MasyaAllah TabarakAllah semoga usia perkahwinan kedua-dua ibu bapa Mizz Nina berkekalan hingga ke jannah! Terinspirasi dengan ‘manisnya’ rumah tangga Tan Sri Azman Hashim dan isteri tercinta, Tunku Arishah Tunku Maamor.
IKLAN
Mac lalu usia perkahwinan pasangan romantis berkenaan genap mencecah usia 60 tahun. Bukan satu tempoh yang singkat tu!
Pastinya untuk mencapai usia rumah tangga yang bahagia dan berkekalan memerlukan banyak pengorbanan, tolak ansur dan rasa kasih serta sayang yang berpanjangan.
Berkongsi detik istimewa sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapa tersayang, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina memuat naik gambar Tan Sri Azman dan Tunku Arishah
di media sosial miliknya pada 21 Mac lepas.
Daripada perkongsian itu, jelas terpancar sisi bahagia kedua-duanya yang kelihatan gembira diraikan anak-anak tersayang.
Sebagai anak, Mizz Nina bersyukur dan terharu melihat kebahagiaan dua insan kesayangannya ini. “Alhamdulilah it was my parents 60th Diamond anniversary a few days ago, I wasn’t sure if I should make a post about this, but I feel it’s too special not to do so.
60 years of love and marriage is rare and a beautiful blessing from Allah, when I reflect, it takes a lot of faith, courage, love, patience, sacrifice, well-wishing and teamwork to make it through.
The most important part is the willingness to keep on working things out for the better future with the guidance, protection & blessings from Allah.”
Biarpun perkahwinan terdahulu Mizz Nina tidak berpanjangan namun dia percaya kepada ketentuan takdir.
“I’m no expert at marriage…. But one things for sure, is that if someone was meant for you, as planned by Allah, he/she will always be meant for you, no matter how crazy or impossible things get, till Jannah or whatever Allah has ordained.
If Allah or faith is your anchor, no matter how much the wind blows or waves crash, the boat will always stay afloat.
IKLAN
Love u both so much & I pray that Allah continues to shower you with His love, mercy, protection, forgiveness, barakah, good health & strong iman till Jannah.”
Bapa Mizz Nina iaitu Tan Sri Azman Hashim merupakan Pengerusi Ambank berkahwin dengan Tunku Arishah Tunku Maamor pada 3 Mac 1963. Mereka dikurniakan dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Mizz Nina yang juga pengasas Qalby App berusia 43 tahun mendedahkan kepada umum mengenai berita perkahwinannya dengan penyanyi rap keturunan Maghribi-Amerika Syarikat iaitu Essam Muhammad pada suku tahun kedua tahun ini dan berkongsi gambar mereka berdua pada Jun lalu.
Tidak berkelip mata setiap kali melihat kelibat figura yang cantik menawan ini. Nora Danish sentiasa tampil menawan dan bijak mengadun gaya yang sesuai dengannya. Berkesempatan bertemu dengan ibu kepada tiga orang anak ini, Nona tidak melepaskan peluang untuk bertanya khabar.
Nora khabarnya baharu sahaja selesai penggambaran filem terbaharunya. “Saya baharu sahaja shooting filem Polis Evo 3 dan selepas ini saya akan masuk set semula untuk sebuah telemovie dengan Osman Ali (ketika temu bual ini berlangsung),” tutur Nora Danish lembut.
Menurut Nora Danish selain berlakon pelakon berkulit putih ini sibuk menguruskan dua perniagaan iaitu Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd. “OwlbyNd kini sedang sibuk dengan Raya Collection dan sekarang saya juga ada keluarkan produk terbaharu iaitu Tara V-mist. Jadi sekarang saya sedang tumpukan perhatian pada produk tersebut,” kata Nora Danish.
Bila ditanya tentang keinginan Nora Danish untuk tambah anak, sambil tersenyum jawab Nora Danish, “Itu lah seperti mana kata orang, seorang ibu selalu lupa kesakitan masa melahirkan sebab bila tengok anak dah besar rasa rindu nak ada baby balik.
Macam sekarang, anak saya dah berusia dua tahun, rasa macam cepat masa berlalu. Daripada baby kemudian dah boleh berjalan. Rindu nak ada baby especially baby girl sebab saya dah ada 3 anak lelaki. Kalau diberikan rezeki Nora nak anak perempuan. Insyaallah sebelum berumur 40 tahun ni,” ucap pelakon yang berusia 37 tahun ini.
Menyingkap kisah kelahiran Nora Danish terdahulu, “Kalau ikutkan saya ada rasa takut nak mengandung lagi sebab lastest baby lahir di usia 8 bulan sebab ada komplikasi fibroid. Saya ada pendarahan yang sangat teruk, so memang takut. Takut tapi macam nak juga, macam mana?” tutur Nora Danish berseloroh.
Nora Danish sempat menitipkan nasihat kepada semua wanita agar sentiasa menjaga kesihatan, “Nasihat saya kepada semua wanita agar selalu buat medical check up, pap smear dan sebagainya.
Ini penting supaya kita tahu tahap kesihatan dalaman. Kalau ada benda-benda (ketumbuhan) macam tu elok kita buang sebab takut boleh mendorong kepada kanser. Sentiasa buat check up sekurang-kurangnya setahun sekali.
Saya sendiri tak buat check up sebab tu tak tahu ada fibroid. Jangan amalkan sikap selalu ambil sambil lewa tahap kesihatan kita. Ingatan ini penting terutama wanita yang lepas melahirkan anak wajib buat check up,” ungkap Nora Danish yang sudah membuang fibroidnya.
Nora Danish sentiasa berpenampilan cantik, ketika diajukan sukarkah untuk kelihatan cantik, ujarnya, “Susah, memang susah. Paling susah untuk saya nak jaga berat badan. Sebab lepas melahirkan anak makan sikit saja tapi berat badan cepat naik,” bicara Nora Danish mengakhiri perbualan kami.
Tiada ruangan di rumah yang mengekspresikan diri mutlak anda melainkan melihat akan ruang tamu anda. Maka, persembahkanlah diri anda dengan menitikberatkan pengaturan dekorasi dan tata rias interior untuk memperindah ruang tamu di samping menciptakan aliran tenaga yang positif bagi anda sekeluarga yang condong bersantai di samping para tetamu yang diundang Syawal ini.
SOFA
1. Pastikan titik paling pusat di ruang tamu, tidak lain tidak bukan adalah pemilihan sofa yang menepati gaya elegan untuk membangkitkan aura ruang tamu anda. Pilihlah sofa kulit hitam untuk gaya klasik moden. Selain musah di suai padan, ia memberikan sentuhan elegan selain sesuai untuk semua ruang tamu.
2. Pilihlah sofa bersifat moden yang menggabungkan bentuk dan fungsi praktikal lantas menjadi hiasan penambah baik pada ruang tamu. Pilihan fabrik bercorak klasik dikatakan paling sesuai jika mahu mewujudkan ruang bergaya eksklusif. Manakala, reka bentuk corak berjalur, geometri dan bintik adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang mahu menghasilkan suasana ringkas atau berkonsep kontemporari.
3. Lahirkan suasana lapang menerusi susun atur santai ruang duduk. Tempatkan beg kacang atau bean bag di sekitar sofa mengikut kesesuaian gaya dalaman.
LANGSIR
1. Seelok-eloknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan interior, meskipun tidak sedondon namun paling tidak menciptakan keseimbangan yang menawan.
2. Untuk tampak elegan, rekaan kain langsir yang menarik iaitu keratan kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya merupai tali leher yang menonjolkan gaya klasik. Stail ini juga boleh digayakan dengan hiasan berkedut di atas dan dinaikkan seri dengan penggunaan renda.
3. Bagi yang inginkan unsur mewah, gunakan potongan scallop kain jenis satin untuk gaya Klasik.
4. Kebiasaannya, fabrik 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster ataupun kain renda atau satin yang berbidang besar adalah pilihan afdal kerana ia senang dijahit, selain mudah dijaga dan juga terbukti tahan lama.
5. Pilihan kemasan fabrik langsir nipis rona krim pula membuatkan suasana ruang tamu itu lebih mesra dan harmoni sepanjang masa.
PERMAIDANI
1. Pemilihan sesebuah permaidani yang berunsur mewah dapat memperelok sesuatu ruang tamu. Kehadiran sebuah karpet juga akan menghilangkan kesan ruang tamu yang terkatung-katung di lantai selain mewujudkan bahang meriah di ruang tamu anda lebaran ini. Pilih antara permaidani sutera buatan tangan untuk memberikan kesan ekslusif
2. Pilih karpet yang bermotif sekiranya anda mempunyai sofa yang polos atau sebaliknya untuk tidak menimbulkan suasana kontra dan kacau.
3. Warna juga memainkan peranan yang penting. Warna sedondon, cocok untuk nuansa ruangan yang tenang. Ataupun, bagi yang gemarkan nuansa yang lebih ceria, pilihlah permaidani corak geometrik berlatarkan warna garang dan terang.
MEJA KOPI
1. Sebuah meja kopi cenderung memiliki permukaan yang kukuh dan apa jua aksesori dapat di susun atur mengikut cita rasa anda. Akan tetapi, jangan meletak terlalu banyak perhiasan pada meja kopi hingga menyebabkan hilang fungsinya. Gunakan bahagian tengah meja untuk mempamerkan hiasan dan pastikan bahagian setiap sisi dibiarkan kosong.
2. Kerusi, dengan garis melengkung dan kontur indah juga dapat menambahkan sedikit kesan kelembutan pada ruangan lantas memperindah ruang tamu untuk tampak anggun.
3. Meja kopi dan meja sisi boleh dijadikan ruang penyimpanan tertutup kerana meja kopi berbentuk kotak berukir dari bahan kayu boleh diisi dengan majalah dan lain-lain untuk mengelakkan dari kelihatan tidak terurus.
KABINET
1. Kabinet hiasan di penjuru selain mempertontonkan koleksi pinggan mangkuk peribadi, ia juga turut membantu menjimatkan ruang. Pilihlah kabinet hiasan berasaskan kayu jati yang kaya dengan seni ukiran yang unik. Apatah lagi elemen hiasan jati termasuk kabinet mempunyai keunikan dalam menampilkan gaya eksklusif serta tidak lapuk ditelan zaman.
2. Untuk membangkitan suasana mewah, perabot antik berwarna coklat gelap antara ciri menepati gaya ini, walaupun mahal tetapi bagi yang idamkan ciri-ciri purba elegan pasti menyukainya.
3. Himpunan warna garang dan perabot rekaan moden lagi terkini menjadi kayu ukur gaya anggun ini. Sisipkan perabot klasik bagi menambahkan daya tarikan.
LAMPU
1. Mereka yang menjadikan lampu hiasan candeliar sebagai titik tumpu ruang, pastikan tiada sebarang lampu tambahan ditempatkan berdekatan. Ini kerana lampu ini berpotensi menenggelamkan keindahan candeliar itu. Tren kini, lampu candeliar kristal menjadi kegilaan.
2. Lampu dengan pencahayaan boleh laras membantu menyenangkan hidup. Ia membenarkan anda mengawal jumlah cahaya mengikut keperluan pada sebarang masa dan tempat.
3. Pilihlah lampu pendarfluor kerana lebih baik berbanding bercahaya terang kerana mampu menjimatkan sehingga 70 peratus kos elektrik. Tidak dinafikan harganya lebih mahal, namun jangka hayatnya 10 kali lebih panjang daripada lampu bermentol putih.
AKSESORI
1. Buang perhiasan tidak perlu dengan meninggalkan satu dua yang dikira penting meliputi majalah di atas meja, bekas bunga, kusyen hiasan dan sebagainya.
2. Cermin hiasan berupaya mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantung di tempat strategik terutama dinding bertentangan jendela bagi mendapatkan pantulan panorama luar, di dinding menghadap pintu dan di ruang yang memuatkan himpunan karya seni. Bagi yang ingin memperlihatkan ruang tampak luas dan ekslusif, gunakan cermin hiasan jati.
3. Bagi yang kreatif dan suka berfanatasi, letakkan dekorasi kertas dinding yang bercorak dan warna yang sesuai dengan selera anda. Padankan dengan perabot anda. Untuk tampak ruang tamu tampak anggun, pilih motif bunga-bungaan ataupun warna yang bernuansa keemasan; untuk tampil mewah di mata pengunjung.
WARNA HANGAT CAT DINDING
1. Syawal ini, tampilkan dinding ruang tamu anda, dengan kelompok warna hangat untuk mewujudkan suasana lebih ramah, dan ceria. Beranikan diri untuk mengecat dengan warna merah hangat.
2. Padu padankan warna coklat dengan permaidani dan perabot sedondon pada ruang tamu untuk tampil hebat. Ada kalanya penggunaan warna dinding coklat pada sebuah daun pintu rumah dan jendela juga akan mempercantik tempat tinggal anda.
Ilmu itu bersifat dinamik dan tidak tetap. Sabda Rasulullah SAW, “Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu.”
Sewaktu kita kecil dahulu, kita pasti terfikir bagaimana komputer boleh membantu kita dari segi pelajaran dan ilmu pengetahuan. Tapi kini, peralatan teknologi sudah tidak asing lagi. Anak-anak kecil yang berusia tidak sampai satu tahun pun sudah mula diajar menggunakan peranti teknologi seperti tablet iPad.
Dalam satu artikel New York Times, wartawan Nick Bilton telah menemu bual pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Job. Menurut Steve, dia mengehadkan penggunaan peralatan peranti kepada anak-anaknya kerana dia tahu, ia memiliki kesan negatif terhadap anak-anaknya.
“So your kids must love the iPad?”
Jobs responded: “They haven’t used it. We limit how much technology our kids use at home. My kids accuse me and my wife of being fascists and overly concerned about tech, and they say that none of their friends have the same rules… That’s because we have seen the dangers of technology firsthand. I’ve seen it in myself, I don’t want to see that happen to my kids.”
