Gula Cakery Petite dengan bangganya mengumumkan pembukaan outlet terbaru mereka di KLCC, menjadikannya cawangan ke-10 dalam rangkaian bakeri terkenal ini. Outlet terbaru ini dibuka untuk menawarkan kepada pengunjung KLCC pelbagai jenis kek dan pastri yang lazat dan berkualiti tinggi.

IKLAN

Terletak di pusat beli belah paling ikonik di Malaysia, KLCC, outlet terbaru ini menyediakan kemudahan akses kepada pelanggan yang gemar membeli-belah sambil menikmati hidangan berupa manisan. Lokasi strategik berdekatan stesen LRT ini diharapkan dapat menarik lebih ramai peminat kek dan pastri dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menikmati hidangan Istimewa di sini sama ada secara dine in atau grab n go.

Gula Cakery Buka Outlet Kesepuluh Di KLCC, Tawar Lebih 60 Jenis Kek & Pastri!

Rekaan outlet Gula Cakery Petite di KLCC menampilkan konsep moden dan elegan dengan sentuhan minimalis, memberikan suasana yang selesa dan mesra untuk pelanggan menikmati secawan kopi bersama kek mahupun pastri secara santai dan relaks.

Menggunakan konsep dekorasi moden dengan gabungan rona bright iaitu tona ungu dan kuning,  sebaik melangkah masuk ke dalam kafe, pengunjung pasti terasa bagaikan berada di luar negara. Para pelanggan boleh menikmati hidangan mereka di dalam suasana yang tenang sambil melihat pemandangan indah Menara Berkembar Petronas.

Menu di Gula Cakery Petite KLCC menawarkan pelbagai pilihan kek, termasuklah menu popular Gula Cakery iaitu Berry Pavlova serta pelbagai jenis pastri serta pelbagai Croissant. Selain itu, terdapat juga pilihan kek yang dibuat khas mengikut tempahan untuk sebarang majlis seperti hari jadi, perkahwinan, dan acara korporat. Selain itu, Gula Cakery Petite KLCC turut menyediakan hidangan panas antaranya termasuklah Grilled Chicken Chop, Swedish Meatball, PotPie, aneka sandwich dan milkshake untuk menu tengah hari ataupun malam.

IKLAN

Gula Cakery Buka Outlet Kesepuluh Di KLCC, Tawar Lebih 60 Jenis Kek & Pastri!

Menurut CEO & Founder Gula Cakery, Puan Arieni Ritzal, pihaknya amat  teruja dengan pembukaan outlet terbaru  di KLCC. Apatah lagi  apabila pusat beli belah terkemuka itu menawarkan ruang niaga untuk produk F&B tempatan yang dikendalikan oleh syarikat milik Bumiputera.

IKLAN

“Kami berharap dapat memberikan pengalaman yang lebih istimewa kepada pelanggan kami dan terus mengukuhkan jenama Gula Cakery sebagai pilihan utama bagi pencinta kek dan pastri di Malaysia.”

Gula Cakery Buka Outlet Kesepuluh Di KLCC, Tawar Lebih 60 Jenis Kek & Pastri!
Puan Arieni Ritzal

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi cawangan-cawangan Gula Cakery dan menu yang ditawarkan, sila layari laman web rasmi di www.gulacakery.com atau ikuti media sosial @GulaCakery untuk kemas kini terkini dan maklumat lanjut.

Sejak penubuhannya pada September 2015, Gula Cakery telah berkembang pesat menjadi salah satu bakeri terkemuka di Malaysia. Berlandaskan prinsip kualiti dan inovasi, Gula Cakery telah membina reputasi yang kukuh dalam industri bakeri dengan menawarkan pelbagai jenis kek, pastri, dan manisan yang memenuhi citarasa pelanggan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI