Genap 16 tahun RichWorks International pada hari ini, merintis pembangunan usahawan jutawan di negara hingga menyaksikan ramai usahawan jutawan terutama bumiputera dilahirkan daripada sistem, ilmu dan strategi yang terbukti.
Pengasas dan Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, bermula secara kebetulan dan bertukar minat hingga menjadi sebuah institusi dengan kepakaran dalam menyaksikan pertumbuhan seseorang usahawan daripada satu tahap ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Katanya, pengalaman 16 tahun dengan melihat sendiri jatuh bangun seseorang usahawan secara dekat membuatkan RichWorks sentiasa menambah baik dan bergerak ke hadapan dalam menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Dalam tempoh genap 16 tahun, menjadikan RichWorks kini sebagai gedung lahirkan usahawan jutawan negara yang berjaya serta menyumbang kepada ekosistem ekonomi Malaysia yang sihat.
“Alhamdulillah, RichWorks boleh dikatakan sebagai satu institusi keramat melahirkan usahawan yang berjaya bukan hanya capai jualan jutaan ringgit bahkan menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.
Tahun lalu, 65 usahawan bimbingan secara dekat kami capai jualan lebih RM10 juta dan kami dalam misi untuk lahirkan 100 usahawan pula pada tahun ini.
Ads
Usahawan kami dibimbing secara holistik, bukan saja aspek bisnes termasuk menekankan kewajipan membayar cukai, zakat, tanggungjawab mereka kepada kakitangan dan masyarakat bahkan aspek kerohanian yang sangat penting.
“Bahkan dengan galakan dan dorongan juga, 30 usahawan Titanium kami dapat menunaikan rukun Islam kelima, ibadah haji malah ada yang membawa ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan sempena Ulang Tahun Ke-16 RichWorks, di sini hari ini.
USAHAWAN JUTAWAN
Ads
Sempena ulang tahun ke-16, RichWorks mengadakan Klinik Usahawan khusus buat usahawan-usahawan di luar sana mengikut industri secara percuma bermula Jun hingga penghujung tahun ini.
Tambah Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang pernah dinobatkan Nona Men’s Business Mentor Award sempena Nona Superhero Award 2021 yang lepas, usahawan ini dapat lebih kepastian dengan adanya mentor atau jurulatih yang dapat tegur dan bawa mereka melihat di mana jurang-jurang yang ada dan potensi lain yang boleh dibuat untuk mencapai sasaran.
Ads
“Nak jalankan bisnes ini mudah, tapi nak buat bisnes bertahan dan alami pertumbuhan itu susah jika anda tiada sokongan yang betul.
Bahkan salah satu cabaran terbesar bagi usahawan terutama pemilik bisnes bila mana mereka terperangkap dengan kejayaan masa lalu,” jelasnya.
Azizan berkata, mereka akan mula rasa selesa, tak nak berubah dengan tetap nak melakukan perkara sama tapi mengharapkan hasil lebih baik.
“Inilah yang selalu saya lihat permulaan kepada kejatuhan mereka dan jika tidak dibetulkan boleh menyebabkan bisnes terlingkup.
Bagi selesaikan isu ini, usahawan kena sedar bahawa masa beredar, teknologi berkembang dan tingkah laku manusia juga berubah menyebabkan kita perlu sentiasa bersedia untuk tambah baik ‘game’ masing-masing,” tegasnya lagi.
Bukan mudah mahu memimpin sebuah negara. Amanah yang digalas bukan boleh sekadar melepas batuk di tangga kerana setiap keputusan itu bakal mempengaruhi 32.75 juta kehidupan rakyat Malaysia.
Barangkali inilah yang menjadi dilema para pemimpin negara. Seboleh upaya menyelamatkan keadaan namun peningkatan kes baharu COVID-19 terus memecut naik.
Pentadbiran kanan kerajaan hari ini memutuskan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan sebentar tadi.
