Sebuah persembahan fesyen telah berlangsung dengan penuh gaya oleh jenama Piecesbyraeesa yang dihadiri oleh orang kenamaan, selebriti serta peminat-peminat fesyen tempatan. Bertempat di butik perhiasan kemas mewah, Chopard persembahan koleksi Raeesa Soiree Spring Summer 2018 ini menampilkan rekaan yang berasaskan batik moden.

IKLAN

Corak cetakan batik dengan elemen abstrak, garis grafik moden disatukan rapi dengan pilihan rona-rona pastel lantas memberikan aura stail moden kontemporari. Dari segi potongan busana pula, sentuhan elemen klasik dengan potongan bersih merupakan identiti jenama ini sejak ia dimulakan lagi.

Gabungan Kemewahan PIECESBYRAEESA bersama CHOPARD. Mengangkat Tinggi Nilai Seni Batik Turun Temurun

Boleh penulis katakan bahawa koleksi ini dari segi jenis rekaan sehingga pemilihan corak dan warna-warna pastel benar-benar menggambarkan ciri-ciri musim bunga. Antara jenis rekaan busana yang dipersembahkan seperti baju kurung kedah, gaun labuh serta gabungan blaus longgar dan seluar. Setiap satunya boleh digayakan kala santai dan ada juga yang sesuai disarung ke majlis-majlis glamor.

IKLAN

Gabungan Kemewahan PIECESBYRAEESA bersama CHOPARD. Mengangkat Tinggi Nilai Seni Batik Turun Temurun

IKLAN

Semestinya setiap satu busana ini dipadankan dengan pilihan aksesori mewah Chopard. Majlis petang itu turut dihadiri oleh Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan juga selebriti terkenal, Siti Saleha dan Sherry Ibrahim.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI