Gaya Hidup

Guna AIS Je Rupanya, Rahsia Kulit Cantik HANEZ SURAYA!

Memiliki kulit cerah dan bersih itu bonus tapi untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah memang memerlukan usaha yang berterusan. Iyalah, sayang kalau tak jaga. Sebab itu, selebriti cantik seperti Hanez Suraya cukup prihatin terhadap perkara ini. Meskipun sudah dikurniakan kecantikan semula jadi tapi ibu muda ini tetap amalkan petua yang satu berikut.

Kongsi Hanez di laman Instagramnya, “Kenapa Hanez tuam muka dengan ais? Pertama, bila Hanez rasa kulit muka berbiji-biji Hanez akan tuam dengan ais. Kedua, bila Hanez rasa tak cukup tidur malam tu Hanez akan tuam dengan ais dan ketiga, 30 minit sebelum Hanez nak make up Hanez akan tuam dengan ais.”

Hanez tuam wajah dengan ais dengan menggunakan kain sebagai lapik

Wow, mudah dan menjimatkan. Buat dekat rumah pun boleh! Patutlah kulit ibu kepada Puteri Aleesya ini susah hendak nampak jerawat.

Selain penjagaan kulit wajah yang ringkas, gaya fesyen Hanez pun tak kurang hebatnya. Walaupun bertudung tapi tetap peka dengan perkembangan fesyen semasa.

Apa yang pasti, petua kecantikan yang diamalkan Hanez ini memang berkesan kalau dipraktikkan secara konsisten. Berikut, Nona kongsikan 6 manfaat ais dalam dunia kecantikan khususnya kulit wajah.

  1. Menghilangkan jerawat
  2. Menghilangkan dark circle atau kehitaman di sekeliling mata
  3. Mengecilkan liang pori
  4. Membuatkan mekap tahan lebih lama
  5. Melancarkan pengaliran darah
  6. Menghilangkan rasa lesu dan membuatkan wajah kelihatan segar

 

IKLAN
Share