Najwa Shihab merupakan anak perempuan ke-2 Quraish Shihab, bekas Menteri Agama Republik Indonesia pada era Kabinet Pembangunan VII. Najwa juga anak saudara kepada ahli politik, Alwi Shihab. Ternyata, Najwa lahir dalam keluarga yang sangat berpengaruh.

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

Ads

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

Ibu anak satu berusia 46 tahun ini yang juga mesra disapa sebagai Nana, dilahirkan pada 16 September 1977 berketurunan Bugis dan Arab.

Kini, Najwa terkenal sebagai penyampai, wartawan, pelakon, feminis, dan aktivis media sosial di Indonesia.

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

 

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

Jangan tak tahu, Najwa ni sebenarnya seorang pencinta produk lokal tau. Jom lihat 4 gaya trademark Najwa Shihab yang sering mencuri perhatian warganet.

GEMAR PAKAI SNEAKERS
Najwa sememangnya terkenal sebagai salah satu figura yang sering tampil dengan pemakaian sneakers bak anak muda.

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

CANTIK DENGAN BATIK
Kalau dah peminat produk lokal sudah tentulah produk tradisi turut menjadi pilihan wanita jelita ini.

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

Najwa seringkali memadankan pakaian batik dengan sentuhan kasual dan terkini. Adakalanya Najwa mengenakan pakaian batik pilihannya bersama sneakers. Memang trendy, kan?

PENCINTA PRODUK LOKAL
Contohnya, lihat kepada gaya ini. Pakaian bermotifkan batik yang adakalanya Najwa memadankannya dengan sneakers atau heels.

Ads
Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!
=

Ia membuatkan penampilan Najwa sangat anggun walau hanya dengan produk lokal. Terbaik!

SUKA GAYA KASUAL & RINGKAS
Najwa lebih selesa mengenakan pakaian berwarna putih dan dipadukan bersama seluar rona kelabu gelap atau hitam. Adakalanya Najwa mengenakan jaket bersama T-shirt putih. Gayanya ini terlihat sangat kasual, ringkas dan ‘awet muda’ walau dah berusia 46 tahun dan ibu anak satu.

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

Untuk info, Najwa merupakan Pengasas Bersama PT. Naratif Citra Sahwahita iaitu sebuah syarikat dalam bidang kandungan digital (digital content) yang diasaskan pada tahun 2018.

Ads

GEMAR MEMBACA SEJAK KECIL
Najwa gemar membaca sejak kecil. Tak hairanlah Najwa kini menjadi penyampai, hos dan jurnalis yang hebat serta disegani ramai kerana kebijaksanaan yang dimiliki.

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

Berani melontarkan soalan-soalan yang ‘tajam dan berat’ kepada sumbernya itulah kekuatan yang ada pada Najwa.

Selain pernah dilantik sebagai Duta Membaca Indonesia (2016-2020) oleh Perpustakaan Negara Republik Indonesia, Najwa juga bergelar Duta Perpustakaan Bergerak.

Gaya ‘Sporty’ NAJWA SHIHAB Ibu Anak Satu Berketurunan Bugis-Arab, Macam Tak Percaya Umur Dah 46 Tahun!

Seterusnya, selain dikagumi dalam kariernya, Najwa juga menjadi inspirasi bagi anak muda dan golongan wanita dari segi penampilan.

Sumber: Portal Merdeka.com & Rakyat Priangan

Kredit Foto: Instagram Najwa Shihab

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI