidikan tinggi, tetapi juga mempunyai peribadi yang baik dan layak dijadikan inspirasi.
Dr Ruhila selamat mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Majid Nazli.
Sementara itu, mengimbas kembali temu bual Nona bersama Dr Ruhila dalam edisi Mei 2020… wanita ayu ini mendedahkan dia berhasrat mengakhiri zaman bujan sebelum usia 30 tahun dan ternyata impian tersebut dimakbulkan Allah.
Semoga Dr Ruhila dipanjangkan usia dan terus dapat berbakti kepada ibu bapa serta menjadi inspirasi ramai.
Kredit foto: Instagram Puan Sri Normala Samsudin & Ruhila Roslan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki kulit yang kusam bukan sahaja membuatkan anda nampak lebih berusia dari umur sebenar anda, malah ia juga menghilangkan aura seri wajah. Kesannya, wajah anda nampak tidak bermaya dan pucat!
Justeru, NONA berkesempatan menemui pelakon jelita, Yana Samsudin untuk bertanyakan apakah amalan yang dilakukan Yana, agar kulit wajahnya sentiasa kelihatan ‘glowing’ dan berseri.
Jelas Yana, selain daripada menggunakan produk yang dijual di pasaran, dia mengelakkan diri daripada melakukan satu perkara ini!
Jangan Buat Perkara Ini Kalau Tak Nak Muka kelihatan ‘Dull’ – Yana Samsudin
Haa.. Pasti anda tertanya-tanyakan? Apakah satu perkara yang perlu dielakkan menurut Yana tu?
Jelas Yana, muka akan lebih ketara kelihatan kusam sekiranya Nonarians kerap menggunakan solekan yang tebal untuk menatarias wajah setiap hari.
Tambahnya, fungsi solekan sememangnya bertujuan untuk menaikkan seri wajah, tetapi jika kerapkali dilakukan seri wajah akan hilang jika anda tidak lagi ‘rajin’ untuk mengenakan solekan.
“Kalau nak bersolek, pastikan tak bersolek setiap hari. Sebab orang yang dah selalu make-up setiap hari ni, bila tak pakai make-up, orang akan nampak muka anda automatik kusam dan tiada seri (dull).
“Tapi kalau anda tak nak muka kusam, gunalah Nivea Luminous 630, sebab dia mencerahkan dari dalam,” katanya sambil berseloroh mempromosikan produk, sebagai duta Nivea.
WAJIB Tanggalkan Solekan Sepenuhnya Jika Enggan Kulit ‘Breakout’
Selain itu, Yana juga mengingatkan para wanita di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
“Bila anda make up, anda mesti remove make-up tu bersih-bersih.
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Dah tahu cara nak elakkan muka kusam kan? Nonarians jangan lupa amalkan apa yang disarankan oleh Yana tu ya. Barulah lepas ni kulit tak nampak lesu dah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.