Zaman kegemilangan Edika Yusof merupakan suatu fenomena yang diingati oleh semua peminatnya. Meninggalkan dunia glamor kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan adalah punca kelibat pelakon Maria Mariana ini hilang dari radar industri seni.

Sinar kehidupan Edika semakin bersinar setelah menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati, Nor Hidayah Yusri, 14 tahun yang lalu. Sebagai pasangan berkahwin, pasti mengimpikan hidup bahagia kekal hingga hujung nyawa.

IKLAN

Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua.

“Saya beruntung memperisterikan Nor kerana dia seorang yang berdikari dan bercita-cita tinggi. Kami sama-sama merancang untuk membina empayar perniagaan dan ujian mula melanda selepas melahirkan anak kedua kami.

5 hari selepas bersalin Nor diserang demam panas. Doktor yang merawat mencadangkan saya membawa Nor ke hospital kerana itu bukan demam biasa.

“Muka Ini Pernah HEROT & Tubuh Tinggal RANGKA. Saya Terpaksa Bergantung Hidup Pada Edika Yusof Kerana LUMPUH” Nor Hidayah Yusri

Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia sudah menunjukkan tanda sakit yang amat sangat. Setibanya saya di labour room pula, saya terdengar suara wanita menjerit-jerit kesakitan. Setelah dijengah, rupa-rupanya itu suara isteri saya.

Dari kejauhan, saya melihat dia sudah nyawa-nyawa ikan kerana jangkitan kuman sudah sampai ke kepala. Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu, saya terduduk sambil mengadu kesedihan pada Yang Maha Esa.

Setelah dibawa pulang, keadaan isteri ketika itu berubah 360 darjah. Dari seorang yang aktif dan periang, sudah bertukar lumpuh terbaring di atas katil.

Saya perlu mengangkat Nor untuk ke bilik air dan membantu menguruskan segala keperluannya. Lebih parah lagi ketika itu hampir semua memorinya hilang. Mujur dia masih mengingati saya dan ahli keluarga rapat.

Saya dah janji dengan isteri, walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia dengan baik. Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula.

Saya terbayang, bagaimana perasaan saya yang sedang sakit jika isteri abaikan tanggungjawab dan tinggalkan saya sendirian,” ujar Edika yang pernah berkhidmat sebagai pramugara di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama lima tahun.

Sebak Dengan Pengorbanan

IKLAN

“Memang dengan apa cara sekalipun saya tidak akan dapat membalas budi dan pengorbanan yang telah Edika lakukan. Ketika terlantar sakit sampailah sekarang, saya telah ditatang umpama seorang bayi yang masih kecil. No words can describe apa yang saya rasa, memang susah nak terangkan,” terdengar getar pada hujung suara Nor Hidayah saat memulakan bicara.

Dalam mengatur perjalanan hidup ini kami perlu berada dalam satu team. Kalau hanya Edika sahaja atau satu pihak yang bagi komitmen, of course akan sampai masa yang dia akan fed up.

Jadi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bukan senang nak kekalkan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam keadaan macam saya ini dan bersuamikan lelaki yang bernama Edika Yusof. It’s not an easy journey. Tapi alhamdulillah dan insyaAllah, we can do this,” ucap Nor yang berjiwa kental.

“Muka Ini Pernah HEROT & Tubuh Tinggal RANGKA. Saya Terpaksa Bergantung Hidup Pada Edika Yusof Kerana LUMPUH” Nor Hidayah Yusri

IKLAN

Senyuman yang terukir di bibirnya tidaklah selebar mana tetapi nampak jelas Nor berusaha menerima hakikat kehidupan. “Saya selalu reda, tawakal dan yakin pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya bukan jenis yang suka duduk termenung, meratapi nasib dan fikir kenapa aku yang terpilih untuk mengharungi semua ini.

Bercerita tentang perkembangan kesihatan wanita yang berusia 39 tahun ini, “Tahap kesihatan kalau nak banding dengan hari pertama sakit 12 tahun lepas, memang ada banyak perbezaan. Sebab masa mula-mula dahulu saya betul-betul lumpuh dari dada hingga ke hujung kaki.

Masa itu saya memang betul-betul lemah, tangan memang tak kuat nak bergerak. Memang kira terlantar sahaja. Telinga tak dapat dengar selama enam bulan dan suara pun tak boleh keluar. Semua komunikasi kena bertulis di atas kertas.

Anak mata tidak berada di tempat yang sepatutnya dan muka sebelah kiri strok. Pada masa itu, makan pun tak ada selera langsung. Memang kurus sangat-sangat tinggal tulang untuk tiga tahun pertama selepas jatuh sakit.

Lepas tu beransur-ansur ambil suplemen baru ada tenaga untuk buat fisioterapi dan senaman sendiri di rumah. Sehingga kini saya masih sihat tetapi, pergerakan dari dada hingga ke hujung kaki masih sama, tidak boleh bergerak. Hamizatul Maizan Mohamed

Ketahui kisah selanjutnya tentang kisah Edika Yusof dan keluarganya dalam Nona September 2017, kini di pasaran.

https://youtu.be/ybiXXJ6hZhE

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI