Sejak kebelakangan ini, isu keruntuhan rumahtangga yang melibatkan pihak ketiga semakin menjadi-menjadi. Masih belum reda kisah pergolakan perhubungan Shamsul Yusof dan Puteri Sarah, kisah rumahtangga pelakon drama tampan Hafidz Roshdi pula diperkatakan apabila isteri Nurul Shuhada yang mendakwa rumahtangganya diganggu oleh pihak ketiga ditularkan.

“Maaf Seorang Isteri Terluka Mahal Harganya..” Enggan Konflik Berpanjangan, Isteri HAFIDZ ROSHDI Sedia Maafkan Pihak Ketiga “Maaf Seorang Isteri Terluka Mahal Harganya..” Enggan Konflik Berpanjangan, Isteri HAFIDZ ROSHDI Sedia Maafkan Pihak Ketiga

IKLAN

Situasi menjadi lebih panas apabila tangkap layar paparan skrin perbualan Hafidz dengan kekasihnya yang didakwa penyondol tular di media sosial.

Namun pagi tadi, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Hafidz Roshdi tampil membuat permohonan maaf berkaitan isu curang yang tular di media sosial baru-baru ini. Wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada itu tampil membuat permohonan maaf melalui kemas kini di akaun Instagramnya pada Sabtu.

“Maaf Seorang Isteri Terluka Mahal Harganya..” Enggan Konflik Berpanjangan, Isteri HAFIDZ ROSHDI Sedia Maafkan Pihak Ketiga

“Maaf Seorang Isteri Terluka Mahal Harganya..” Enggan Konflik Berpanjangan, Isteri HAFIDZ ROSHDI Sedia Maafkan Pihak Ketiga

Menurut Athira, dia ingin memohon maaf kepada isteri Hafidz bersama dua orang anaknya dan berkata tidak akan menghubungi pelakon lelaki itu lagi.

Pun begitu sebentar tadi menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada di laman Instagramnya, dia menzahirkan ucapan terima kasih atas permohonan maaf yang dilakukan oleh Athira namun, membangkitkan beberapa isu menerusi fakta yang didapati menggelirukan yang disampaikan oleh wanita terbabit.

“Waalaikumsalam dan terima kasih Cik Athirah atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ni pada orang lain, tapi ada maklumat menggelirukan yang perlu saya jelaskan disini.

“Anda berdua berhubung antara satu sama lain sehingga 25 Januari 2023 dimana hanya beberapa minggu yang lalu. Kenyataan ini mengikut semua bukti yang saya saksikan.

IKLAN

“Saya mempunyai semua hak untuk dedahkan kepada umum untuk lindungi keluarga saya, tetapi saya lebih suka menyerahkan segala-galanya kepada peguam dengan cara yang betul dan beradab untuk selesaikan perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhada akui terbuka hati untuk memaafkan Athirah namun, dia tidak akan melupakan apa yang dilakukan terhadap rumah tangganya selama ini.

Malah, dia juga tidak mahu memanjangkan isu ini di laman sosial memandangkan pelbagai pihak terutamanya keluarga serta anak-anak  terpaksa menanggung malu dengan apa telah terjadi.

IKLAN

Untuk rekap, Hafidz yang juga bekas peserta program Hero Remaja berkahwin pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.

“Maaf Seorang Isteri Terluka Mahal Harganya..” Enggan Konflik Berpanjangan, Isteri HAFIDZ ROSHDI Sedia Maafkan Pihak Ketiga

Di ruangan komen hantaran Nurul Shuhada, ramai warga maya yang turut memberikan kata-kata semangat buat Nurul Shuhada.

“Maaf Seorang Isteri Terluka Mahal Harganya..” Enggan Konflik Berpanjangan, Isteri HAFIDZ ROSHDI Sedia Maafkan Pihak Ketiga “Maaf Seorang Isteri Terluka Mahal Harganya..” Enggan Konflik Berpanjangan, Isteri HAFIDZ ROSHDI Sedia Maafkan Pihak Ketiga “Maaf Seorang Isteri Terluka Mahal Harganya..” Enggan Konflik Berpanjangan, Isteri HAFIDZ ROSHDI Sedia Maafkan Pihak Ketiga “Maaf Seorang Isteri Terluka Mahal Harganya..” Enggan Konflik Berpanjangan, Isteri HAFIDZ ROSHDI Sedia Maafkan Pihak Ketiga

NONA mendoakan semoga Nurul Shuhada terus kuat menjalani dugaan ini. Buat suami di luar sana, hargailah pengorbanan isteri anda.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI