Raut wajah dan gaya Yasmi Abdul Hamid tidak ubah seperti gadis cantik yang baru meniti usia awal 20 tahun. Sudahlah berkulit cerah dan bersusuk tubuh kecil, anak jati Perak ini juga memiliki darah kacukan Pakistan – Jawa. Patutlah cantik, ditambah pula dengan rambutnya yang panjang mengurai. Memang mengancam!
Pertama kali menyapa Yasmi dan mengetahui usia sebenarnya ternyata membuatkan penulis terkedu. Selain menghampiri usia 40 tahun, dia juga merupakan ibu kepada tiga orang anak. Terus terdetik di benak hati, bagaimanalah wanita ini menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
“Rahsianya, i dont act like my age! Hati kena selalu ‘muda’,” ungkap Yasmi sambil berseloroh.
“Setiap pagi rutin harian saya takkan lengkap tanpa menikmati khasiat sarang burung. Ia adalah produk premium sarang burung walit dari Gua Gomantong, Sabah hasil R&D Jepun yang dikenali sebagai Bi-Su atau dalam bahasa Jepun, beautiful nest. Selain bagus untuk kesihatan dalaman terutamanya bagi wanita berusia, produk ini juga sebahagian perniagaan yang saya usahakan bersama rakan kongsi dari Jepun. Alhamdulillah, ia dah dipasarkan di Malaysia.”
Terpikat dengan keberkesanan sarang burung untuk kesihatan dan juga kecantikan, Yasmi nekad menggunakan produk import ini khusus untuk para pelanggan di spa kecantikan miliknya dan rakan kongsi iaitu Bijyo Beauty Spa. Terletak di Dataran Palma Ampang, spa ini memulakan operasi sejak April lalu. “Uniknya spa ini sebab kami gunakan produk buatan Jepun, Bi-Su. Selain ada face mask, produk ini juga dihasilkan dalam bentuk krim tangan, pencuci wajah dan sebagainya. Tidak ketinggalan, kami turut menyediakan servis eyelash extension dan serum eyelash.
Ads
Menariknya, pelanggan sasaran kami adalah dari orang kebanyakan sebab saya sendiri pun tak mampu nak bayar spa yang mahal. So as my idea dan agreed by my invester serta founder produk.. kami bersetuju untuk pasaran sederhana. Terbaru, kami ada promosi rawatan muka ‘Makcik Bawang’ yang hanya bernilai RM99. I want the best for every woman yang inginkan kecantikan so I buat harga yang berpatutan.”
Berkongsi rutin kecantikan lain yang diamalkan, tambahnya lagi “Saya turut mengambil vitamin dan suplemen tambahan. Sebagai wanita lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu, kena pentingkan kesihatan, selalu senyum dan gembira serta kekal berfikiran positif. Itu motto hidup yang saya pegang selama ini. Baru muka akan tampak glowing,” ceritanya dalam nada ceria.
Ads
Merupakan ibu kepada finalis Hero Remaja 2017, Nabil Aqil yang kini berusia 20 tahun, Yasmi mengakui dia mendirikan rumah tangga pada usia yang sangat muda iaitu selepas tamat pengajian sekolah menengah. Tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut, pengusaha bakeri Mama I Love Food (MILF) ini berkata berkahwin muda ada banyak untungnya. Salah satu kebaikan yang diperoleh, apabila dia dapat melihat anak-anak membesar dan menjaga serta mendidik mereka ketika diri masih kuat dan muda.
Menyentuh tentang kesihatan dan kekuatan stamina, Yasmi yang meminati bidang tarian sejak remaja lagi kerap menghadiri kelas tarian setiap kali punya masa terluang. “Saya memang suka keluarkan peluh dengan menari sebab masa zaman remaja dulu saya merupakan bekas penari. Jadi memang sampai sekarang pun saya akan tetap menari sebagai salah satu senaman untuk stay fit. Kadang-kadang sampai ‘heret’ anak-anak untuk menari bersama. Dan mangsanya sudah tentu Nabil dan dialah yang akan jadi my dance partner.”
Ads
Bersyukur dengan kurniaan kesihatan dan kecantikan yang ada pada diri, Yasmi yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha percaya hati yang bersih dan bebas hasad dengki menyerlahkan lagi kecantikan sebenar seseorang wanita.
Tatkala ditanya reaksi dirinya apabila ramai yang menganggap dia teman wanita kepada Nabil setiap kali keluar bersama-sama, Yasmi hanya mampu tersenyum lebar. “Bila keluar bersama ramai yang ingat saya kekasih anak-anak saya. It was so funny tapi bagi saya itu satu penghargaan. Terima kasih. Mungkin cara saya besarkan anak-anak agak berbeza daripada ibu-ibu yang mengenakan cara didikan berprotokol.
Secara jujur, saya lebih suka menjadi kawan baik pada anak-anak, bergurau, kongsi masalah dan cara perbualan pun bersahaja termasuk apabila berada bersama anak perempuan bongsu. Apa yang penting, ketiga-tiga mereka tahu menghormati saya sebagai ibu dan i am a proud mother for how they grow,” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Awet muda boleh dikatakan impian semua wanita di dunia, maka tidak hairanlah ramai yang berlumba-lumba untuk kekal tampak muda walau meningkat usia. Joleen Diaz, bintang media sosial yang sensasi antara wanita bertuah dikurniakan wajah remaja walaupun kini sudah berusia 45 tahun. Apatah lagi sering dianggap seperti kakak apabila berjalan-jalan, mahupun bergambar bersama anak gadisnya, Meilani Parks yang berusia 19 tahun.
Menurut The Sun, Joleen melahirkan anak pertamanya ketika dia masih remaja, dan kini mereka berdua seperti adik beradik jarak usia mereka agak jauh. “Saya masih muda ketika melahirkannya, jadi tidak mustahil kami sudah seperti adik beradik,” kata Joleen yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini. Padanlah Joleen pernah terkenal dengan jolokan “Ibu Paling Seksi Di Dunia” di media-media sosial.
Joleen yang lahir pada tahun 1977 itu kini bekerja sebagai seorang guru sekolah menengah dan berpindah ke California ketika dia berumur 10 tahun. Wanita itu kini kekal solo sejak berpisah dengan suaminya.
Ditanya apakah rahsia kecantikannya, gaya hidup sihat merupakan satu faktor penting yang membuatkan dia awet muda. Joleen yang beretnik campuran keturunan Chamorro-Filipina ini mengakui rajin melakukan rawatan muka dan menjaga kesihatan kulit.
Dia juga mengelakkan gaya hidup yang berbahaya seperti pengambilan alkohol dan merokok. Baginya, dia memilih untuk mengekalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan rehat secukupnya.
Selain menjalani kehidupan yang sihat dan menjaga kulit, Joleen mengakui rahsia awet mudanya ialah tidak memikirkan perkara negatif dan menjauhi ‘drama’. “Saya seorang yang pragmatik, dan sentiasa mencuba untuk tidak terlalu risau tentang masa lalu atau apa yang akan berlaku di masa depan,” katanya.
Penampilan dan gaya fesyen peribadi Joleen yang mempersonakan juga menjadikan dia popular di media sosial dan sehingga kini akaun Instagramnya sudah memiliki 638 ribu pengikut. Well done Joleen. Semoga jadi inspirasi buat semua wanita di luar sana!
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sophia Latjuba antara artis yang sering mendapat pujian kerana penampilannya yang awet muda.
Ternyata, usia sekadar angka bagi pelakon, penyanyi dan model ini. Kulit wajah kekal glowing dan kurang kedutan.
Pada 8 Ogos 2023 genaplah usia selebriti kelahiran Berlin ini yang ke-53 tahun.
Berusia lebih setengah abad, penampilan ibu kepada dua anak ini masih menawan dan awet muda.
Pada hari lahirnya, Sophia berkongsi beberapa foto peribadi di Instagram peribadinya yang mencecah 3.5 juta pengikut.
Walaupun kelihatan seperti baru bangun tidur, wajah Sophia tetap cantik dengan rambutnya yang kusut masai.
“Bangun pagi ini berasa sangat bersyukur.
“Terima kasih untuk satu tahun pengalaman dan pertemuan menakjubkan yang mengajar saya tentang penerimaan, tujuan, kekuatan, kebijaksanaan dan rahmat,” tulis Sophia dalam hantarannya di Instagram.
Sophia juga kelihatan sangat gembira dan berjanji untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Hantaran itu telah menarik menarik perhatian para peminat serta pengikutnya.
Bukan saja wajah cantik Ratu Suthida jadi perhatian bahkan beg tangan yang dijinjit juga menarik tumpuan rakyat dunia.
Membawa budaya dan kemegahan pakaian rasmi Thailand ke persada dunia, penampilan Permaisuri Thailand ketika menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles lll memang memikat pandangan.
Ceria di samping suami, Raja dan Permaisuri Thailand ini berada di Westminster Abbey, London pada 4 hingga 7 Mei lalu bagi menyaksikan istiadat penuh gilang-gemilang Britain.
Seperti kebanyakan ratu dan permaisuri pelbagai negara, kelibat Ratu Suthida tidak terkecuali menjadi tumpuan lensa.
Lebih-lebih lagi apabila first lady negara Gajah Putih itu dilihat hanya membawa satu beg tangan kecil berwarna hitam dan menarik serta bukan berjenama mewah antarabangsa.
Berdasarkan laporan The Straits Times, Ratu Suthida membawa beg anyaman buatan tangan diperbuat daripada tumbuhan menjalar dikenali sebagai beg tangan Yan Lipao.
Lipao adalah pokok paku-pakis menjalar yang lazimnya ditemukan di hutan hujan dan boleh didapati di wilayah Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand.
Menariknya, ia material sesuai untuk dianyam sebagai beg kerana struktur yang kuat.
Beg Yan Lipao semakin popular di dunia selepas Ratu Suthida sering mempromosikannya bagi meningkatkan pendapatan penduduk di selatan Thailand.
Selain beg tangan itu, rupa paras menawan dan jelitanya juga menjadi tumpuan. Sering mengukir senyuman manis kepada khalayak, gaya klasik Ratu Suthida menyerlahkan sisi anggun penuh elegan dirinya.