Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi, begitu juga dengan Chef Riz, anak lelaki kepada Chef Selebriti Datuk (Dr) Redzuawan Ismail.

IKLAN

Nampaknya, lelaki yang mempunyai nama sebenar Mohd Nadzri Redzuwan telah mengikut jejak langkah ayahnya, Datuk Chef Wan bekerja dalam bidang kulinari. Lebih menarik lagi kini Chef Riz bekerja sebagai ketua chef di salah sebuah kafe milik bapanya.

Chef Riz Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Kini Bahagia Dengan Perkahwinan Ke-3
Foto: Instagram @chefriz

Sebagai seorang anak lelaki kepada tokoh pertama yang dilantik sebagai Duta Pelancongan Makanan daripada Kementerian Pelancongan sudah tentu terselit perasaan bangga dengan kejayaan ayahnya.

“Memang benar, saya sangat bangga dengan segala hasil usaha yang ayah saya lakukan. Kalau boleh, saya juga mahu berjaya seperti Datuk Chef Wan dan beliau merupakan idola saya,” kata Chef Riz yang ditemui di malam Nona Superhero Award 2021 bagi mewakili bapanya yang sedang berada di luar negara ketika itu.

Chef Riz Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Kini Bahagia Dengan Perkahwinan Ke-3
Foto: Koleksi Majalah Nona

Turut setia menemani lelaki yang berusia 40 tahun ini di majlis yang menobatkan Datuk Chef Wan sebagai penerima Nona Man Chef Celebrity Business Award itu ialah isteri yang baharu dikahwininya. Wanita tinggi lampai yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul begitu ramah dan mesra ketika ditemui.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Chef Riz dan kedua buat Nurul. Pasangan ini juga terbuka berbual tentang perkahwinan mereka. “Kalau ikut saya tak mahu heboh-heboh tapi Datuk Chef Wan dah umumkan di media sosialnya,” tutur Chef Riz bergurau sambil tersenyum memandang isteri tercinta.

Chef Riz Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Kini Bahagia Dengan Perkahwinan Ke-3
Foto: Koleksi Peribadi Nurul
Chef Riz Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Kini Bahagia Dengan Perkahwinan Ke-3
Foto: Koleksi Peribadi Nurul
Chef Riz Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Kini Bahagia Dengan Perkahwinan Ke-3
Foto: Koleksi Peribadi Nurul

Menurut pasangan sama cantik sama padan ini hubungan mereka mula terjalin apabila mengusahakan perniagaan bersama. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

DATUK CHEF WAN
Datuk Chef Wan memang terkenal dengan sikap menyayangi ahli keluarganya. Teruja mendengar pengalaman Datuk Chef Wan yang sejak kecil sudah bijak mencari rezeki yang halal. “Memang sejak kecil lagi saya sudah pandai berdikari dan mencari rezeki.

IKLAN

Saya akan berusaha mengikut kemampuan usia ketika itu seperti tanam sayur dan jual kuih. Selain sikap positif kita perlu merendah diri dan sentiasa mengali ilmu baharu dalam apa juga aspek kehidupan. Sebagai contoh, apabila ibu saya disahkan Alzheimer saya membaca dan mendalami tentang gejala penyakit ini. Bila kita ada ilmu kita akan more powerful.

Chef Riz Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Kini Bahagia Dengan Perkahwinan Ke-3
Foto: Koleksi Majalah Nona

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan pencapaian yang dikecap sehingga ke hari ini. Di sebalik kejayaan ini, saya terhutang budi dengan didikan yang diterapkan oleh arwah bapa.

IKLAN

Tak terbalas jasa beliau membesarkan saya sebagai anak sulung daripada tujuh adik-beradik. Sebagai bekas tentera sudah pasti beliau menerapkan disiplin yang tinggi.

Masa kecil dulu arwah bapa telah menyiapkan jadual tugasan untuk kami adik-beradik. Setiap orang ada tugas masing-masing. Siapa yang kena basuh pinggan, basuh kain dan tugas lain menguruskan rumah, ada jadual yang telah dibuatnya.

Pada saya disiplin yang tinggi sangat penting untuk berjaya,” ujar anak kepada pasangan Ismail Mohd Nor dan Noraini Abdullah ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Baca Juga Datuk Chef Wan Bergelar Selebriti Chef Jutawan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI