Siapa yang tak mengenali pelakon tempatan berbakat besar, serta hero malaya Datuk Rosyam Nor bukan? Sebentar tadi, Datuk Rosyam berkongsi rasa kesyukuran apabila dia selamat menimang cucu kelima, jam 2.38 pagi tadi.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh aktor yang berusia 56 tahun itu di laman Instagramnya menerusi hantaran video menyaksikan Datuk Rosyam memangku cucunya itu, namun masih belum diketahui jantinanya.
“Alhamdullilah. Hadiah besar dari Allah pada Ramadhan kali ini. Lahir seorang lagi cucu ke 5 penyambung zuriat aku jam 2.38 pagi tadi. Mak dengan ayahnya big boss minta aku berikan nama,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan menzahirkan ucapan tahniah kepada Rosyam Nor atas kurniaan yang terindah tersebut apatah lagi cucunya itu lahir di bulan penuh keberkatan.
Ads
Untuk rekap, anak ketiga kepada pelakon, penerbit, pengacara dan usahawan itu iaitu Nurlisa Mohamed Noor memilih Khairul Azhar Fazli sebagai suami, dan berkahwin sekitar bulan Julai tahun lepas.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam dah dua bulan usia Wan Khair Amir, anak kesayangan Mira Filzah dan suami! Sejak bergelar ibu, selebriti ini gemar berkongsi perkembangan Amir dengan peminat. Pun begitu, dia dan suami masih belum bersedia berkongsi wajah anak mereka sepenuhnya kepada umum.
Di sebalik keterujaan menjadi ibu, isteri Wan Emir Astar ini mengaku agak gementar menjaga Amir. Lebih-lebih lagi bila si kecil menangis. Kongsi Mira, dia masih belajar menyesuaikan diri dengan situasi tersebut dan memahami ragam si anak.
Malah dalam posting terbaharu Mira, dia turut mendedahkan pengalaman berada berdua dengan suami untuk menjaga anak tersayang ketika Aidiladha baru-baru ini.
“First time bawa Amir keluar berdua sahaja dengan suami, Wan Emir Astar. So Mira duduk belakang dengan Amir. Tak tahu kenapa nervous. Nervous dia lain macam padahal bukan Amir first time duduk dalam car seat. Tapi first time berdua sahaja dengan Emir.
Mira cepat panic kalau Amir nangis. Selalu terdetik dalam hati, boleh ke handle Amir sendiri, boleh ke itu boleh ke ini. First time mom kan, banyak sangat ‘what if’ dalam kepala. But alhamdulillah, Amir baik sangat.
Maybe he likes to be in the car. Tidur je sepanjang jalan. Atau sebab dia tidur jam 5 pagi malam semalam, so pagi tu tidur jelah dalam kereta. Time nak balik, dia berjaga tapi diam je sambil pegang tangan Mira.”
Pastinya mana-mana wanita yang pertama kali jadi ibu pun mesti alami pengalaman serupa macam Mira Filzah.
“Okaylah keluar tiga jam sahaja. Lama-lama mama tak beranilah. Nak keluar berdua dengan Amir lagilah tak berani. Tunggu Amir besar sedikit okay.”
Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei 2022 dan ditahnik dan dicukur oleh Ustaz Don Daniyal.
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sah menjadi isteri Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Emir merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bukan hanya beliau yang menolak gaji sebagai Perdana Menteri, sebaliknya ia turut dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Perdana Menteri, Seri Paduka berkenan tidak menerima gaji yang diberikan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.
“Yang di-Pertuan Agong lebih awal dari saya dan tidak menerima gaji daripada kerajaan sejak Covid-19. Jadi eloklah saya beri penjelasan ini.
“Itu sumbangan dibuat Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan kehidupan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri malah, semua Jemaah Menteri juga bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan.
Sumber: Utusan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan menunggu tua, tidak mustahil kita akan mati muda…
Sudah terhantuk baru terngadah. Tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam cukup menggemparkan negara apabila 22 pelajar dan dua gurunya maut terbakar.
Meneliti semua laporan berita yang mengisi newsfeed Nona hari ini, diperhatikan wujud beberapa pihak yang masih menuding jari ke arah satu sama lain. Daripada isu bangunan yang tak mengikut piawaian, kecuaian dan khianat sehingga pertikaian isu kredibiliti tenaga pengajarnya, semua seakan mencabar takdir yang telah ditentukan-Nya.
Guru mana yang sanggup melihat anak-anak didiknya ditimpa tragedi sedahsyat ini? Tidak ada.
Sebagai orang luar yang mengikuti perkembangan kes ini dengan begitu rapat, Nona mendoakan agar kita bertenang dan anggaplah kematian anak-anak tahfiz ini sebagai syahid.
“Kenapa orang baik-baik ramai yang pergi dulu?”
“Kalau kamu ternampak bunga yang cantik, apa kamu akan buat?”
“Saya akan petik bunga yang cantik tu.”
Begitulah, orang yang baik ibarat bunga yang cantik di taman. Disayangi Tuhan.
Mati Syahid
“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik-beradik dan masa bermain untuk tinggal di sini.
Semata-mata untuk belajar agama. Mereka ini, insya-Allah mati syahid,” kata Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah Muhammad Zahid Mahmod.
Kebanyakan pelajar yang berusia antara 13 hingga 17 tahun sedang tidur ketika api mula marak di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.
Tragedi itu meragut nyawa 22 pelajar tahfiz dan dua guru tahfiz.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar ketika ditemui di sana berkata, pusat tahfiz itu tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal.
Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menerima permohonan sijil perakuan berkenaan daripada pihak pusat bulan lepas, namun masih belum diberikan kelulusan.
“Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka, tetapi telah dibina tembok dan tidak ikut pelan asal. Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba,” katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Muhammad Zahid sebagai berkata pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini sepatutnya berpindah ke bangunan asal di kawasan berhampiran yang telah siap diubah suai hujung bulan lepas.
Beliau berkata bangunan tempat berlaku kejadian adalah bangunan sementara menunggu kerja pengubahsuaian yang dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan.
“Saya menguruskan sepenuhnya pusat tahfiz berkenaan sejak 15 tahun lepas dan berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
“Premis berkenaan menempatkan 42 pelajar, enam guru dan dua warden dari seluruh negara manakala segala kemudahan adalah percuma menerusi tajaan penaung, sumbangan orang ramai serta MAIWP,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata ini merupakan kejadian kebakaran pertama kali berlaku dan kebiasaannya selepas solat Isyak dan tazkirah pelajar tahfiz akan dibenarkan berehat.
“Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia lebih muda berbanding mereka yang sempat menyelamatkan diri. Lokasi kejadian melibatkan bilik penginapan pelajar dan mereka juga tidak dibenarkan memasak di bilik itu,” kata Mohd Zahid. Norzalina Mohd Alias
Kredit: Bernama & Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.