Nama Persatuan Pandu Puteri sememangnya segar di fikiran wanita Malaysia. Bukan saja terkenal di bangku sekolah malah di kalangan mahasiswi IPT.
Berlangsung sebentar tadi, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendapat pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan pingat perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS).
Dalam satu hantaran rasmi di Instagram, Raja Permaisuri Agong kelihatan sebak ketika menyaksikan secara langsung Majlis Penganugerahan Medal of Service dari WAGGGS menerusi saluran YouTube di Istana Negara.
Foto: Bernama
Pingat perkhidmatan WAGGGS merupakan bentuk pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh WAGGGS, kepada individu cemerlang yang mempamerkan perkhidmatan luar biasa kepada pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di peringkat nasional dan global.
Pengumuman rasmi dibuat oleh pengerusi Lembaga WAGGGS Sedunia, Ana Maria Mideros menerusi saluran Youtube WAGGGS.
Ads
Beliau berkata Tunku Azizah amat aktif dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia, memegang jawatan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
“Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan khas atas dedikasi dan sokongan Tunku Azizah yang tidak pernah kenal lelah untuk pergerakan, kesungguhan Seri Paduka juga terpamer dalam memperkasakan kanak-kanak perempuan serta wanita muda sebagai pemimpin bagi generasi seterusnya.
Tunku Azizah juga menjadi penyokong aktif bagi hak-hak wanita dan kanak-kanak perempuan terutamanya dalam menentang perkahwinan kanak-kanak dan mempromosi pendidikan anak-anak serta pembasmian kemiskinan.”
Ads
Ana Maria berkata, Tunku Azizah turut menjadi inspirasi kepada ramai individu bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia untuk menjadi ejen perubahan dalam komuniti mereka.
Ads
Penghormatan diberikan ke atas kerja-kerja atau sumbangan Tunku Azizah di Malaysia terutamanya dalam menyokong pembangunan dan pemerkasaan keupayaan individu dan masyarakat melalui penubuhan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah.
“Selain itu, kelab jahitan di Kuantan yang menyokong kekuatan ekonomi wanita, Institut Kemahiran Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam dan Tenun Pahang Projek Diraja di Penjara Penor.”
Raja Permaisuri Agong pernah menyandang gelaran Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Pahang; Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan pada tahun 2015 baginda menjadi Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri (EAPW) dengan keanggotaan dari 27 negara di rantau Asia Pasifik.
Sumber: Instagram @istana_negara & BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amalan bersedekah dituntut dalam Islam pada bulan Ramadan untuk mengingatkan umatnya agar sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang dianugerahkan kepada mereka. Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu kehadirannya oleh umat Islam kerana pelbagai keistimewaan terkandung di dalamnya terutama berkaitan dengan ibadah dan amalan kebajikan.
Fizi Ali
Bagi selebriti dan penyampai radio, Fizi Ali, Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya apatah lagi dapat berganding bahu dalam projek Kasih Ramadan inisiatif Yayasan Ikhlas (YI) meneruskan tradisi dan sisi murni membantu golongan anak yatim, asnaf dan keluarga di Malaysia yang menempuhi kesusahan di bulan Ramadan.
“Tahun ini saya ambil kesempatan untuk berganding bahu bersama Yayasan Ikhlas untuk menghulurkan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Sumbangan tenaga yang tidak seberapa ini banyak membuka mata saya terhadap kehidupan insan-insan di sekeliling yang memerlukan bantuan.
Saya berharap sumbangan kecil ini menjadi asbab pahala terutamanya di bulan Ramadan dan menjadi contoh terbaik untuk satu-satunya anak kesayangan saya, Ameena Sofia.
Meneruskan tradisi dan sisi murni yang diusahakan sejak tahun 2014, projek Kasih Ramadan inisiatif Yayasan Ikhlas (YI) diteruskan Ramadan tahun ini untuk edisi kesembilan. Projek ini diusahakan bagi membantu golongan anak yatim, asnaf dan keluarga di Malaysia yang menempuhi kesusahan di bulan puasa.
Tahun lalu seramai 36,689 penerima manfaat di kalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan pesakit dibantu menerusi projek sama dengan menyasarkan golongan berkenaan untuk pemberian pek barangan asas, tajaan sahur dan berbuka serta sumbangan raya.
Menurut Pengerusi YI Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, tahun lalu bantuan disalurkan merangkumi 146 buah tempat di seluruh Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Katanya lagi, tahun ini sudah 15691 penerima sudah menerima manfaat itu dengan jumlah sasaran keseluruhan 25,000.
“Tiga bantuan disalurkan termasuk pertama kotak makanan mengandungi barang keperluan harian bernilai RM100 bagi setiap keluarga. Ia termasuklah sekampit beras, sepaket bihun dengan berat 400 gram, minyak masak, tepung gandum, gula, kicap, sos cili, kordial berperisa dan sekotak kurma.
“Kedua, pek Iftar dan Sahur yang siap dimasak diagihkan kepada anak yatim dan keluarga asnaf. Ketiga, set kelengkapan raya bernilai RM200 seperti baju, biskut dan sumbangan duit,” katanya.
Pengerusi Yayasan Ikhlas Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Menurut Prof Dr Zainur, nilai yang diagih mungkin kecil di mata kita, namun besar ertinya bagi yang memerlukan.Malah selepas Fizi, beberapa orang selebriti dan pempengaruh akan meneruskan projek amal ini di lokasi berbeza.
“Siapa mampu menyangka dengan bantuan satu beg ini boleh memberi kegembiraan tak terkata kepada mereka. Mungkin bagi kita, ia nampak biasa dan remeh. Tetapi bagi yang menerima, ia amat berharga.
“Malah Fizi turut mengambil cakna meminta orang ramai menghulurkan sumbangan dan bantuan. Ke depan nanti ada lagi pembabitan selebriti dan pempengaruh melakukan projek seterusnya.
“Untuk menyumbang boleh layari pautan https://yikhlas.news/kasihramadan atau terus hulurkan sumbangan ke akaun bank YI (Maybank) 562834636228 di bawah rujukan kasihramadan23,” katanya.
Dalam pada itu, sejak ditubuhkan pada 5 Mac 2009, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini terus berbakti meringankan kesusahan mereka yang memerlukan.
Ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258), yayasan ini cukup sinonim membantu golongan anak yatim, orang kurang upaya (OKU), fakir dan mereka yang dilanda musibah serta malapetaka.
Malah di samping itu, yayasan yang berpaksikan empat teras iaitu komuniti, pendidikan, kesihatan dan pengurusan bencana ini turut menawarkan biasiswa atau insentif kepada individu mahupun berkumpulan bagi kerja pelajaran dan pendidikan di Malaysia.
Hingga kini sejak penubuhannya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin selaku Pengerusi YI berkata, seramai 385,904 orang dan 29 agensi kerajaan sudah menerima manfaat dan bantuan yang disalurkan.
“Mereka yang dibantu termasuklah pesakit COVID-19, anak yatim, masyarakat pedalaman berbilang kaum dan agama di semenanjung termasuk Sabah serta Sarawak.
“Tak lupa pesakit Cerebral Palsy, OKU, ibu tunggal, mangsa kebakaran, mangsa banjir, pelajar universiti, bekas atlet, bekas wartawan dan ramai lagi.
“Kita mahu terus berbakti menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Malah misi kita mahu menjadi sebuah yayasan global yang memberi perkhidmatan tanpa batas waktu dan tempat menjelang 2030,” katanya.
Projek YI rata-ratanya digerakkan menerusi 5783 sukarelawan berdaftar di lapan cawangan negeri termasuk di Ipoh (Perak), Kuching (Sarawak), Sandakan, Semporna dan Kota Kinabalu (Sabah), Bangi (Selangor), Alor Setar (Kedah) selain Johor Bahru.
“Menariknya, YI turut menubuhkan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) di bawah Angkatan Pertahanan Awam (APM) sejak 2019. CDERT YI turut melaksanakan Psychological First Aid (PFA) dengan pelaksanaan Modul Kit Emosi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Malah turut berjaya memasuki sekitar 42 kawasan bencana banjir membabitkan aktiviti PFA selain pembersihan rumah mangsa banjir, mengagihkan dapur memasak dipanggil Dapur Ikhlas serta sumbangan barangan kepada mangsa banjir.
“Pembabitan sukarelawan membabitkan seramai 604 orang rakyat Malaysia termasuk pempengaruh dan artis seperti Bell Ngasri, Farah Lee, Alif Teega, Aisyah Hijanah dan ikon Kementerian Belia dan Sukan, Muhammad Haziq Abd Rahim,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Elegance is when the inside is as beautiful as the outside… Sebaris kata Coco Chanel buat menggambarkan kesempurnaan YM Tengku Datin Sri Zawyah Tengku Izham.
Kelihatannya hubungan menantu, bakal menantu dan ibu mertua ini sangat akrab, harmoni dan saling mempesonakan.
Penampilan YM Tengku Datin Sri Zawyah di sisi menantu Nasha Alyssa dan bakal menantu Izara Aishah sempena majlis meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-55, mencuri tumpuan ramai.