Namun, sebagai ibu bapa, anda mungkin boleh memantau atau mengehadkan penggunaan tablet kepada mereka kerana segelintir perisian atau Apps sebenarnya boleh membantu pembelajaran anak-anak.
(a) Muzik
Aplikasi pembangunan sering kali mengejutkan dunia kemanusiaan. Pemilihan Apps yang tepat boleh mencipta sesuatu yang membina kepada manusia.
Anak-anak boleh menggubah muzik sendiri atau merakam lagu dengan hanya menggunakan aplikasi seperti Sound Track.
Malah, mereka juga boleh memuat turun lagu-lagu menarik dan berinformasi dengan mudah.
Pelbagai alat muzik maya boleh dipraktikkan dengan hanya menggunakan tablet di rumah.
(b) Komunikasi video
Sewaktu kecil, kita dibiasakan dengan kelompok di dalam kelas. Guru-guru juga menggalakkan para pelajar mempunyai rakan pena dari luar negara. Surat juga dihantar melalui pos.
Tapi dengan peranti moden, anak-anak boleh menggunakan panggilan video untuk berbual dengan rakan pena.
Lebih menyeronokkan, mereka juga boleh melihat pelbagai video lain sebagai langkah pendidikan yang lebih berkesan.
Lebih menjimatkan.
Di sinilah anda sebagai ibu bapa perlu memantau anak-anak.
(c) Sains
Terdapat banyak aplikasi yang mendekatkan anak-anak ke dunia sains misalnya Apps Star Walk yang terdapat di dalam iPad.
Dunia sains menjadi lebih ‘hidup’ serta memudahkan anak-anak memahami kejadian alam.
Ia juga menjawab setiap persoalan yang bermain di minda anak-anak.
(d) Presentations
Pengucapan awam adalah skil penting untuk dipelajari.
Jika dahulu presentation kita menggunakan Microsoft PowerPoint, kini anak-anak boleh membuat presentation menggunakan tablet. Mereka juga boleh melukis, menulis serta meletakkan animasi secara terus di dalam presentation itu.
Apabila selesai, mereka boleh terus e-mel kepada guru.
(e) Penulisan
Blog adalah lapangan terbaik untuk anak-anak meningkatkan skil penulisan.
Penulisan di atas kertas boleh menjadi sedikit membosankan kerana tidak ada tindak balas daripada pihak ketiga.
Menerusi hasil tulisan di blog, anak-anak boleh mendapat komen terus daripada pembaca. Dengan cara ini, mereka akan mengetahui di mana kekurangan mereka sebagai penulis.
(f) Foto
Seni fotografi bukan datang dengan sendirinya. Kreativiti seseorang yang menjadikan foto itu berseni dan indah.
Setiap peranti kini didatangkan dengan kamera yang dapat menghasilkan gambar yang cantik.
Oleh itu, anak-anak boleh cuba menggunakan kamera yang ada dan mengambil seberapa banyak gambar yang disukai. Ia boleh disimpan dan menjadi memori untuk mereka.
Malah, hasil kerja mereka juga boleh dikongsi bersama rakan-rakan lain di dalam kelas.
(g) e-Book
Buku teks tinggi harganya. Ia juga tidak mesra alam. Kesan negatif dari buku teks adalah apabila sesuatu informasi sudah lapuk, versi baru pula perlu dihasilkan. Ini melibatkan lebih banyak penggunaan kertas.
Dengan e-Book, anak-anak sendiri mendapat informasi terkini malah lebih menarik perhatian anak-anak untuk terus membaca!
(h) Skil komputer
Dunia kini dijalankan oleh komputer. Semakin tinggi ilmu pengetahuan mereka di dalam teknologi maklumat, mereka semakin bijak menggunakannya dengan baik.
Jika diberikan seorang satu tablet kepada pelajar, mereka lebih terdedah (dengan cara positif) dengan cara kerja di alam pekerjaan satu hari nanti. Mereka juga tahu bagaimana untuk menggunakan informasi di dalam Internet untuk menyelesaikan persoalan.
(i) Pilihan
Secara psikologi, anak-anak ADHD boleh mendapat cara pembelajaran berbeza melalui penggunaan tablet.
Baik informasi mahupun permainan video, ia boleh menguji kecekapan mata dan minda mereka secara tidak langsung.
(j) Bahasa antarabangsa
Anda mahu anak-anak mempelajari bahasa lain tetapi tidak bertemu dengan guru yang sesuai? Muat turun Apps untuk mempelajari bahasa Mandarin dan Belanda.
Setelah fasih, mereka juga boleh bersembang dengan rakan pena dari luar negara. KR
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...