Jenama butik Minaz tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah begitu sinonim dengan busana Muslimah yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Wanita yang menjadi tunggak kejayaan Minaz sudah tentu Pengasasnya, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali sebagai Pija Minaz.
Wanita yang kecil molek dan tidak pernah lokek mengukir senyuman ini boleh menghela nafas panjang apabila telah diangkat sebagai idola oleh penggiat fesyen Muslimah.
“Saya belum boleh digelar idola lagi. Jika ada yang memandang saya begitu, syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam perniagaan ini tetapi masih banyak yang perlu saya pelajari. Mungkin saya boleh berkongsi pengalaman jatuh bangun membina kerjaya dalam bidang yang saya cintai ini.
Ketika bergaul dengan rakan-rakan seperjuangan yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan fesyen Muslimah ini, kami sentiasa menyalurkan vibrasi positif di antara satu sama lain. Apa yang boleh dikongsi, saya kongsi.
Saya juga pernah berada di tempat mereka suatu ketika dahulu dan saya tahu bagaimana perasaan dan cabaran memulakan perniagaan, lebih-lebih lagi pada usia yang muda,” ujar Pija yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Akaun di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Namun, ketika musim perayaan baru-baru ini, jenama Minaz menjadi tular gara-gara baju tidak siap seperti yang dijadualkan. Mengulas tentang insiden tersebut, “Sebenarnya kita ada mengalami sedikit masalah tetapi sebenarnya perkara itu telah diperbesar-besarkan.
Ads
Alhamdulillah tahun ini saya ambil kira macam 10 peratus sahaja yang tidak dapat tempahan mereka. Sebenarnya banyak pembelian tersebut dibuat melalui personal shopper dan kita dah maklumkan.
Pakaian yang kita terima mengalami sedikit kerosakan seperti salah ukuran dan beberapa perkara lain. Jadi kita tak boleh nak deliver benda itu dan kekecohan berlaku di hujung-hujung raya. Sebab kita dah deliver awal koleksi Minaz Blooming Raya di Zalora dan FashionValet.
Awal bulan Ramadan juga kita telah deliver koleksi itu tapi disebabkan di hujung Ramadan kita tidak boleh tunggu barang untuk dipulangkan balik ke HQ. Jadi kita ambil keputusan untuk return dan cerita itu telah di provoke oleh beberapa pihak lain.
Saya ambil benda itu sebagai positif dan saya ambil sebagai pengajaran dan perlu berhati-hati tentang perkara ini.
Ads
Saya pada waktu itu agak tertekan kerana berurusan dengan orang lain dan nak kena push pihak kilang pun tak boleh sebab kekangan masa, jadi langkah yang saya ambil keluarkan hanya satu kali statement sahaja. Kami mengalami masalah dan boleh claim refund sahaja.
Pada saya itu sahaja komunikasi saya dengan pelanggan. Sebabnya kebanyakan pelanggan ini datangnya daripada personal shopper bukan belian di butik. Pembelian di butik tidak ada masalah.
Isu lain ada yang mengatakan dapat baju yang kurang berkualiti, mungkin kesalahan kami sampai baju itu boleh terlepas kepada pelanggan. Langkah yang kami lakukan adalah mengganti pakaian tersebut dengan yang baru.
Ads
Alhamdulillah Rozita Che Wan sendiri sebagai duta kami tidak cepat melatah dan dia pun tahu cerita di sebalik itu. Che Ta pun rajin datang HQ tanya apa masalah dan kami cerita.
Pandai Cakap Korea
Menurut Pija ketika belajar dahulu dia mengambil bahasa Korea sebagai bahasa kedua. Minatnya dalam bahasa Korea juga telah menjadi pemangkin untuk menguasai bahasa tersebut. Pernah menyertai program pertukaran pelajar di Korea menambahkan semangat untuk terus menguasai bahasa K-Pop ini.
“Saya juga menyimpan hasrat agar anak-anak saya boleh menguasai beberapa bahasa selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka sudah besar nanti. Saya menghantar anak belajar bahasa Mandarin kerana mengalami kesukaran ketika berurus niaga akibat perbezaan bahasa.
Perjalanan urusniaga pasti lebih lancar jika tiada masalah komunikasi. Dalam kehidupan mereka yang lebih mencabar nanti, pada pandangan saya kebolehan berbahasa asing menjadi keperluan untuk meneruskan hidup,” ujar ibu kepada Furqan Noor Tamizee, 5 tahun, Safiyya Noor Tamizee, 3 tahun dan Wardah Noor Tamizee, 1 tahun ini sambil tersenyum. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Namanya pernah menjadi sorotan ketika masih aktif dalam dunia ratu cantik, hingga tersenarai sebagai peserta top 16 Miss Universe Phillipines pada tahun 2021. Bagaimanapun, nama Jasmine Umali kembali meledak pada pertengahan tahun lalu, apabila dia mengumumkan penghijrahannya memeluk agama Islam.
Sebelum ini, bekas ratu cantik popular asal Manila ini memuat naik dalam satu hantaran instagram potongan ayat Al-Quran siap dengan kapsyen tertulis perkataan tawakul yang mana dalam bahasa melayu bermaksud tawakal.
Pasti anda tertanya-tanya, bagaimanakah permulaan bekas ratu cantik ini mula menerima hidayah sehingga terbuka hati untuk menjadikan agama Islam sebagai satu pegangan dalam hidupnya. Ini penjelasan Jasmine Umali tentang bagaimana dia menemui cahaya Islam.
Kerap Terbang Ke ‘Timur Tengah’ Buka Mata Jasmine Tentang Islam
“Mengimbau kembali ke 2017. Momen ini mungkin merupakan panggilan pertama saya kepada Islam. Ia adalah penerbangan pertama saya dan 6 hari persinggahan sebagai pramugari antarabangsa.
“Ini kali pertama saya mencuba abaya dan tudung juga. Walaupun saya tidak belajar banyak tentang Islam pada masa itu, ia pastinya membuka mata.
“Selepas beberapa hari, syarikat penerbangan tempatan kami menutup penerbangan ke Abu Dhabi dan saya adalah salah seorang pramugari bertuah yang dapat menikmatinya.
Sejak itu, saya sering terbang ke destinasi timur tengah yang lain dan saya menyukainya. Alhamdulillah kini saya faham bahawa Allah swt membimbing saya ke jalan ini,” ujarnya penuh makna.
Menyifatkan penghijrahannya sebagai satu proses pembelajaran, Jasmine yang tampil sopan berhijab turut menyatakan yang dia mengagumi kemesaran yang maha Esa.
Kongsinya lagi, “Semoga Allah SWT memudahkan kita, membersihkan fikiran kita, meletakkan kegembiraan dalam hati kita, meningkatkan iman kita, mengangkat darjat kita di luar jangkaan dan membimbing kita ke mana pun kita pergi.”
Semoga kisah penghijrahan Jasmine ini menjadi inspirasi kepada Nonarians untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramadan tahun ini pastinya berbeza buat pempengaruh media sosial, Farah Lee. Jika tujuh tahun lepas dia meraikan bulan penuh keberkatan ini sebagai ibu tunggal di samping anak perempuan tersayang kini fasa kehidupan graduan Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak dari University of Leads, United Kingdom berkenaan lebih indah dengan adanya figura seorang suami di sisi.
Kembali bergelar isteri pada tanggal 5 Januari lepas, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli sah menjadi suri hati kepada Mohamad Fuad Hashim.
Berita pernikahan mereka menjadi bualan hangat di media sosial selain ramai yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini.
Lebih dua bulan melayari alam rumah tangga, wanita kelahiran Terengganu ini menzahirkan rasa teruja menyambut Ramadan bersama suami tercinta.
Lebih bermakna, ketibaan 1 Ramadan pada 12 Mac lalu jatuh pada hari kelahiran Farah yang ke-35.
“First Ramadan sebagai isteri lagi dan hari ni umur saya 35 tahun untuk kali pertama. Fuad tanya nak hadiah apa, saya cakap “awak adalah hadiah terbaik untuk saya” lah romantik rupanya FL (Farah Lee).
Ramadan Mubarak semua. Moga Ramadan ini digunakan sebaiknya untuk berbuat segala yang wajib, sunat dan kebaikan untuk mendapat rahmat Allah. Amin.
Terima kasih juga kerana sudi hadir dalam setiap lorong hidup saya sepanjang 34 tahun yang lepas. Moga setiap perkenalan dan pertemuan kita, akan berterusan hingga ke syurga. Amin.”
Berkongsi titipan ucapan manis itu, Farah turut memuat naik foto dirinya di samping suami dan anakanda tersayang, Maream Esabel di perkarangan masjid.
Menerusi gambar tersebut kelihatan Farah anggun berjubah hitam sedondon dengan Maream, manakala Fuad pula segak berbaju Melayu.
Terdahulu, Farah pernah berkahwin dengan pengacara popular iaitu Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun dikhabarkan berpisah pada 17 Ogos 2016.
Ketabahan Farah menempuh hidup sebagai ibu tunggal ketika itu menjadi inspirasi ramai golongan wanita.
Selain menjana pendapatan dengan berbisnes, Farah juga berjaya menunjukkan contoh terbaik buat wanita dengan menamatkan pengajian di universiti luar negara ke peringkat Sarjana.
Penyanyi, Datin Alyah menasihatkan generasi muda agar sentiasa memikirkan segala tindakan yang dilakukan agar tidak terlibat dalam aktiviti rasuah.
Datin Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan menyatakan jika mengamalkan rasuah sejak muda ia akan memberi kesan buruk selepas itu.
“Kena fikir banyak kali kerana pilihan apa yang kita buat sekarang itulah yang akan membawa kita 10 ke 20 tahun akan datang.
“Kalau rasuah itu dimulakan daripada umur muda ia akan memberi kesan 10, 20 atau beberapa tahun kemudiannya daripada segi makanan dan yang kita beri kepada keluarga. Itu semua kita kena fikir banyak kali,” katanya.
Datin Alyah berkongsi kenyataan itu ketika dijemput sebagai panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Kisah Hati Alyah’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada 19 September 2022 lalu.
Program tersebut berlangsung selama hampir sejam dan dikendalikan oleh Hazlin Hussain sebagai hos.
“Banyak mana pun yang dapat daripada hasil rasuah tidak akan membawa kita ke mana-mana. Akhirnya menyusahkan kita,” katanya.
Menurut Datin Alyah, di saat umur muda sememangnya akan menghadapi kesusahan dan ia perlu dicabar agar dapat merasai hasil usaha tersebut.
“Dari sekarang kita sudah bermewah-mewah, kita nak tunjuk dengan orang, tetapi hasil itu? Tidakkah kita sayang kepada mak dan ayah kita?
“Lagi-lagi kalau mak ayah itu duduk di kampung, jadi fikir banyak kali (sebelum mengambil rasuah). Tenung muka mak ayah kita banyak kali sebab pengorbanan ibu bapa ini tiada gantinya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.