Orang wanita memang diciptakan punya semangat kuat dan luar biasa! Misalnya, adik kepada Sharifah Amani iaitu Sharifah Aryana ini. Walau masih muda tapi kematangan anak bongsu kepada pasangan Syed Zainal Abidin Rashid dan Fatimah Abu Bakar ini jelas terserlah.
Dalam temu bual bersama Nona, Sharifah Aryana atau mesra disapa Yana kini ibu kepada seorang anak lelaki. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada Januari 2021, Yana memberi tumpuan sepenuhnya menguruskan keluarga tersayang.
Tidak sekadar menjadi suri rumah, pelakon filem Mukhsin ini sedang ligat menceburi bidang perniagaan dan bergelar pengasas Confidence Cosmetics.
Paling mengharukan apabila penulis bertemu dengan Yana ketika dia rancak berniaga sambil menggendong anak sulung. Kuat semangat!
Ads
“Alhamdulillah, ini rezeki anak. Kita usahakan untuk dia juga. Siapa yang kenal saya dari dulu, kulit saya memang bermasalah. Terdetik untuk buat produk penjagaan wajah ini bila suami bagi sokongan untuk buat bisnes ini. Alhamdulillah nak dekat dua tahun, kiranya Januari nanti genap dua tahun Confidence Cosmetics di pasaran.”
Hampir dua tahun menembusi pasaran, Yana berbangga kerana salah satu produk keluarannya memenangi Lifestyle Beauty Asia Award.
“Kalau suami tak Ada, tak mungkin adanya Confidence Cosmetics. Sebab saya jenis ada idea, saya tahu apa saya nak tapi cepat rasa gelabah nak buat banyak benda. Jadi, suami banyak bantu uruskan hal-hal seperti di kilang.
Ads
Syarikat ini cuma saya dan suami. Kami baru ambil dua staf. Bisnes ini setiap hari ada je cabaran. Lagi-lagi saya jaga anak sepenuhnya tanpa bantuan pembantu. Saya tak hantar dia ke day care lagi.
Bila dah penat, stress, otak tepu, memang menangislah. Hari tu ada ikut buka booth. Dalam kereta dah menangis, tapi bila dah sampai tempat tu, lap mata dan terus cakap jom kita jual!
Bila dah jadi mompreneur ni, saya pilih untuk buat kedua-duanya iaitu bisnes dan jaga anak. Susah tapi alhamdulillah masih terkawal.”
Semoga usaha keras dan ketabahan Yana membantu suami demi keluarga tersayang diberkati Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Angan-angannya untuk menjadi usahawan berjaya sudah terwujud sejak di bangku sekolah lagi. Dato’ Dr. Kapten Bakhtiar Aliff, seorang juruterbang disegani menganggap kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah hasil daripada keazaman, doa dan usaha keras mahu membantu ummah, selain niat murni memberi pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik untuk anak-anak Malaysia.
Selain kerjaya sebagai juruterbang, Dato’ Bakhtiar mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan. Figura berusia 38 tahun ini yang juga Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Al Kauthar Eduqids menyatakan tertubuhnya jenama Al Kauthar Eduqids bukanlah semata-mata untuk bersaing tetapi menawarkan pilihan lebih baik.
Al Kauthar Eduqids merupakan sebuah syarikat pendidikan awal kanakkanak swasta, prasekolah dan taska berkonsep Montessori Islamik yang mencipta fenomena luar biasa, menandingi jenama prasekolah Islamik lain yang sudah bertapak lama di dalam industri.
“Al Kauthar Eduqids ditubuhkan pada bulan September 2013 yang menawarkan prasekolah untuk pelajar berumur 4 hingga 6 tahun dengan program Pra Tahfiz (hafalan al-Quran), program perkhidmatan Montessori, program Playschool untuk kanak-kanak (1-3 tahun) dan juga Islamic Advancement Program (IAP).
Di Al Kauthar Eduqids juga kami menawarkan program untuk anak-anak istimewa seperti Autisme, Speech Delay, Minor Syndrome Down, GDD dan ADHD. Ini menjadikan Al Kauthar Eduqids unik dan istimewa kerana tidak banyak tadika lain yang menawarkan program seperti itu kepada ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ ini,” kongsi Dato’
Bakhtiar yang jelas berbangga dengan pencapaian syarikatnya sepanjang 10 tahun ditubuhkan.
Bukan sekadar memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak, Al Kauthar Eduqids juga membimbing usahawan yang ingin membuka perniagaan mereka sendiri. “Di bawah Program Pembangunan Perniagaan, Al Kauthar Eduqids menawarkan ‘Pakej Pelesenan’, konsultasi dan bimbingan kepada pengusaha yang ingin memulakan perniagaan tadika mereka sendiri.
Sehingga ke saat ini, Al Kauthar Eduqids mempunyai sejumlah 217 cawangan di seluruh Lembah Klang dan Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Terengganu, Sabah serta menyasarkan untuk memiliki sekurang-kurangnya 300 cawangan dalam masa dua tahun akan datang,” luah Dato’ Bakhtiar yang turut berkongsi Al Kauthar Eduqids telah melahirkan lebih 80 orang usahawan berjaya dan membuka lebih 1000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Dato’ Bakhtiar juga melahirkan perasaan sangat bersyukur kerana isterinya, Datin Nor Fadilah Alias bangkit menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan yang digapai. “Isteri juga merupakan Pengasas Bersama serta Ketua Pegawai Operasi Al Kauthar Eduqids. Idea membuka tadikaterlahir daripada minat isteri yang juga berpengalaman mengajar selama tujuh tahun di tadika kerajaan dan swasta sebelum memulakan perniagaan sendiri.
Selain ilmu dan pengalaman yang ditimba, isteri juga sejak masih bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional ERT Setapak telah menanam impian untuk membuka pusat pendidikan awal kanak-kanak sendiri. Alhamdulillah sejak kami tubuhkan Al Kauthar Eduqids padatahun 2013 hingga kini mampu bertahan dan berkembang maju,” luah Dato’ Bakhtiar.
Berkesempatan menghadiri majlis konsert akhir tahun atau Al KautharEduqids Grand Ihtifal & Graduation 2023 di Shah Alam baru-baru ini, membuktikan betapa komitednya pasangan Pengasas ini disamping tenaga pengajar serta ibu bapa yang mahu memberikan ilmu Pendidikan terbaik terhadap kanak-kanak.
Mengumpulkan lebih 6,000 anak-anak dalam dan luar negeri, Al Kauthar Eduqids bermula dari usia 1 hingga 6 tahun, majlis tersebut dijalankan secara berperingkat dan berlangsung di beberapa buah negeri. Menariknya, komitmen Dato’ Bakhtiar dan Datin Nor Fadilah yang sedang sarat hamil di setiap majlis tersebut menyentuh hati.
Teruja melihat wajah anak-anak di atas pentas, momen istimewa yang mencipta sejuta memori!
Memegang peribahasa Jepun ‘Kalau anda jatuh 7 kali, maka bangunlah 8 kali’, sifat tidak mudah menyerah kalah menjadi pegangan Dato’ Bakhtiar dalam menguruskan perniagaan. “Bukanlah sesuatu yang mudah dalam menguruskan perniagaan, sememangnya ada kisah jatuh bangun tersendiri.
Selama 10 tahun dalam bidang ini, banyak yang kami suami isteri belajar. Kami menambah baik skil-skil dan timba ilmu. Perbaiki diri masing-masing. Alhamdulillah kami bertahan hingga kini,” kongsi beliau.
Pengalaman paling manis Dato’ Bakhtiar sepanjang mengendalikan perniagaan? “Banyak pengalaman manis antaranya strategi perniagaan kami menjadi dan banyak anugerah yang tak disangka saya perolehi seperti Anugerah Nona Superhero ini. Saya bersyukur dan berbanggakerana dipilih oleh pihak Nona, alhamdulillah.
Selain itu paling membanggakan apabila Al Kauthar berjaya pecahkan rekod selama tiga kali menerusi Perhimpunan Sukan Kanak-Kanak Terbesar di Malaysia,” sambung Dato’ Bakhtiar yang telah menerima banyak anugerah antaranya 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100MIYE), Top 100 CEO Muda (100TYC) dan Pengusaha Pendidikan Islam Cemerlang pada tahun 2019 (SEBA2019), Anugerah Outstanding Personality Award (Islamic & Montessori Program) Malaysia Education & TVET Awards 2022, Anugerah Extraordinary Achievement CEO ofthe Year World Muslimpreneur Award 2022, Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA) dan Anugerah Montessori Islamik Pilihan 2023.
Menyentuh tentang definisi superhero dalam bidang perniagaan, Dato’ Bakhtiar menjelaskan di Malaysia ramai usahawan Melayu yang menjadi kebanggaannya. Malah ikon teknologi seperti Elon Musk dan Mark Zuckerberg pula superhero yang menjadi idolanya dalam perniagaan.
Ditebak mengenai tip untuk berjiwa kental sebagai seorang ahli perniagaan, Dato’ Bakhtiar sentiasa menetapkan minda agar dirinya sentiasa bertenaga dalam mengorak langkah.‘Kena betul-betul tahu apa yang kita mahukan, The Big Why. Tanamkan bayangan kejayaan visualization sentiasa di dalam minda supaya terus bertenaga dan mara ke hadapan. Ubah mindset untuk membantu seramai manusia. Supaya sentiasa beringat di mana kita berada.
