Sejuk mata memandang raut wajah dan penampilan Datin Balqish Hussni. Dia bukan hanya dikurniakan rupa paras jelita dan tutur kata penuh kelembutan tapi seorang wanita yang cukup merendah diri. Meskipun berstatus VIP namun suri hati Dato’ Azril Radzi ini enggan mendabik dada dan bergaya mewah.
Sebaliknya dia selesa tampil sederhana. Paling mengagumkan, Datin Balqish tidak pernah ‘overshadow’ kejayaan suami tercinta yang dikenali sebagai salah seorang usahawan sukses tanah air. Malah dia juga seorang isteri yang taat dan bijak jaga nama baik suami.
Datin Balqish Kagum Kejayaan Suami
Dalam pertemuan bersama Nona pada Mei lalu, figura cantik ini meluahkan rasa bangga dengan pencapaian suami sebagai pengasas V’Asia dan usahawan hartanah The Estate. Mendengar pujian dari isteri, Dato’ Azril turut memaklumkan perkembangan terkini bisnes yang diusahakan.
“Saya buat masa sekarang ni saya tengah fokus beberapa perkara yang tengah buat antaranya projek The Estate baru. Selain daripada bidang kesihatan dan kosmetik, inilah (The Estate) bidang yang saya ceburi. InsyaAllah ada perancangan bisnes baharu kelak. Sekarang masih dalam peringkat awal.”
Dato’ Azril Radzi mengusahakan series The Estate iaitu The Estate Hulu Rening, The Estate Batang Kali, The Estate Setiu dan sebuah unit hartanah di Maida Vale, London yang diberi nama The Estate London.
Ads
Hujung Jun lalu, Dato’ Azril dan Datin Balqish mengadakan majlis ulang tahun kelahiran puteri kesayangan iaitu Sarra Ayesha berusia tujuh tahun pada 13 Jun dan Safya Raesha berusia dua tahun pada 28 Jun lepas.
Amalan Kesihatan Datin Balqish
Mengulas rejim kesihatan diri demi mengekalkan stamina, ibu kepada empat anak ini tanpa berselindung mendedahkan dia amat mementingkan amalan ketika berpantang. Selain melakukan rutin senaman di rumah.
“Masa berpantang tu memang betul-betul saya jaga. Macam jaga makan seperti ikan panggang dan nasi beras perang di samping amalkan produk V’Asia. Memang berpantang ketat. Tak minum ais dan pilih makanan yang sesuai dengan badan. Buah pun ambil yang tertentu.”
Ads
Tahun 2025 juga pastinya menjadi momen indah buat Datin Balqish dan Dato’ Azril apabila mereka menimang cahaya mata keempat yang juga anak lelaki yang diberi nama Eissa Maleek pada 25 Februari 2025.
“Kelahiran anak keempat sangat mencabar memandangkan ketiga-tiga anak sebelum ini bersalin normal. Tetapi yang ni kena bedah sebab preeclamsia. Saya tak ada masalah bersalin czer walau pertama kali, Cuma ada rasa takut.
Ads
Tapi masa nak bersalin, ada komplikasi. Masa nak operation saya dah tidur, doktor tak bagi epidural sebab full GA. Masa masukkan tiub kencing nampak darah, dan doktor cepat-cepat bedah perut dalam masa 9 minit je anak keluar. Masa anak keluar dia tertelan darah dan anak kena masuk NICU sebab di usus dan perut penuh darah termasuk di paru-paru.”
Adik kepada pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni ini juga pernah menyertai program realiti televisyen Pencarian Nona Manis 2015. Dia mendirikan rumah tangga pada 23 April 2016.
Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Safya Raesha, Ummar Mateen, Safya Raesha dan Eissa Maleek.
Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Marion Caunter pakai apa pun mesti terletak cantik! Kagum dengan cara isteri SM Nasarudin menjaga penampilan diri. Sejak zaman anak dara sampai sudah bergelar isteri dan mempunyai anak, macam tak berubah susuk tubuh bekas pengacara televisyen ini. Tetap anggun menawan!
Bagi yang mengikuti perkembangan wanita cantik ini, pasti mengetahui gaya hidup sihat yang diamalkan Marion. Selain menitikberatkan soal pemakanan, dia juga aktif bersenam di gim.
Tak hairanlah dalam usia bakal mencecah 43 tahun, anak kelahiran Pulau Pinang ini mampu mengekalkan susuk tubuh langsing bak anak dara.
Dikenali sebagai ikon fesyen, perkongsian Marion baru-baru ini ketika majlis berbuka puasa bersama pekerja dan pelanggan produk rambutnya iaitu Mare by Marion Caunter nyata menarik perhatian.
Apa tidaknya, Marion tampil mempersona dalam busana indah Pucci yang sudah lapan tahun berada dalam simpanan.
Selain aktif mengusahakan produk rambut Mare by Marion Caunter, usahawan ini juga ialah pengasas Hairplay Salon.
“Iftar with my more by mare team and some of our agents and customers. I have to admit, starting a hair care brand like mine can sometimes be challenging.
There are great days but there are also not so great days. On the days when you feel like giving up, you have to remember why you started in the 1st place.
Meeting my agents and customers last night reminded me of just that – we started this brand with the hope of helping people feel good about themselves and that’s exactly the feedback I got last night from each and every one of you who have been using our products for a while now.
We promise to keep working hard to give you guys more. Humbled and grateful I am. More is More.”
Marion berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin pada Disember 2010. Hampir 13 tahun bergelar isteri, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Leia, Lana dan Liam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat anak Puan Sri Normala Samsudin, Dr Ruhila Roslan yang selamat melangsungkan pertunangan baru-baru ini. Meskipun berlangsung dalam situasi berjaga-jaga susulan wabak Covid-19 masih belum reda pada 3 Oktober lepas namun tuan rumah tetap patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Ini termasuk pemakaian pelitup muka buat tetamu yang hadir, hand sanitizer dan pemeriksaan suhu badan serta penjarakan fizikal.
Yang pasti, majlis pertunangan Dr Ruhila yang diadakan serba indah dan dalam skala kecil ini menjadi perhatian ramai. Apatah lagi, Puan Sri Normala turut memuat naik momen istimewa anak tersayang di media sosial miliknya. Sebagai ibu, sudah tentu beliau antara individu paling bahagia pada hari berkenaan. Malah, jelitawan ini turut menitipkan doa terbaik buat Dr Ruhila.
“Mama doakan yang terbaik untukmu, moga perjalanan ini akan dipermudahkan Allah jua. Fasa pertama meninggalkan zaman bujang sudah pun selesai. Setelah semua rakan-rakannya kini menjadi suri dan ibu, dia baru mula terbuka hati melangkah ke alam baru. Moga Allah rahmati dan berkati. Amin.”
Dr Ruhila yang anggun menyarung busana pastel tampak berseri-seri walau hanya mengenakan solekan nipis. Tidak kurang juga ibunda tersayang yang kelihatan menawan dalam persalinan hijau lembut. Sekali pandang, ibu dan anak ini ibarat adik-beradik! Kedua-duanya cukup manis dipandang.
Difahamkan, pada majlis tersebut sahabat Dr Ruhila yang pernah menuntut bersama-sama di Kolej Tunku Kurshiah turut hadir memeriahkan majlis. Kongsi Puan Sri Normala dalam salah satu posting beliau, “Love these smiles, teased by friends, she laughed when surrounded by close friends. Since TKC her friends were like my own kids. Tetiba rasa macam ramai anak perempuan. So much fun!! Riuh rendah.”
Dr Ruhila kini meniti usia 28 tahun dan bergelar tunangan kepada jejaka kacak, Majid Nazli. Selain dikurniakan rupa paras cantik, gadis ini juga seorang yang bijak dan aktif. Malah, Dr Ruhila merupakan seorang doktor gigi.
Dalam temubual bersama Nona dalam edisi Mei 2020 lalu, Dr Ruhila mendedahkan dia berhasrat untuk mengakhiri zaman bujang sebelum usia 30 tahun dan impian tersebut kini dimakbulkan Allah. Bercerita mengenai majlis perkahwinan pula, Dr Ruhila mengimpikan resepsi Garden Wedding dan tidak terlalu gah serta melaksanakan apa yang perlu selain untuk mengelakkan pembaziran.
Kredit foto: Instagram Normala Samsudin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cukup 3 item ini untuk solekan simple tapi berseri di rumah. Calit-calit saja asalkan kulit wajah moist, nampak flawless dan bibir ranum kebasahan.
Lumrah wanita bekerja dari rumah, tetap mahu kelihatan cantik walaupun sekadar tatapan ahli keluarga dan suami tercinta. Tapi tak perlulah bersolek mampan, cukup solekan tipis atau kata orang selfie-ready!
Semak 3 item solekan terbaharu pilihan Majalah Nona ini untuk wajah natural tanpa filter kamera.
UNTUK KULIT
CAUDALIE VINOSOURCE-HYDRA COLLECTION
Lembapan kulit merupakan asas solekan. Usapkan serum Vinosource-Hydra ke atas kulit kering agar mekap tahan lebih lama.
RARE BEAUTY LIQUID TOUCH BRIGHTENING CONCEALER
Semanis wajah Selena Gomez, oleskan concealer ini untuk menyamarkan mata panda, kemerahan kulit atau jerawat dengan cepat.