Majlis eksklusif bertemakan The Great Gatsby itu telah diadakan di St. Regis, Kuala Lumpur dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan rapat beliau.
Membongkar rahsia keanggunan dan kecantikannya di usia 50-an, YM Tengku Datin Sri Zawyah sudi berkongsi amalan ini. Jom amalkan sama-sama!
(1) Bijak membahagikan masa untuk bersenam dan membuat aktiviti luar. Bersenam juga dapat meningkatkan jumlah kolagen, membantu melawan radikal bebas di dalam tubuh kita dan semestinya dapat menurunkan berat badan serta menjadi sihat.
(2) Sentiasa tersenyum dan tenang dalam apa jua keadaan sekalipun. Stres akan menyebabkan lebih banyak garis-garis kedut dan membuat wajah terlihat tidak segar. Senyum dan ketawa dapat mengurangkan hormon stres dan membuat otot-otot wajah lebih relaks.
(3) Perlu tidur yang cukup, iaitu selama 6-8 jam setiap malam. Mata yang bengkak akibat kekurangan tidur akan membuat anda terlihat lebih tua. Tidur akan mengurangi hormon stres dalam tubuh anda, ini sangatlah baik kerana hormon stres akan membuat kulit terlihat tidak sihat dan kusam.
(4) Perbaiki postur tubuh anda. Ini adalah trik yang sederhana tetapi berdiri tegak akan membuat kita percaya diri dan berkeyakinan. Ia adalah aspek utama yang dimiliki oleh orang berjiwa muda. Berjalan dengan badan dan kepala yang tegak akan membuat kita kelihatan lebih muda.
(5) Proses penuaan membuat kulit menjadi kering. Gunakan krim pelembap khusus untuk wajah dan jangan menggunakan pelembap badan pada wajah kerana kulit wajah lebih sensitif dibandingkan kulit kita pada bahagian lain. Jangan sesekali keluar rumah tanpa memakai krim pelindung matahari, oles dengan lembut dan tepuk manja pada permukaan kulit wajah.
(6) Makan banyak buah, jus dan sayuran untuk melambatkan penuaan. Jangan ambil gula terlalu banyak.
(7) Bersyukur dengan setiap kurniaan dan rezeki yang Allah telah berikan.
(8) Sebelum tidur pastikan wajah dicuci sebersihnya dan pakai krim pelembap serta krim malam.
(9) Amalkan minum air yang banyak setiap hari dan elakkan minuman bergas.
(10) Kenakan solekan minimalis bagi menyerlahkan wajah yang lebih muda. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
14 Oktober lepas genap setahun usia perkahwinan selebriti Angeline Tan dan Sabri Yunus. Seperti baru saja menyaksikan penyatuan dua jiwa ini bergelar suami isteri dan masih terbayang pernikahan mereka yang menjadi bualan hangat peminat.
Lebih-lebih lagi menyaksikan perjalanan aktres mualaf berbangsa Cina tersebut yang kini anggun mengenakan hijab.
Menerusi perkongsian di media sosial, Angeline Tan atau lebih dikenali sebagai Lucy ini meluahkan rasa syukur sambil mengimbas kembali momen indah bergelar isteri kepada pelakon sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu berkenaan.
Difahamkan pasangan ini sudah bersahabat lebih 30 tahun. Siapa sangka, kedua-duanya ditakdirkan hidup bersama setelah sekian lama berkawan.
Pastinya sepanjang lebih tiga dekad persahabatan di antara mereka, Angeline dan Sabri sudah cukup mengenali dan memahami peribadi masing-masing.
Tidak hairanlah, terserlah keserasian mereka dalam melayari alam perkahwinan.
“Hari ini genap 365 hari kami menjadi kami,” tulisnya.
Memilih sahabat lamanya, Sabri Yunus yang juga seorang pelakon dan pengarah ternama Malaysia, penghijrahan Ardini Angeline Tan, 57 tahun disambut kesyukuran oleh seluruh umat Islam.
Sabri Yunus yang kini berusia 63 tahun sah bergelar suami Angeline Tan nama islamnya Ardini dengan sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr Maza.
Kedua-duanya tampil segak dan anggun dalam persalinan nikah rona putih setahun yang lalul. Bahkan keayuan Angeline terserlah dalam persalinan tradisi kurung yang lengkap bertudung litup.
Meniti usia lewat 50an, kecantikan Angeline bagai tidak terusik. Tetap jelita dalam kelas tersendiri. Moga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan berkekalan sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...