
Memiliki kulit cerah dan bersih itu bonus tapi untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah memang memerlukan usaha yang berterusan. Iyalah, sayang kalau tak jaga. Sebab itu, selebriti cantik seperti Hanez Suraya cukup prihatin terhadap perkara ini. Meskipun sudah dikurniakan kecantikan semula jadi tapi ibu muda ini tetap amalkan petua yang satu berikut.
Kongsi Hanez di laman Instagramnya, “Kenapa Hanez tuam muka dengan ais? Pertama, bila Hanez rasa kulit muka berbiji-biji Hanez akan tuam dengan ais. Kedua, bila Hanez rasa tak cukup tidur malam tu Hanez akan tuam dengan ais dan ketiga, 30 minit sebelum Hanez nak make up Hanez akan tuam dengan ais.”

Wow, mudah dan menjimatkan. Buat dekat rumah pun boleh! Patutlah kulit ibu kepada Puteri Aleesya ini susah hendak nampak jerawat.
Selain penjagaan kulit wajah yang ringkas, gaya fesyen Hanez pun tak kurang hebatnya. Walaupun bertudung tapi tetap peka dengan perkembangan fesyen semasa.
Apa yang pasti, petua kecantikan yang diamalkan Hanez ini memang berkesan kalau dipraktikkan secara konsisten. Berikut, Nona kongsikan 6 manfaat ais dalam dunia kecantikan khususnya kulit wajah.
- Menghilangkan jerawat
- Menghilangkan dark circle atau kehitaman di sekeliling mata
- Mengecilkan liang pori
- Membuatkan mekap tahan lebih lama
- Melancarkan pengaliran darah
- Menghilangkan rasa lesu dan membuatkan wajah kelihatan segar
Rawatan Untuk Sakit Kerana HASAD MATA, SIHIR Atau GANGGUAN JIN, Dato’ Dr. Fatma El-Zahraa Kongsi Caranya

Semenjak awal kejadian manusia di atas muka bumi ini, hubungan manusia dan sihir sudah pun terbentuk. Ia lazimnya berpunca kerana dengki, cemburu, cinta atau sebagainya dengan bantuan perantara iaitu jin.
Meskipun kita hidup dalam zaman yang serba moden, tidak bermakna akan terlepas daripada menjadi mangsa sihir akibat perbuatan hasad orang lain.
Malah kadangkala, kita tak sangka ‘disihir’ pun hinggalah berlaku perkara-perkara ganjil atau penyakit misteri yang tak diketahui puncanya.
Tanda-Tanda Disihir
- Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja.
- Mimpi yang menakutkan.
- Sakit dada dan resah menjelang senja.
- Sakit di dalam perut bagaikan dipulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai ditusuk di perut.
- Mula nampak alam ghaib.
- Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya.
- Menghidapi penyakit yang tidak diketahui puncanya oleh doktor.
- Terdengar suara-suara yang memanggil namanya.
- Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
Jika mengalami tanda-tanda di atas, apa yang akan anda lakukan? Jangan putus asa berikhtiar. Selain berubat dengan kaedah perawatan Islam, sebenarnya ada beberapa petua yang boleh diamalkan sendiri di rumah.
Perkongsian daripada Datin Amie Dato’ Radzuan sewaktu menghadiri Kelas Tafsir Al-Quran oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahraa ini baik untuk diamalkan bagi merawat penyakit akibat hasad mata, sihir, gangguan serta apa-apa penyakit yang sukar dirawat atau tiada penawarnya.
Cara-caranya:
(a) Ambil sebekas air zamzam atau air biasa, isikan dalam satu jag besar dan bacakan ayat-ayat di bawah:
- Al-Fatihah 7x
- Ayat Kursi 7x
- 5 ayat pertama surah Al-Baqarah 7x
- Al-Kaafirun 7x
- Al-Ikhlas 7x
- Al-Falaq 7x
- An-Naas 7x
(b) Baca semua ayat di atas, tiup ke dalam air dan minum sedikit. Selebihnya curah ditubuh seperti mandi.
(c) Amalkan pada waktu Subuh, Zohor dan Maghrib selama tiga hari berturut-turut. Bacaan ayat-ayat hendaklah dibuat pada setiap waktu yang disebutkan di atas.
(d) Tuan empunya badan mesti buat untuk diri sendiri dan dalam keadaan suci daripada hadas.
(e) Untuk anak kecil/bayi atau yang hilang ingatan, paling baik kalau dibuat oleh ibunya sendiri untuk mereka.
Ulang rawatan hingga sembuh dan jangan berputus asa dengan Allah. InsyaAllah berdoa dan berikhtiarlah agar mendapat kesembuhan. Semoga bermanfaat. Norzalina Mohd Alias
Kredit: Facebook Datin Amie Dato’ Radzuan
Sel Kanser Payudara Merebak Pantas, Saliza Khalid Bersemangat Lawan Penyakit Agar Segera Sembuh

Bukan mudah melalui hari-hari mendatang selepas disahkan menghidap kanser payudara. Timbul rasa gusar, adakah masa depan akan gelap atau keadaan kita bakal membebankan ahli keluarga yang menjaga? Semua ini antara soalan yang bertubi-tubi mengganggu fikiran pesakit yang diuji penyakit pembunuh No. 1 wanita itu. Kisah pejuang kanser payudara, Saliza Khalid ini menyuntik inspirasi.
Selepas menggenggam ijazah, Saliza Khalid atau Lizz menyertai Avon dan beliau melakar sejarah sebagai salah seorang Pengurus Pemasaran Malaysia yang hebat.
11 tahun bersama jenama itu, tiba-tiba Lizz disahkan menghidap kanser payudara. Beliau merakam penghargaan khas untuk Avon yang selalu memberi motivasi agar berjuang untuk sembuh.
“Saya banyak mengendalikan kempen Avon Breast Cancer sewaktu bersama Avon. Walaupun penyakit saya merebak secara mengejut, tapi saya tahu apa yang mesti dilakukan.
Saya tahu saya mampu ‘menang’ dalam perjuangan ini dan teruskan kehidupan dengan positif.
Avon sentiasa menemani perjalanan saya. Sokongan itu memberi semangat kepada saya untuk sembuh dan kini saya lebih menikmati hari-hari yang dilalui bersama famili.” Saliza Khalid
Saliza percaya bahawa jenama itu lebih dari sekadar perniagaan. Ia adalah keluarganya. Lima tahun kemudian beliau meletak jawatan untuk memberi perhatian pada suami dan anak-anak tersayang.
Kini Saliza masih aktif menyertai program-program berkaitan kanser payudara yang dianjurkan oleh Avon, badan NGO dan sebagainya. Beliau tekad mahu membantu menyebarkan kesedaran kanser payudara di kalangan wanita.
KEMPEN
Avon menganjurkan Kempen #NormalForMe secara global sepanjang bulan Oktober sempena meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan pemahaman masyarakat tentang kanser payudara.
“Kami mahu menormalisasikan perbualan tentang kesihatan payudara dan membantu orang ramai supaya tahu akan tanda-tanda awal kanser payudara dan langkah penjagaan yang boleh diambil.
Kami menyeru wanita dan lelaki di luar sana untuk berkongsi tiga perkataan yang menggambarkan payudara mereka di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk membantu meningkatkan kesedaran dan mengingatkan orang ramai akan pentingnya pemeriksaan kendiri.
Bangkit dan bantu dalam mencegah kanser payudara dengan berkongsi tiga perkataan yang anda rasa mampu untuk mengajak rakan, ibu mahupun kakak anda untuk melakukan pemeriksaan. Periksa. Kongsi. Senyum.” Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Avon, Angela Cretu
Usaha murni Kanser Payudara Avon Malaysia bermula pada tahun 1994 melalui pelancaran Kempen Kesan Barah Awal (KEBAL), yang kemudiannya dilancarkan semula sebagai Kiss Goodbye to Breast Cancer (KGBC) pada 2002 oleh Menteri Kesihatan Malaysia ketika itu.
Dalam tempoh 28 tahun, kempen itu telah menyumbang lebih RM2 juta kepada hospital, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak yang berkaitan. Ini termasuk pendermaan berbentuk wang, penajaan mesin mamogram dan biopsi kepada pusat kanser payudara, dan saringan mamogram secara percuma turut dilaksanakan sebagai program jangkauan.
