Hanami Butik Umum Kolaborasi Bersama Datuk Prof Muhaya Sehingga Tahun 2020

Bagi merealisasikan impian wanita Muslimah yang mahukan penampilan ekstravaganza hujung tahun ini sekali gus mengharungi detik-detik akhir tahun 2019, Hanami Butik, sebuah peneraju fesyen tudung sedia pakai (instant) telah melancarkan Koleksi Edisi Akhir Tahun 2019.

Koleksi Akhir Tahun 2019 ini didatangkan dengan 15 corak berlainan menerusi selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Edisi akhir tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusivitinya dan diinspirasikan daripada lukisan tumbuh-tumbuhan dan flora yang terdapat di negara Jepun.

Sebuah majlis makan tengah hari telah diadakan bagi memperkenalkan Koleksi Akhir Tahun 2019 ini yang bertempat di ThePrivate Room, Ritz Carlton Kuala Lumpur. Majlis tengah hari itu telah dihadiri oleh Pengasas Hanami Butik, Puan Zaleha serta beberapa selebriti tempatan seperti Che Puan Syamim Farid, Farah Nabilah, Anzalna dan Azira Syafinaz.

Para selebriti yang hadir kelihatan cantik dan menawan menggayakan tudung rekaan Koleksi Akhir Tahun 2019. Di majlis yang indah ini juga Puan Zaleha telah mengumumkan Hanami Butik telah mengadakan kolaberasi jenama bersama Prof Muhaya yang telah pun bermula pada Disember 2019 sehingga 2020. Merancakkan suasana pada tengah hari itu apabila Master Hijab, Didiyana Ehsan telah mengadakan tutorial hijab instant, semi instant

dan selendang,

IKLAN
Share