Kalau tak ‘vass’ bukan Che Ta lah kan. Siapa yang tak kenal dengan aktres dan usahawan selebriti terkenal Rozita Che Wan, seorang yang sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.
Ternyata, usia 51 tahun bukanlah halangan untuk Che Ta tampil menawan, apatah lagi dirinya seorang public figure.
Mengenakan blazer berwarna jingga terang yang dipadankan dengan seluar dan boot hitam menyerlahkan lagi aura Che Ta sebagai seorang selebriti ternama. Tudung yang digayakan pun cantik! Kita yang melihatnya pun terpegun. Itulah Che Ta!
Sebentar tadi, Che Ta berkongsi satu posting di akaun Instagramnya momen menghadiri majlis konvokesyen anak terunanya, Aniq Ezra Azuar Effendy di Taylor’s University. Majlis tersebut berlangsug pada September yang lalu.
Terserlah kegembiraan Che Ta sebagai seoarang ibu. Siapa yang tak gembira kan bila anak yang ditatang, dijaga dengan baik sejak kecil kini cemerlang dalam akademik sekaligus membanggakan keluarga.
Pada majlis konvokesyen itu, anak teruna Che Ta memperoleh Ijazah Sarjana Muda berganda (double degree).
Walaupun jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak akan terbalas tetapi dengan membuktikan kejayaan itulah kepuasan bagi seorang anak.
“Berbaloi la mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University … bukan sikit-sikit duit chek oiii..
“Tapi syukur Alhamduliilah, dengan izin Allah swt double degree dalam tangan
dear @aniqezra
“I hope you will continue working hard to make yourself a completely successful man.
btw enjoy your trip.”
Che Ta turut meluah kesyukurannya di atas segala usaha dan kerja keras anaknya itu selama ini dalam menimba ilmu sehinggalah meraih kejayaan hari ini.
“We are thankful to God for your successful graduation. It’s the result of your sincerity, hard work, and patience. You have found the result of your hard work. Congrats!
ANIQ EZRA AZUAR EFFENDY.”
Aniq yang kini berusia 24 tahun adalah zuriat hasil perkahwinan pertama Che Ta. Selain Aniq, seorang lagi anak teruna tampan Che Ta iaitu Ammar Effendy, 26 tahun.
Manakala perkahwinannya yang terkini bersama Zain Saidin, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat adoreable iaitu Aaisyah Dhia Rana, 9 tahun.
Semoga Che Ta kekal bahagia bersama keluarga tersayang serta sukses dalam perniagaan inai dan skarf miliknya.
Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan