Sejuk hati seorang bapa apabila dapat perhatian dan layanan baik daripada anak tersayang. Apatah lagi ketika diuji sakit dan melawan penyakit. Itulah yang dirasai cef ternama, Chef Datuk (Dr) Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan baru-baru ini.

IKLAN

Awal Ogos lalu, Chef Wan menerusi media sosial memberitahu dia disahkan menghidap kanser limfoma dan memulakan rawatan kimoterapi. Kanser yang dihidapi mungkin masih berada pada peringkat awal memandangkan keadaan dirinya masih sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.

Dia yang kini berusia 65 tahun turut mendedahkan peluang untuk sembuh daripada penyakit itu ialah sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.

“My Lovely Son Masakkan Untuk Saya,” Beruntung Chef Wan, Anak Prihatin Masak Menu Sedap Waktu Bapa Diuji Sakit!
Kredit Instagram @_chefwan58
“My Lovely Son Masakkan Untuk Saya,” Beruntung Chef Wan, Anak Prihatin Masak Menu Sedap Waktu Bapa Diuji Sakit!
Kredit Instagram @_chefwan58

Prihatin dengan situasi bapa, anak Chef Wan iaitu Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan sedaya-upaya menjaga insan kesayangan dengan sebaiknya.

Menerusi perkongsian cef selebriti berkenaan, dia meluahkan rasa gembira dan syukur kerana Chef Riz menyediakan hidangan makan malam yang enak untuk dirinya.

“Alhamdulilah my lovely son cooked this dinner for me tonight. It’s mixture of various types of mushrooms and prawns with red snapper fish soup. So delicious.”

Beruntung bapa dua anak ini dikurniakan anak berjiwa penyayang dan sanggup meluangkan masa memasak untuk bapa.

IKLAN
“My Lovely Son Masakkan Untuk Saya,” Beruntung Chef Wan, Anak Prihatin Masak Menu Sedap Waktu Bapa Diuji Sakit!
Kredit Instagram @_chefwan58
“My Lovely Son Masakkan Untuk Saya,” Beruntung Chef Wan, Anak Prihatin Masak Menu Sedap Waktu Bapa Diuji Sakit!
Kredit Instagram @_chefwan58
“My Lovely Son Masakkan Untuk Saya,” Beruntung Chef Wan, Anak Prihatin Masak Menu Sedap Waktu Bapa Diuji Sakit!
Kredit Instagram @chefriz

Terharu dengan ucapan itu, Chef Riz menambah, “Alhamdullilah. We glad you love it papa. Have a good rest. Kami anak-anak dan cucu sentiasa doakan papa sembuh dan sihat sentiasa. Love u papa sayang.”

Pada 23 Jun lepas, Chef Riz dilantik sebagai Group Executive Sous Chef untuk restoran milik Chef Wan iaitu De.Wan 1958 dan Cafe CW. Abang Serina Redzuawan ini mengikut jejak langkah bapanya dalam bidang kulinari.

IKLAN
“My Lovely Son Masakkan Untuk Saya,” Beruntung Chef Wan, Anak Prihatin Masak Menu Sedap Waktu Bapa Diuji Sakit!
Kredit Instagram @_chefwan58
“My Lovely Son Masakkan Untuk Saya,” Beruntung Chef Wan, Anak Prihatin Masak Menu Sedap Waktu Bapa Diuji Sakit!
Kredit Instagram @chefriz
“My Lovely Son Masakkan Untuk Saya,” Beruntung Chef Wan, Anak Prihatin Masak Menu Sedap Waktu Bapa Diuji Sakit!
Kredit Instagram @chefriz

Chef Riz yang berusia 41 tahun mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita cantik yang mahu dikenali sebagai Nurul.

11 Januari lalu, bonda tersayang Chef Wan iaitu Noraini Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/chef-riz-mahu-ikut-jejak-langkah-bapa-kini-bahagia-dengan-perkahwinan-ke-3/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI