Lama tak dengar khabar Sasha Saidin. Sejak berkahwin dengan jejaka kelahiran Pulau Pinang pada Januari 2020, penyanyi cantik ini tidak lagi aktif dalam dunia seni dan memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang. Apatah lagi, Sasha kini menetap di luar negara.
Aktif berkongsi aktiviti harian dan perkembangan keluarga di media sosial, Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin kian bahagia di samping anak dan suami tercinta.
Sebaik kembali bergelar isteri selepas lapan tahun menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Sasha yang sah bergelar suri hati Sirhan Wahab memutuskan untuk berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengikuti suaminya bertugas dalam sektor kewangan di sana.
Dalam perkongsian terbaharu, kakak Zain Saidin ini menzahirkan rasa syukur dapat menikmati momen berbuka puasa di samping rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Lebih menarik, majlis iftar berkenaan turut dihadiri Menteri Luar iaitu Dato’ Seri Mohamad Hasan.
“Terima kasih di atas jemputan Kedutaan Malaysia bahagian Consulate Dubai ke majlis ‘Ihya Ramadan’ 1446H semalam yang diadakan di Rumah Malaysia yang terletak di Dubai ini.
Kami juga amat teruja kerana di majlis itu, turut hadir Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan atau dikenali juga sebagai Tok Mat yang merupakan Menteri Luar Negeri Malaysia yang sudi berbuka puasa dengan rakyat Malaysia yang bermaustautin di UAE ini.
Walau pun sudah hampir enam tahun saya telah berpindah ke UAE untuk menemani suami yang bekerja di sini namun ini kali pertama saya dapat berpeluang untuk mengunjungi ke Rumah Malaysia dan berbuka puasa dengan rakyat Malaysia lain yang pasti merindui suasana Ramadan di Malaysia seperti saya.”
20 Disember tahun lalu, penyanyi anggota kumpulan Elite ini genap berusia 48 tahun. Dia berkahwin dengan Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Hampir enam tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Jelitawan ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 namun berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Sasha kemudian bernikah dengan jejaka Indonesia iaitu Salyo Priyanto pada tahun 2007.
Bagaimana punbercerai pada tahun 2012. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Adam Aryasenna Notosoemarsono.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak seperti Che Ta, ibu kepada tujuh orang anak ini sebenarnya seorang yang tak banyak cakap. Tapi jiwanya sarat dengan naluri keibuan dan mudah tersenyum dengan sesiapa saja. Meskipun jelas kelihatan garis usia di raut wajah Zabedah Saad, namun jika diamati fizikal ibu kepada selebriti popular Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah ini… memang cantik orangnya. Tak hairanlah, kelima-lima anak perempuannya sering dapat perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya!
Tanpa berselindung, ibu berusia 67 tahun ini membongkar rahsia. Sambil mengakui tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, dia menyusun kata. “Tak ada rahsia dan makan apa-apa pun. Tak ambil jamu dan tak ambil juga ubat. Cuma masa dalam pantang lepas bersalin tu je jaga makan.
Dulu, waktu berpantang memang tak sentuh ‘makanan-makanan sejuk’ sampai tiga hingga enam bulan. Sayur pun tak makan termasuk laksa. Rasanya, lebih daripada setahun kot baru makan. Lagi satu, saya amalkan bertungku 4 kali sehari. Makan pula hanya dua kali.
Waktu pagi tu minum kopi O yang ada sedikit gula dengan biskut kering. Tengah hari baru makan nasi. Itu pun dengan lauk ikan masin bakar dan lada. Ikutkan petua orang dulu-dulu, makanan berkuah seperti gulai pun mereka tak bagi ibu lepas bersalin makan. Sudahnya, memang ikut saja apa yang mak ajar.
Bukan kena jaga makan je, masa berpantang dulu pun tak digalak minum air. Sampai kadang-kadang tu terlupa nak minum. Tahu-tahu saja dah sedu,” telus Puan Zabedah sambil tersenyum dan masih menerapkan amalan sama ketika menjaga kesemua anak perempuannya selepas bersalin.
“Che Ta, masa saya sedang berpantang dia akan tunggu je kalau nasi tak habis makan. Dia memang suka lauk orang berpantang ni. Dari dulu lagi pun dalam adik-beradik, Che Ta ni lain sedikit. Saya tak bagi sangat anak-anak pegang adik mereka yang baru lahir. Tapi Che Ta, dia akan beria tolong basuhkan adiknya bila buang air besar atau mandikan mereka. Sebab dia suka pegang baby.”
Pernah lalui hidup susah ketika membesarkan ketujuh-tujuh orang anak memaksanya membuat bermacam-macam pekerjaan demi menyara keluarga. Salah satu cara mendapatkan wang adalah dengan mengambil tempahan baju. “Dulu ada juga ambil tempahan baju daripada jiran-jiran. Dalam sehari tu, dapatlah siapkan tiga pasang baju. Ada yang hantar minta buat baju kurung, mini kurung, kebaya dan sebagainya. Bab sediakan baju raya anak-anak, ada antara mereka yang tak kisah ada juga yang minta pattern tertentu.
Biasanya, Che Ta yang paling suka berfesyen. Kalau orang lain suka satu keluarga pakai warna sedondon tapi kami hanya tetapkan bunga saja perlu sama tapi warna baju boleh lain-lain. Anak-anak tak berapa pandai jahit baju tapi kreatif cantikkan baju dengan jahitan labuci.”
Sebelum menutup bicara, Puan Zabedah yang selesa berbual dalam loghat Kedah ini berkongsi resipi sihat. “Kalau nak buang angin dalam badan, boleh cuba resipi telur ni. Ambil telur ayam sebaiknya ayam kampung dan campurkan bersama lada hitam, halia dan bawang putih.
Pastikan bahan-bahan kering ni ditumbuk sampai lumat sebelum dimasukkan dalam telur. Bubuh garam sedikit dan kacau rata. Goreng tanpa menggunakan minyak dan makan dengan nasi. Ini adalah petua turun-temurun dan anak-anak saya pun masih makan hidangan ni sampai sekarang.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam tak berubah saja bentuk tubuh dan fizikal penyanyi Intan Sarafina. Kalau tidak tahu latar belakang pelantun lagu Kembali ini pasti ada yang menyangka dia masih anak dara. Mana tidaknya, Intan bukan hanya dikurniakan susuk tubuh ramping malah memiliki rupa paras ‘baby face’ yang membuatkan dia sentiasa kelihatan awet muda.
Di sebalik kecantikan penyanyi bersuara emas ini, Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya merupakan ibu kepada tiga anak lelaki. Sudah pasti rutin menjaga ketiga-tiga anaknya juga menjadi salah satu rahsia ‘langsing’ Intan. Iyalah, bukan senang hendak menguruskan anak dan rumah dalam satu-satu masa. Tambahan pula, anak lelaki yang sentiasa lasak.
Menelusuri kehidupan Intan Sarafina, wanita cantik ini bakal memasuki usia 39 tahun. Dia yang mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkiflee pada tahun 2008 dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Megat Evan Raez; 10 tahun, Megat Israfel Raez; 8 tahun dan Megat Noah berumur 5 tahun.
Sepanjang mengikuti perkembangan Intan di media sosial miliknya, dia dilihat cukup aktif bersenam terutamanya berlari setiap hari demi mengekalkan stamina dan kekal sihat. Kagum dengan gaya hidup yang diamalkan Intan. Tidak hairanlah, dia mampu kekal menawan hingga ke hari ini.
Mengimbas kembali perjalanan awal karier seninya, Intan dilaporkan mula menyertai pertandingan nyanyian sejak usia sembilan tahun dan menandatangani kontrak bersama Warner Music pada usia 17 tahun. Menjadi peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) tiga tahun lalu, kemunculan semula penyanyi Duhai Malam ini bagaimana pun tidak begitu mendapat sambutan hangat peminat.
Sebelum bergelar anak seni, Intan pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005. Menerusi temubual Intan bersama Zarul Umbrella di saluran YouTube miliknya, dia menjelaskan hanya bertahan menjadi pramugari tak sampai setahun sebelum meletak jawatan.
Kongsinya, “Saya kena memandu ke tempat kerja sangat awal, kena dengar taklimat dulu, kena bangun pukul 4 pagi. Memang memenatkan. Saya pernah terlelap semasa memandu pulang dari kerja. Nasib baik tak berlaku kemalangan.
“Dari segi cuti, memang susah sikit sebab Public Holiday memang tak dapat cuti. Kadang-kadang kena fly. Kalau nak plan pergi mana-mana memang susah, kena pandai cari kawan sekerja untuk ganti.”
Walaupun jadual seninya tidak sesibuk dulu dan tumpuan Intan kini lebih kepada keluarga, dia bagaimana pun masih aktif berkongsi aktiviti nyanyian di Instagram yang turut disertai suami tercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.