Kalau kita rasa susah, ramai lagi yang susah. Kalau kita rasa senang, ramai lagi yang lebih senang dari kita.
Yang paling penting keberkatan dan bersyukur. Berkat doa ibu bapa, isteri dan guru sangatlah penting dalam apa jua bidang yang kita lakukan. Bersyukur, namun syukur bukan sahaja ucapan terima kasih, ia lebih dari itu. Perlu datang dan lahir dalam hati,” luah beliau.
Turut menambah, “La insyakartum la azidannakum wa lainkafartum innaazabilashadid. Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih,” – Surah Ibrahim : 7
Walaupun sibuk dengan kerjaya dan menguruskan perniagaan namun Dato’ Bakhtiar bersyukur kerana anak-anak sentiasa disamping. Tiada istilah tiada masa bersama anak kerana perniagaan yang dijalankan berkaitan dengan dunia kanak-kanak. “Disebabkan saya dan isteri melakukan perniagaan berkaitan kanak-kanak jadi waktu bersama anak-anak sangat dekat dengan dengan kami.
Aktiviti bersama tadika seperti konsert, hari sukan anak-sanak saya juga akan terlibat sekali. Jadi memang sentiasa ada masa dengan anak-anak. Syukur alhamdulillah perniagaan yang kami uruskan adalah pilihan terbaik,” akhiri Dato’ Bakhtiar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman dilaporkan telah bertunang hari ini dengan gadis pilihan, Nikola Mulyadi.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi di Facebooknya pada Sabtu.
Beliau dalam perkongsiannya turut berharap Ashman tetap tabah meskipun majlis yang dilangsungkan di Pavilion itu tidak dapat dihadiri oleh bapanya.
“Memang tidak lengkap pertunangan anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berlangsung tanpa kehadiran Bossku (Najib). Tetapi tetap meriah dan tenang.
“…Semoga Allah memelihara Bossku. Dia akan kembali dalam perjuangan rakyat. Insya-Allah,” katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis itu termasuk Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan, hukuman dan denda terhadap tujuh pertuduhan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.
Selaku penyanyi nombor satu negara dan rakyat Malaysia pertama memiliki jumlah pengikut paling tinggi di Instagram iaitu 7.2 juta orang, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggunakan pengaruh yang ada untuk membantu para frontliners, individu terjejas akibat Covid-19 dan bantuan khas kepada golongan kurang bernasib baik sempena ketibaan Ramadan dan Syawal ini menerusi inisiatif Dana PKP Siti Nurhaliza.
PKP yang dimaksudkan Datuk Seri Siti bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi ia merupakan singkatan kepada Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin iaitu satu bentuk sumbangan yang disalurkan kepada tiga kumpulan terlibat. Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza.
Berkongsi usaha murni itu di laman media sosial miliknya, isteri Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini menjelaskan objektif Dana PKP Siti Nurhaliza dibahagikan kepada tiga kategori.
Pertama, Peduli(P) yang membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid-19. Antaranya termasuk peralatan perlindungan PPE, topeng muka dan sarung tangan.
Kedua, Kemanusiaan (K) iaitu membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga terjejas pendapatan di samping mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
Dan ketiga, Prihatin (P) yang menumpukan kepada bantuan khas sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan kurang berkemampuan serta rumah-rumah kebajikan.
Bagi memudahkan urusan pemberian sumbangan kepada kumpulan terlibat, satu platform dinamakan Kitafund diwujudkan. Ujar Datuk Seri Siti, “Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma selain memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu.”
Sebagai langkah permulaan, SNP mensasarkan pengumpulan dana keperluan segera bagi kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Memetik kenyataan Datuk Seri Siti kepada Berita Harian, “Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh PKP dilanjutkan dan banyak jenis bantuan akan disalurkan.”
Sumbangan boleh dibuat secara pembayaran sama ada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal atau E-Wallet seperti Boost/GrabPay/Touch n Go.
Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga akan menjayakan Youtube Live PKP Siti Nurhaliza di saluran Youtube Siti Official Video pada 19 April 2020 bermula jam 2.30 petang. Menariknya, para penonton di saluran Youtube ini nanti berpeluang menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR dan selebriti ini akan menghiburkan anda dengan nyanyian lagu-lagu pilihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syafiqa Melvin uruskan 2 bayi serentak selepas bersalin namun tetap kuat turun padang berniaga. Kisah inspirasi ibu, isteri dan usahawan wanita yang tidak berhenti berjuang membina empayar bisnes sendiri.