Walaupun baru berusia 20 tahun dan masih ‘setahun jagung’ dalam industri hiburan, nama Haqiem Rusli telah mendapat tempat di industri muzik tanah air dan hati peminatnya. Haqiem mula popular dengan lagu Segalanya selepas lagunya itu menjadi sajian halwa telinga pencinta muzik khususnya remaja. Malah, bakat mencipta lagu Haqiem Rusli juga menjadi bualan artis-artis senior dan ternyata berasa kagum dengan kebolehannya itu.
Namun, sekitar Jun lalu industri hiburan dikejutkan dengan keputusan penyanyi itu untuk berhenti menyanyi akibat tekanan yang dialaminya sehingga dia bertindak untuk delete semua gambar di Instagram miliknya. Haqiem turut mendedahkan dia sudah mengalami depresi sejak daripada awal tahun dan beberapa masalah sampingan lain hingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi.
Bagaiamanapun dia mengambil masa sebulan untuk mempertimbangkan semula keputusan tersebut dan meminta para peminatnya untuk menunggu keputusan sehingga bulan Julai. Namun, tindakan Haqiem yang dikatakan menggunakan isu depresi untuk melancarkan singel terbaru beliau yang berjudul Selamat Tinggal Sayang mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk netizen dan juga rakan artis sendiri.
Semalam, Haqiem bersama pihak FMC Music mengadakan sidang media tergempar mengenai isu ini untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya selain meminta maaf secara terbuka.
“Salah faham mengenai pengakuan saya tentang kemurungan sebelum ini berlaku atas sebab saya menggunakan perkataan salah dalam menjelaskan situasi yang saya hadapi.
“Saya bukan orang yang pandai, ketika saya pakai perkataan kemurungan, mungkin saya salah pilih perkataan untuk menggambarkan situasi saya. Tetapi saya tak tipu mengenai keadaan yang saya alami,” katanya.
Ads
Tambah pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli ini, dia mengalami kemurungan ringan kerana tekanan kerja, masalah tidak boleh tidur di waktu malam, berat badan tidak konsisten serta menerima banyak kecaman netizen.
“Saya tak tipu, takkanlah saya nak main-main dengan perkara ini. Saya menghadapinya dan menegaskan sekali lagi ia benar kerana saya menanggungnya seorang diri dan situasi ini bukan gimik untuk melancarkan single terbaru saya yang berjudul Selamat Tinggal Sayang,” jelasnya lagi.
Antara yang paling terkesan dengan isu ini adalah Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari kerana mereka rasa tertipu dan dipergunakan dalam satu rancangan temubual radio swasta baru-baru ini yang meminta mereka untuk memberi ‘sokongan’ kepada Haqiem tentang rancangan gimik dan depresi ini yang telah lama dirancang.
Ads
Ads
Turut yang tidak bersetuju dengan tindakan Haqiem Rusli ini ialah artis-artis senior seperti Akim, Faizal Tahir dan Adibah Noor yang turut menjelaskan isu depresi ini tidak seharusnya dibuat main dan digunakan untuk sekadar gimik atau strategi pemasaran.
Diharapkan perkara yang terjadi ini boleh dijadikan pengajaran kepada artis lain, terutamanya artis baharu yang ingin menapak dalam industri hiburan ni. Tidak semua perkara boleh dibuat main ya. Selain itu, hubungan bersama rakan artis yang lain juga harus dijaga, lagi-lagi kalau berada dalam satu syarikat rakaman yang sama. Tidak seharusnya syarikat rakaman mempergunakan artis untuk kepentingan artis yang lain.
sumber: astroawani.com
foto: twitter, instagram, facebook
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail yang selamat timang cahaya mata baru-baru ini. Setelah sekian lama tertanya-tanya dan menantikan detik kelahiran anak usahawan terkenal berkenaan, hari ini persoalan tersebut akhirnya terjawab!
Menerusi kenyataan media yang dikongsikan, Neelofa sudah pun bersalin pada Sabtu lepas. Lebih manis, Neelofa dan Haris turut mengumumkan nama cahaya mata sulung mereka iaitu Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.
“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara.”