“Pelantikan (Ismail Sabri) ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” memetik kenyataan itu.
Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang portfolio Menteri Luar kini berstatus Menteri Kanan.
Di samping itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.
Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.
Justeru, PMO berharap pelantikan itu akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti. (Sumber Astro Awani)
SIFAT KEBAPAAN
Pak Long Mail is Back!
Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat, pendekatan kekeluargaan yang diterapkan oleh beliau sentiasa segar di hati.
Penguatkuasaan undang-undang bukanlah sesuatu yang mudah, tapi bayangkan ketegasan lelaki ini berjaya mendapat kerjasama rakyat dengan cara tersendiri.
Antaranya melalui penampilan kemeja dan perhiasan dekorasi yang menjadi penyeri sidang media! Sangat kreatif.
Perhiasan dekorasi di kediaman Pak Long Mail menjadi bahan bidaan penonton
Kemeja yang dikenakan menteri ini sentiasa mendapat pujian
Penampilan Pak Long Mail pernah disamakan dengan pelbagai dessert lazat
Yang pasti, pelantikan pemimpin kanan berusia 61 tahun ini diharapkan mampu menyatukan hati kita yang sedikit ‘tercalar’ dengan situasi semasa.
Kesibukan Ismail Sabri beberapa jam sebelum pengumuman rasmi dari Pejabat Perdana Menteri dikeluarkan
“Kita mendengar, dan kita mahu yang terbaik buat rakyat. Kesihatan dan keselamatan rakyat adalah perkara penting yang akan terus diutamakan di negara ini.
Semoga dengan jawatan baru Datuk Seri Ismail Sabri ini dapat membantu negara meratakan lengkung jangkitan COVID-19 di Malaysia sekaligus menyatukan semula hati-hati rakyat yang jelas ‘terpukul hebat’ dengan cabaran pandemik sekarang.
Sama-sama kita jaga kita dan ketepikan jurang ketidaksefahaman demi menyelamatkan masa depan negara. InsyaAllah, percaya bahawa kita semua mampu lakukan.
Tahniah Datuk Seri!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam diam, rupa-rupanya Sharifah Amani sudah pun berbadan dua. Berita gembira mengenai kehamilan sulung pelakon ini bagaimana pun baru saja diumumkan kepada khalayak beberapa hari lepas.
Menerusi perkongsian Sharifah Amani Syed Zainal Rashid atau mesra disapa Nani di media sosial, jelas kelihatan baby bump bintang filem Sepet tersebut. Malah video yang dimuat naik Nani dan suami juga meraih hampir sejuta tontonan!
Kelihatan adik-beradik, ibu bapa, kenalan rapat Nani turut sebak menerima kejutan daripada anak kepada pelakon dan guru lakon, Fatimah Abu Bakar ini apabila dimaklumkan mengenai kandungannya.
Rata-rata peminat dan followers setia melahirkan rasa teruja dengan khabar gembira berkenaan. Tidak kurang juga rakan-rakan artis yang mendoakan kesihatan ibu dan bayi.
Lebih istimewa, selepas mengumumkan dirinya sedang hamil anak sulung pelakon berbakat besar ini juga meraikan ulang tahun kelahiran suami tersayang iaitu Ahmed Faris Amir yang ke-36.
“Happy birthday bapak anak I. Best gila bercinta dengan you. Terima kasih for everything. May everything be eased and may all your dreams come true. InsyaAllah. I love you, Med Faris.”
Nani merupakan adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Aleya. Selain Aleya, dia juga mempunyai adik perempuan yang bergiat aktif sebagai pelakon iaitu Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada angin tiada ribut, rupanya pelakon jelita Intan Najuwa hari melangsungkan perkahwinan dan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon tersebut selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, kira-kira jam 6.45 petang sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Intan Najuwa dilihat anggun menyarung persalinan Fizi Woo dan solekannya menerima sentuhan Alha Alfa.
Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya...