Pelakon dan pelawak Sharifah Sakinah bukan saja terkenal dengan bakat lakonannya yang bersahaja, spontan dan kelakar. Tapi, Sakinah juga sinonim sebagai artis yang pandai menjaga bentuk tubuh badan dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Tidak hairan lah jika beliau dianggap ikon kepada netizen di luar sana untuk menjalankan kehidupan yang sihat.
Siapa saja tidak kenal dengan Sakinah yang memang seorang wanita lantang bersuara tentang apa jua topik. Terbaru, Sakinah sekali lagi menjadi tumpuan netizen kerana dia memperli artis yang jual produk kecantikan di instagram story miliknya.
Ads
“Mereka lakukan drip memutihkan kulit, lepas tu mereka keluarkan produk putih, Haa..tepuk!”, kata Sakinah,
” Sudah tu, cakap mereka putih kerana menggunakan produk itu. Haa..tepuk!”, tambah Sakinah lagi.
Ada betulnya apa yang Sakinah cakapkan itu. Sekarang ni, kebanyakan artis mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan dan keluarkan produk kecantikan sendiri. Industri kosmestik saat ini memang sedang berkembang, Mungkin para artis mengambil peluang ini untuk mencari duit lebih nak tampung kehidupan mereka yang harus sentiasa nampak cantik dan mewah?
Ads
Sakinah turut perli rakan artis yang menjual produk malangsingan badan tapi tidak menggunakan sendiri produk tersebut.
Ads
“Diet sampai sebulan dan tak makan, tak exercise lepas tu cakap mereka kurus sebab produk itu. Haa tepuk!”, luah Sakinah.
Sakinah menggunakan trademark ‘Haa..tepuk!’ menerusi drama lakonan beliau sendiri iaitu Bini Aku Dari… Walaupun topik yang dibincangkan agak serious, tapi dengan adanya ‘haa..tepuk’ netizen ternyata terhibur melihat video itu.
Sumber: IG Sharifah Sakinah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat dan aura positif usahawan Leeyana Rahman. Meskipun diuji dengan pelbagai dugaan dalam hidup, dia tetap optimis dan menerima takdir Allah dengan berlapang dada. Tak hairanlah empayar yang dibina lebih sedekad bertapak kukuh dalam industri dan berkembang maju sampai sekarang.
Pemilik nama Nur Liyana Abdul Rahman atau mesra disapa Yana ini genap meniti usia 34 tahun pada 2 Ogos lalu. Istimewanya sempena meraikan ulang tahun kelahiran, suami tercinta iaitu Muhammad Hafiz Abdul Hamid membuat kejutan hari lahir di sebuah restoran eksklusif.
Yana yang anggun berbusana merah tampil sedondon dengan suami tercinta. Malah kenalan rapat usahawan ini turut kelihatan meraikan momen istimewa berkenaan.
“I’m officially 1/2 x [ 28 + 60 + (39 – 8 – 51) ] years old today. Happy birthday to me. Doakan semoga NUR LIYANA ABDUL RAHMAN dijauhkan dari penyakit yang paling bahaya, penyakit terlalu cintakan dunia hingga takut untuk menghadapi mati.”
Wanita cekal ini juga menzahirkan penghargaan atas usaha suami tersayang yang bersusah-payah menjayakan hari lahirnya.
“Wanita gila mana yang hubungannya sudah diuji berbagai macam ujian, tapi dia masih bertahan dan rasa sayangnya tak pernah pudar, malah jatuh cinta berulang kali kepada lelaki yang sama.
Another year of blessings and lesson. Happy birthday to me and thankyou suami for your efforts.”
Difahamkan Yana turut menerima seutas jam tangan jenama Cartier daripada Hafiz. Jam berwarna merah tersebut khabarnya mencecah nilai sehingga RM150,000!
Usahawan Leeyana Rahman ini sedang hamil anak ketiga. Hasil perkongsian hidup hampir 11 tahun bersama Hafiz Abdul Hamid, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tyara Luthfia dan Hanna Qhalisya.
Semoga empayar Leeyana Rahman terus sukses dan rumah tangga Yana serta Hafiz dilindungi Allah SWT sampai ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Persiapan menuju ke gerbang perkahwinan sememangnya memerlukan tuntutan masa dan perbelanjaan yang besar. Namun begitu, jika kena gayanya, penjimatan untuk persiapan perkahwinan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.
Nak jimat dan mencari keperluan perkahwinan di bawah satu bumbung?Ekspo Ijab Qabul 2023 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam bermula 22 hingga 24 September ini dari 10 pagi hingga 10 malam adalah lokasi yang perlu dikunjungi oleh bakal pengantin.
Menariknya, ekspo ini diasas dan diterajui oleh pasangan adik beradik lelaki, Shamsul Azhar Amir Hashim dan Khairul Anwar Amir Hashim di mana ekspo perkahwinan popular ini memasuki edisi ketiga.
Ekspo yang menghimpunkan vendor kerja kahwin untuk bakal raja sehari itu turut menjanjikan hadiah mega dan cabutan bertuah untuk dimenangi buat bakal pengunjung.
Menurut Shamsul Azhar, seiring dengan tagline penganjuran acara iaitu ‘Ekspo Kahwin Paling Best” dan “All Your Wedding Needs, Under One Roof” pihaknya optimis dengan aturcara diatur selain tawaran hadiah istimewa.
“Untuk meraikan pengunjung dan bakal pengantin bertuah nanti, kami tawarkan hadiah utama pakej nikah percuma di Magica Suite tajaan Magica Events termasuk makan dan minum untuk 50 orang bernilai RM3,000. Tak hanya itu, pemenang utama juga bakal menerima pakej umrah percuma untuk seorang tajaan Zuhud Holiday bernilai RM8,390.
“Selain itu, agensi kembara sama turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa diskaun pakej umrah sebanyak RM1,000 untuk seorang dan RM500 bagi dua orang.
“Tak ketinggalan pakej percutian dari Golden Fly Venture pula berbesar hati menghadiahkan hotel percutian di Bali, Indonesia, Melaka dan Terengganu dan pelbagai lagi hadiah menarik dari vendor-vendor Ijab Qabul menanti anda” kata Shamsul Azhar.
Ekspo Ijab Qabul 2023 yang dikelola syarikat Nightbloom Events milik dua beradik berkenaan turut bakal dihiasi 100 tapak atau kios vendor perkahwinan selain sarat dengan aktiviti seni.
Ia termasuk persembahan, Ernie Zakri, Syamel, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin, Kugiran Kamila Akustika, persembahan silat, gamelan dan tarian cilik Arcisa Girls, demonstrasi solekan serta gubahan bunga dan hantaran.
“Seperti kelazimannya majlis kahwin tak lengkap dengan persembahan hiburan. Sebab itu kami lengkapkan acara ini dengan pembabitan artis dan pekerja seni. Selain buat persembahan, artis juga akan ada sesi ‘meet and greet’ bersama pengunjung serta peminat.
“Malah aktiviti sepanjang tiga hari ekspo nanti itu turut dipadatkan dengan pelbagai aktiviti. Ia termasuk forum perkahwinan bertajuk Cinta Yang Direstui dikendali oleh pasangan pendakwah Ustaz Fakaruddeen dan Ustazah Asmak Husin pada hari pertama pembukaan ekspo.
“Tahun ini juga kami perkenalkan pereka fesyen terkenal, Kashfi Zulkufli sebagai duta Ekspo Ijab Qabul. Malah serentak dengan itu, Kashfi Zulkufli juga bakal mempersembahkan pertunjukan fesyen ‘The Lost Maharani Volume 2. Ryan Deedat dan pembaca berita, Syamira Nazir juga bertanggungjawab sebagai pengacara ekspo ini,”kata Shamsul Azhar.
Kata Shamsul Azhar lagi, kemasukan ke ekspo ini tidak dikenakan bayaran. Malah katanya lagi, parkir kereta juga percuma.
Acara ini turut mendapat sokongan dekorasi utama, Ellysia, Suke TV (penyiar rasmi), Picturesque Production, Rose Katering, Magica Events dan JV Craft & Gifts.
“Sebagai ekspo perkahwinan, kami menghimpunkan vendor dari pelbagai sudut kelengkapan kahwin termasuk hotel, dewan kahwin, dekorasi pelamin, busana pengantin, perancang perkahwinan, katering, barang kemas, kad kahwin, ‘doorgift’, hantaran dan gubahan bunga.
“Begitu juga dengan perkhidmatan foto dan video kahwin untuk mengabadikan detik hari bahagia, pakej bulan madu dan pelbagai lagi. Jadi kalau nak mudahkan kerja mengurus dan merancang perkahwinan serta berjimat, kenalah datang ke ekspo ini.
“Semuanya dalam satu tempat. Lapan kendera saji juga disediakan di luar dewan ekspo untuk mengisi perut dan menghilangkan haus. 1000 pengunjung terawal juga bakal mendapat cenderahati percuma dari JV Crafts and Gifts,” kata Shamsul Azhar.
Sementara itu, Khairul Anwar berkata dia dan adiknya optimis menceburi kerja penganjuran ekspo kahwin ini kerana minat yang mendalam.
“Kami berminat dengan industri kerja kahwin ini kerana pelbagai idea dan kreativiti boleh dicurahkan dalam penganjuran ekspo. Pendek kata, dapat mengukir senyuman bakal raja sehari dan orang ramai mencari keperluan perkahwinan juga menjadi nikmat berharga. Untuk rekod Nightbloom Events ditubuhkan pada Oktober 2022 dan beribu pejabat di Setia Alam, Selangor.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik berseri-seri pasangan mempelai di atas pelamin. Tahniah buat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita jelita dikenali sebagai Qistina Lim.
Memetik laporan Astro Awani, berita perkahwinan tersebut mendapat perhatian warga maya pada 24 September lepas menerusi hantaran yang dibuat individu bernama Mohammad Izzat Hassan dipercayai adik kepada Tan Sri Musa di Facebook.
Dalam perkongsian itu, turut dimuat naik beberapa gambar sekitar majlis resepsi yang dilaporkan berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.
Mohammad Izzat turut menitipkan ucapan, “Syukur alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.
Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah.”
Dalam pada itu, pendakwah selebriti iaitu Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar turut membuat siaran langsung Facebook yang berdurasi dua minit 18 saat berkaitan majlis resepsi pasangan mempelai.
Tan Sri Musa sebelum ini berpisah dengan isterinya selepas Elly Afizahwati Abdul Jalil memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.
Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Tan Sri Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.