Ads

Gorgeous Mom! Bakal Terima Menantu, Wan Khatijah Syukur & Rasa Macam ‘Mimpi’ Saksi Pertunangan Anak Sulung

Wan Khatijah Syukur Anak Sulung Selamat Bertunang
Wan Khatijah Syukur Anak Sulung Selamat Bertunang

Tahniah buat Wan Khatijah sekeluarga atas pertunangan anak sulungnya baru-baru ini. Segak dan cantik anak-anak Juara Dewi Remaja 1995/1996 tersebut termasuk suami tercinta, Azlisham Ibrahim. Yang pasti, penampilan Wan Khatijah pada majlis pertunangan berkenaan menarik perhatian ramai.

Dia yang anggun mengenakan busana warna emerald green tampil berseri-seri menyaksikan hari istimewa anak sulung lelaki kesayangan, Adam Muqrish. 

Artikel https://www.nona.my/wan-khatijah-gemar-hias-rumah-travel-pilates-rahsia-perkahwinan-bahagia-cecah-26-tahun/

Wan Khatijah Bakal Terima Menantu

Gorgeous Mom! Bakal Terima Menantu, Wan Khatijah Syukur & Rasa Macam ‘Mimpi’ Saksi Pertunangan Anak Sulung Gorgeous Mom! Bakal Terima Menantu, Wan Khatijah Syukur & Rasa Macam ‘Mimpi’ Saksi Pertunangan Anak Sulung

Mengulas lanjut mengenai pertunangan itu kepada Nona, Wan Khatijah memberitahu majlis berkenaan berlangsung meriah di Hotel Maya Kuala Lumpur pada 4 April lepas.  

Ads

Majlis dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Kata usahawan ini, keluarga pihak lelaki sedondon mengenakan persalinan rona emerald green. Sementara keluarga perempuan pula sepakat menyarung busana warna maroon.  

Turut tidak ketinggalan menyaksikan ikatan pertunangan pasangan sama cantik sama padan itu ialah ibunda kesayangan Wan Khatijah yang berasal Perancis, Christine Rohani Longuet.  

Ujar bekas pengacara televisyen ini, wanita cantik yang berjaya menambat hati anak lelakinya itu ialah Sarah Alya Hani dan berasal dari Subang Jaya.  

Momen menyarung cincin ke jari manis Hani pastinya meninggalkan detik indah buat Wan Khatijah. Sarah Alya Hani yang menyarung persalinan putih gading kelihatan mempersona dan bahagia meraikan hari penuh makna itu buat dirinya dan pasangan.  

Ads

Gorgeous Mom! Bakal Terima Menantu, Wan Khatijah Syukur & Rasa Macam ‘Mimpi’ Saksi Pertunangan Anak Sulung Gorgeous Mom! Bakal Terima Menantu, Wan Khatijah Syukur & Rasa Macam ‘Mimpi’ Saksi Pertunangan Anak Sulung

Jelas terserlah wajah syukur dan teruja jelitawan ini saat bertentang mata dengan bakal menantu di atas pelamin sambil disaksikan para tetamu yang mendoakan kesejahteraan Adam Muqrish dan Sarah Alya Hani.  

Terpesona dengan kejelitaan ibu kepada empat cahaya mata tersebut. Meniti usia 50an, aura Wan Khatijah masih memukau.  

Doa Wan Khatijah

Ditanya perasaan apabila anak sulungnya bakal melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi, ini reaksi jujur pelakon filem Mami Jarum 2 berkenaan.  

Ads

“Alhamdulillah happy for him and macam tak percaya my first born dah bertunang dan semoga dipermudahkan segala urusan untuk ke jenjang pelamin.” 

Gorgeous Mom! Bakal Terima Menantu, Wan Khatijah Syukur & Rasa Macam ‘Mimpi’ Saksi Pertunangan Anak Sulung Gorgeous Mom! Bakal Terima Menantu, Wan Khatijah Syukur & Rasa Macam ‘Mimpi’ Saksi Pertunangan Anak Sulung Gorgeous Mom! Bakal Terima Menantu, Wan Khatijah Syukur & Rasa Macam ‘Mimpi’ Saksi Pertunangan Anak Sulung

Tambahnya lagi, “Kami doakan semoga ikatan berkekalan hingga ke gerbang perkahwinan dan perkahwinan mereka hingga ke Jannah semoga mereka dilindungi dan dipermudahkan urusan.” 

Khabarnya majlis pernikahan Adam Muqrish dan Sarah Alya Hani akan berlangsung pada Jun 2027.

Wan Khatijah mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain bola sepak, Azlisham Ibrahim. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Adam Muqrish, 26 tahun; Adam Haris, 23 tahun; Adam Iskandar, 22 tahun; dan Sarah Aisha berusia 19 tahun. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Georgina Rodríguez Dedah Kehidupan Mewah Tanpa Batasan, Di Sisi Ronaldo Bagai...

Georgina Rodríguez mempamerkan kehidupan mewah tanpa batasan bersama Cristiano Ronaldo, dari kereta eksklusif hingga perhiasan bernilai jutaan ringgit.