Melalui kerjasama dengan rakan perkongsian strategik, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kementerian Kesihatan, Avon Malaysia juga telah menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan pengetahuan tentang Pemeriksaan Kendiri Kanser Payudara ke kawasan bandar dan luar bandar dalam dekad yang lalu.
Bulan Kesedaran Kanser Payudara berlangsung sepanjang Oktober dan Kempen #NormalForMe Avon bermula secara rasmi pada 1 Oktober 2022.
CARA-CARA SERTAI
- Avon menyeru anda yang mempunyai akaun Facebook, Instagram atau Twitter untuk menyertai bulan Kesedaran Kanser Payudara ini.
- Kongsi tiga perkataan yang paling tepat menggambarkan payudara anda dan gunakan hashtag #NormalForMe.
- Bantu Avon meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal kerana pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa!
- Lawati shop.avon.my dan beli produk sambil bantu mengumpul dana untuk rakan kongsi amal kanser payudara kami, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk membiayai pemeriksaan payudara, program jangkauan dan penyebaran maklumat kepada orang ramai di Malaysia.
Tunggu jap! Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (klik link sini)
Kekal Cantik Dan Bertenaga Di Usia 55 Tahun, TIARA JACQUELINA ‘Pantang’ Nasi Untuk Sihat

Biarpun usianya sudah mencecah 55 tahun, namun figura ini masih kelihatan sihat, muda dan anggun. Tidak dimakan usia, ramai yang menjadikannya sebagai sebuah inpirasi dalam aspek penjagaan kecantikan dan kesihatan.
Nama Datin Sri Tiara Jacquelina tidak perlu diperkenalkan dengan pengenalan yang panjang. Setiap lakonan mahupun sentuhan karya seninya seringkali mendapat tempat di hati masyarakat. Wanita ini yang juga popular dengan lakonannya sebagai Puteri Gunung Ledang berkongsi rahsia cantiknya agar dapat dijadikan rujukan kepada seluruh kaum wanita di luar sana.
Berbicara soal penjagaan aspek kecantikan, Tiara memastikan waktu tidurnya sentiasa cukup untuk memberi kesegaran pada wajah dan tubuh badan.
Kualiti tidur kita amat penting kerana ia merupakan salah satu kunci untuk menjadikan badan sihat. Tidur selama tujuh jam pun sudah memadai.
Melihat dari perkongsiannya di laman Instagram, ternyata wanita ini masih bertenaga, lincah menguruskan hal kerjanya. Memiliki jadual yang padat, Tiara menyatakan bahawa dia akan memastikan kehidupannya sentiasa sibuk dan itulah peluangnya untuk kekal aktif dan cergas.
“Ramai juga yang bertanyakan rahsia kekal bertenaga biarpun sudah lanjut usia. Sebenarnya, semuanya bermula dari corak pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan. Saya peka dengan kehendak tubuh badan saya,” tambahnya.
Mengenai aspek pemakanan, isteri tercinta kepada Tan Seri Mohd Effendi Norwawi ini mengamalkan kubis bunga sebagai gantian kepada nasi.
Saya mula mengubah corak pemakanan sejak umur 40 tahun. Oleh kerana itu, saya menukar nasi biasa kepada nasi kubis bunga. Lebih sihat dan mengenyangkan. Saya juga seringkali menjadikan pesanan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai nasihat penting iaitu jangan makan sehingga rasa kenyang, dan makan ketika perut tidak kosong.
Malah, Tiara juga sering mengamalkan minum jus buah-buahan yang dihasilkannya sendiri.
Bagi Tiara, definisi cantik itu agak luas untuk diterokai. Namun, semuanya datang dari diri sendiri. Cantik dalaman mahupun luaran bergantung kepada cara penjagaan tubuh badan.
“Jujurnya, bagi saya, cantik dalaman lebih penting kerana ia menyerlahkan lagi cantik luaran. Namun, lain orang lain pendapat. Apa yang penting, sama-samalah kita menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan,” ujarnya.
Sumber: Rapi
Sumber gambar: Instagram Datin Sri Tiara Jacquelina