Gadis Melayu yang menetap di New Zealand ini mula mendapat perhatian apabila tersenarai sebagai salah sorang finalis Miss Universe New Zealand (Ratu Cantik New Zealand) 2018. Walaupun berhijab tetapi gadis manis yang mempunyai nama sebenar Nurul Zuriantie Shamsul ini begitu yakin sebaris di atas pentas Ratu Cantik dengan finalis lain yang ‘berambut perang’.
Gadis yang berusia 23 tahun ini sekali lagi mendapat perhatian ramai dan mencipta sejarah peribadinya apabila namanya tertulis di dalam sebuah buku biografi milik Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. Kongsi gadis yang sudah 18 tahun menetap di New Zealand bersama keluarganya ini di laman media sosialnya, “I’ve been meaning to read a book about Jacinda Ardern but never in my life did I expect my name to be mentioned in her biography.
I’ve been inspired by Jacinda Ardern ever since she made a speech at Morrinsville College when I was 18. One thing for sure is that you can still do amazing things no matter who you are or where you come from (even if you are a rural public school girl).
Ads
Nurul Zuriantie bersama kedua-dua ibu bapanya. Foto: Instagram @nurulzbshamsulNurul Zuriantie bersama bapanya. Foto: Instagram @nurulzbshamsul
This is truly an honour for me. Thank you to Michelle Duff (penulis buku biografi Jacinda Ardern) for giving me permission to share the page,” tulis Top 5 Miss Universe New Zealand berketurunan Melayu ini. Gadis kelahiran Ampang, Selangor ini berpindah ke New Zealand ketika di usia lima tahun. Merupakan graduan Psikolgi dari University of Waikato, Hamilton, New Zealand dan mempunyai darah campuran Malaysia-Indonesia.
Jacinta Ardern merupakan Perdana Menteri wanita kedua di dunia yang sedang bertugas selepas Perdana Menteri Wanita Pakistan, Benazir Bhutto. Perdana Menteri New Zealand ini masih muda lagi, baru berusia 39 tahun dan telah berkahwin dengan Clarke Gayford yang merupakan seorang pengantara televisyen di sana.
Nama Jacinda Ardern terus harum apabila disebut sebagai pemimpin negara yang bijak menangani isu COVID-19. Beliau bukan sahaja memegang jawatan tertinggi di New Zealand malah memegang status ibu kepada seorang anak perempuan yang baru berusia dua tahun. Jacinda Ardern berjaya membuktikan kemampuan insan bergelar wanita cukup luar biasa dan sukar ditandingi.
12.12 dah tak lama lagi, apa yang ada dalam chart masing-masing
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan kejayaan penyanyi Black Hanifah menaik taraf kehidupan. Bukan berasal dari keluarga kaya, pelantun lagu Teman Pengganti ini berusaha keras meraih kesenangan hidup sehinggalah berjaya mengumpul beberapa aset demi masa depan. Tahniah!
Baru-baru ini, nama Black kembali menjadi bualan apabila dia membuka sebuah villa peranginan di Pulau Langkawi, Kedah yang dikenali sebagai Rindu D’Villa. Khabar gembira itu dikongsikan Black sendiri di Instagram miliknya sejak Disember lepas dengan menunjukkan setiap perkembangan pembinaan villa berkenaan.
Lebih manis, dia menamakan villa itu sempena nama puteri kesayangan iaitu RIndu Dayyana. Rindu D’Villa dibina berkonsepkan Bali yang terletak di Cow Hill, Kedawang, Langkawi mengambil masa kira-kira tiga bulan.
Jelas pemilik nama Hanifah Md Hanafiah ini, idea pembinaan villa tercetus sejak Oktober tahun lalu ketika negara melalui fasa peralihan ke endemik Covid-19. Apa yang mengagumkan ialah, Rindu D’Villa dibina Black sendiri dan dibantu empat pekerja yang dibawa dari Kuala Lumpur.
Dia yang kini berusia 36 tahun berkata Rindu D’Villa sudah bersedia menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka pada bulan Mac.
Difahamkan, Black juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa depan kerana menganggap ia satu pelaburan yang baik untuk masa depan keluarga.
Saban tahun, pasti ada aset baru yang dimiliki anak seni ini. Januari tahun lalu misalnya, Black berkongsi proses ubah suai kediaman dua tingkat miliknya yang serba moden dan eksklusif.
Pada tahun 2019, dia dilaporkan menghadiahkan ibu bapanya banglo dan tiga chalet iaitu D’Sawah Chalet di Kupang, Baling, Kedah yang harganya dianggarkan mencecah RM200,000!