Buat masa sekarang, tiada gambar terkini yang dikongsikan oleh pihak Neelofa dan Haris. Sama-samalah kita nantikan wajah anak mereka apabila tiba masanya kelak.
Neelofa dan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Moga kehadiran Muhammad Bilal menyerikan lagi kehidupan pasangan romantis ini dan terus menjadi sumber inspirasi ramai.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Langkah pencegahan awal kepada kanser payudara adalah dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP). Wanita perlu peka terhadap sebarang perubahan payudara seperti benjol, permukaan kulit kasar, sakit puting atau payudara.
Waktu yang terbaik untuk melakukan PSP adalah dalam tempoh tiga hari selepas haid berakhir ataupun tujuh hingga 10 hari selepas bermulanya haid. Lakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan pemeriksaan iaitu:
(a) Di depan cermin
Apa yang anda perlu hanya tangan, mata dan cermin. Berdiri di depan cermin tanpa berbaju dan perhatikan keadaan payudara anda. Teliti bentuk, ukuran dan perubahan seperti permukaan, warna kulit dan bentuk puting payudara. Letak tapak tangan dan tekan pada setiap inci payudara.
(b) Ketika mandi
Anda boleh melakukan PSP ketika mandi dengan bantuan buih sabun. Angkat tangan kanan di belakang kepala dan tekan tangan kiri payudara sebelah kanan. Lakukan juga sebaliknya. Jika menyedari sebarang keganjilan, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.
(c) Berbaring
Sebelum tidur, anda boleh juga buat pemeriksaan payudara. Dalam berbaring payudara akan melebar dan memudahkan untuk membuat PSP. Tetapi jangan lupa letak bantal di bawah kepala. Kemudian letakkan tangan di bawah dan tekan tapak tangan sebahagian demi sebahagian payudara mengikut luas tapak tangan anda. Mulai dengan gerakan pukul 12 ke angka 1 dan seterusnya. Setelah selesai periksa juga puting payudara.
Jenama cecair mandi terkemuka menggalakkan wanita melakukan PSP bukan untuk kepentingan diri sendiri, namun demi orang yang tersayang.
Menurut Pengurus Pemasaran Produk Penjagaan Diri Southern Lion, Jackie Low, PSP ketika mandi merupakan cara yang paling mudah dilakukan. Demi kepentingan mesej ini, Shokutbutsu telah melancarkan kempen Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) yang bertujuan untuk meningkatkan lebih kesedaran tentang PSP dan pengesanan awal boleh mengelakkan tekanan dan trauma.
“Kami mendapati ramai wanita sedar akan kepentingan PSP, namun masih ramai yang gagal untuk menjadikannya sebagai rutin,” kata Jackie Low.
Tambah Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr. Saunthari Somasundaram, “Apabila seseorang menjalankan PSP, mereka dapat membiasakan diri dengan rupa bentuk dan struktur payudara sendiri. Ini penting untuk mengesan sebarang perubahan seawal mungkin agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik tunang dia! Jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihannya di Kangar, Perlis. Difahamkan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Nabila Farhana merupakan teman Latif sejak di bangku sekolah lagi.
Kakak kepada Latif iaitu Siti Aminah memberitahu tunang adiknya itu juga ialah seorang guru dan mengenali Latif ketika mereka sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, Perlis.
Abdul Latif ketika menang emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020Di samping keluarga tersayangCredit Instagram @latifromly
Berkongsi perkhabaran gembira itu, Latif yang sebelum ini merangkul pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 turut memuat naik momen bahagia berkenaan di media sosial miliknya. “Alhamdulillah, one step closer.”
Menerusi gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan wajah gembira kedua-dua pasangan di samping keluarga tersayang. Latif dan tunangnya, Nabila tampil sedondon dalam persalinan rona pastel dalam satu majlis ringkas dan indah.
6 September lepas, media pernah melaporkan mengenai atlet paralimpik kebangsaan berusia 24 tahun itu yang mengaku sudah mempunyai pilihan hati dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2025.
Anak bongsu daripada tujuh beradik itu juga memaklumkan dia tidak merancang menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat. Sebaliknya perlu memberi tumpuan dalam sukan dan berusaha untuk layak menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024.
Semoga urusan kedua-dua pasangan ini dipermudahkan hingga ke jenjang pelamin kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!