Black menjelaskan kediaman itu dibina atas tanah milik bapanya selepas mereka berhasrat menetap di kampung.
Black berkahwin dengan Naquia Yasirah Mohd Khairi pada 13 September 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau tanya pada mak-mak nak tak dapat baby kembar, mesti tak ada yang menolak. Hanya sekali mengandung dan lalui proses ‘meneran’ boleh dapat dua sekali, siapa yang tak nak kan. Lebih-lebih lagi kalau dapat kembar secomel dan secantik pasangan kembar dari Los Angeles, Amerika Syarikat ini.
Pasangan kembar, Leah Rose dan Ava Marie yang kini berusia 8 tahun telah dikenali sebagai ‘Kembar Paling Cantik Di Dunia’. Keunikan sebagai pasangan kembar dan dikurniakan wajah yang cantik membuatkan Leah Rose dan Ava Marie telah menjadi model seawal usia 6 bulan lagi.
Menurut ibu kepada pasangan kembar ini, Jaqi Clements anak kembarnya tetap meneruskan persekolahan seperti biasa walaupun sudah bekerja sebagai peragawati. Ibu kepada Leah Rose dan Ava Marie ini memastikan anak-anaknya tidak ponteng sekolah dan menguruskan jadual kerja hanya di waktu petang atau hujung minggu sahaja.
Selepas paparan mengenai kejelitaan pasangan kembar ini di DailyMail.com jumlah pengikut mereka di laman Instagram telah naik mendadak. Sehingga artikel ini ditulis jumlah pengikut mereka sudah mencecah sehingga 1.2 juta pengikut.
Walaupun populariti sudah memuncak tetapi Jaqi Clements tetap menitik-beratkan pendidikan terhadap anak-anaknya. Menurutnya, seorang guru akan ditempatkan di set lokasi seandainya anak-anak kembar ini terpaksa ponteng sekolah.
Kanak-kanak kembar ini tetap membesar seperti kanak-kanak lain. Jika tidak bekerja, mereka melakukan aktiviti harian seperti biasa seperti latihan renang, kelas tarian atau bermain dengan rakan dalam kawasan kejiranan.
Perjalanan karier Leah Rose dan Ava Marie ini diaturkan oleh agensi model mereka, antaranya LA Models, Eris Talent Agency dan God & Beauty. Setakat ini Leah Rose dan Ava Marie pernah beraksi untuk La Petite Magazine, pakaian Petite Adele, V…G-A-PORT…R dan Airfish.
Stigma memerah keringat anak-anak bekerja untuk kepentingan ibu bapa tetap dialami oleh ibu pasangan kembar ini. “Seperkara yang tidak menarik mengenai kehidupan kami apabila ramai menganggap ibu bapa mengambil kesempatan memerah wang anak yang bekerja sebegini.
Perkara ini turut terpalit kepada kami dan mungkin dalam kebanyakan kes, ibu bapa mengeluarkan lebih banyak wang untuk (menyokong minat dan keperluan) anak-anak mereka.
Ibu bapa melaburkan wang hari ini demi menyokong minat anak mereka, membolehkan mereka menjana wang sendiri digunakan untuk ke kolej, membeli kenderaan atau rumah pada masa hadapan. Jika anda berfikir sebegitu, ia tidaklah seburuk mana,” katanya.
Abang adik-beradik kembar ini, Chase Robert, turut melibatkan diri dalam dunia peragaan melalui agensi yang sama.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada manusia mahu berkahwin demi penceraian. Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta pasti ingin dipertahankan waima masalahnya setinggi gunung mencakar awan. Baik pasangan muda mahupun dewasa, perkahwinan semestinya medan menguji kesetiaan dan keutuhan kasih sayang.
Perkahwinan juga mengajar manusia untuk mengunci nafsu terhadap banyak perkara yang tidak mampu kita lakukan secara bersendiri. Bagi yang memandang ujian itu suatu tusukan positif dalam diri, pasti melihat perkahwinan sebagai platform melengkapi di antara satu sama lain. Anehnya, kepincangan tetap juga berlaku. Puluhan tahun sekalipun perkahwinan itu dibina, manusia sering tewas dengan percaturan hidup sendiri. Jika sudah tersurat olehNya perpisahan, maka yang bermula dengan keindahan, akan ternoktah jua.
Melalui detik penuh duka tatkala diceraikan, Intan Liana Saleh tidak pernah menyalahkan takdir di atas ketentuan jodoh yang tertulis untuk dirinya. Malah, ibu kepada dua cahayamata ini melihat takdir ini sebagai ketentuan Illahi dan mempunyai kenikmatan yang tersendiri tanpa disedari.
PAHIT NAMUN ADA KEMANISAN
Hampir setahun bergelar ibu tunggal, Intan tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit dan meneruskan hidup demi dua cahayamata yang memerlukan perhatian dan kasih sayang darinya. Bagi Intan, tidak ramai yang mampu menghadapi perceraian dengan hikmah, sebaliknya dianggap azab dan musibah. Setiap perceraian pasti membuatkan seseorang itu terluka dan sedih dengan kejadian yang menimpanya.
“ Saya anggap kegagalan menghadapi perceraian dengan hikmah adalah lebih merugikan. Kebanyakan wanita takut kepada perceraian. Ada kalanya perceraian itu menjadi wajib kerana memberi maslahat dan keperluan buat pasangan terbabit bagi membina sebuah kehidupan baru atau sebagai satu proses pemulihan serta peluang untuk memperbaiki diri,” ujar Intan yang memperoleh segala kekuatan melalui dua cahayamatanya.
Walaupun terpaksa melalui pelbagai liku dan kata-kata netizen yang kadang-kala menguris hati dan perasaan, ternyata Intan sudah melupakan episod duka dan bangkit membina keyakinan diri untuk terus mengorak langkah membina kerjaya dan kehidupan yang lebih positif bersama anak-anak.
Malah rezeki Intan dalam bidang peragaan juga tidak kurang hebatnya apabila terpilih menjadi model untuk beberapa jenama fesyen sepanjang kempen Aidilfitri tahun lalu. Memiliki rupa paras yang cantik dengan figura wajah Melayu asli, menjadi salah satu kelebihan buat Intan untuk dijadikan model pilihan untuk jenama fesyen.
“Alhamdulillah ada hikmah di sebalik episod duka yang Intan lalui. Jika sebelum ini Intan hanyalah merupakan seorang suri rumahtangga yang duduk di rumah dan menjaga anak-anak, kini Intan sudah keluar dari ‘kepompong’ dan belajar hidup berdikari. Intan bukan sahaja dapat mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarga, malah apa yang lebih penting, Intan sudah perolehi self esteem untuk berhadapan dengan pelbagai situasi.
Ia merupakan pelajaran dan pengajaran yang mematangkan Intan,” ujar Intan Liana yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup demi permata hatinya.
Fahami matlamat hidup itu sebagai ibadat kepada ALLAH. Jika tidak difahami, maka jiwa dan akal dibutakan nafsu serta keghairahan untuk bergembira tanpa batasan dalam dunia yang sementara ini. Kefahaman ini hanya diberi oleh ALLAH terhadap mereka yang memiliki keikhlasan dan berusaha menuju matlamat ubudiyah kepada-NYA,”sambung Intan lagi.
Tambah Intan lagi, dia melihat kehidupan kini dalam perspektif yang pelbagai ragam dan cerita yang mampu memberi kebahagiaan dan menumpahkan air mata. Saya berdoa mudah-mudahan semua pasangan yang berkahwin dijauhkan daripada cabaran berumah tangga sehingga membawa kepada penceraian. Kita masih boleh belajar dan ambil iktibar daripada berita-berita yang terpapar di akhbar mahupun di media elektronik,” ujar Intan lagi yang menjadikan kisah kegagalannya sebagai pencetus menguatkan emosi dan keyakinan diri buatnya.
Sebelum mengakhiri perbualan, wanita berusia lewat 20an ini menzahirkan hasrat untuk menstabilkan hidup dari segi kewangan demi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak.
“Insyaallah tahun ini Intan merancang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan terutamanya berkaitan kecantikan. Sebagai ibu tunggal, Intan perlu mempunyai rancangan kewangan yang kukuh dan perniagaan adalah jalan terbaik untuk Intan memastikan sumber kewangan yang lebih terjamin. Namun segalanya masih dalam perancangan. Intan masih akan meneruskan kerjaya sebagai model sambilan dan ingin memajukan diri dalam pelbagai aspek. Intan yakin Allah sebaik-baik perancang dan Intan akan laksanakan untuk kebaikan anak-anak,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Latif Romly dan Datin Nabila kini bergelar ibu bapa! Tiga tahun melayari alam perkahwinan dan menanti-nantikan kehadiran cahaya mata akhirnya impian pasangan romantis ini tertunai dengan kelahiran bayi perempuan pasangan berkenaan pada pertengahan Januari lalu.