Ads

Masih Berkobar Semangat Sukan SEA 2025, Hannah Yeoh Kini Dilantik Menteri Wilayah Persekutuan

Belum reda bahang dan semangat temasya Sukan SEA 2025 yang berlangsung di Thailand, negara dikejutkan dengan satu lagi berita penting melibatkan kepimpinan negara. Pelantikan YB Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mencuri perhatian ramai, apatah lagi ia diumumkan ketika beliau masih berada di pentas sukan antarabangsa itu.

Pengumuman rasmi pada 16 Disember 2025 oleh Perdana Menteri dibuat dalam suasana penuh emosi dan kebanggaan negara. Ketika atlet Malaysia terus mengharumkan nama negara, kehadiran Hannah Yeoh di sana memberi suntikan semangat dan aura positif. Sokongan beliau kepada atlet bukan sekadar simbolik, tetapi lahir daripada komitmen tulen terhadap pembangunan sukan negara.

Menteri Wilayah Persekutuan

Pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan bukanlah satu keputusan yang dibuat tanpa pertimbangan mendalam. Beliau yang kini memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Segambut, menggantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan.

Figura wanita yang dikenali dengan sikap penyayang dan tegas ini sememangnya memiliki rekod prestasi yang meyakinkan. Sepanjang menerajui Kementerian Belia dan Sukan sejak 3 Disember 2022, pelbagai pembaharuan berjaya dilaksanakan, termasuk usaha memperkasa atlet muda dan memperkukuh ekosistem sukan negara.

Ads
Masih Berkobar Semangat Sukan SEA 2025, Hannah Yeoh Kini Dilantik Menteri Wilayah Persekutuan
Instagram @hannahyeoh
Masih Berkobar Semangat Sukan SEA 2025, Hannah Yeoh Kini Dilantik Menteri Wilayah Persekutuan
Instagram @hannahyeoh
Masih Berkobar Semangat Sukan SEA 2025, Hannah Yeoh Kini Dilantik Menteri Wilayah Persekutuan
Instagram @hannahyeoh

YB Hannah Yeoh Tseow Suan kini berusia 46 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata. Beliau adalah isteri kepada Ramachandran Muniandy dan dilahirkan pada 9 Januari 1979. Dari segi akademik, beliau merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Tasmania, Australia.

Sebelum terjun ke dunia politik, Hannah Yeoh pernah berkhidmat sebagai seorang peguam. Pengalaman tersebut banyak membentuk prinsip dan pendiriannya, terutamanya dalam memperjuangkan tadbir urus yang bersih serta keadilan sosial.

Perjalanan Politik

Sering menganggap dirinya sebagai wanita biasa dari Subang Jaya, laluan politik Hannah Yeoh membuktikan bahawa keazaman dan integriti mampu membawa seseorang ke peringkat tertinggi. Pembabitannya dalam politik bermula hasil dorongan rakan sekolah sebelum beliau menyertai DAP pada penghujung tahun 2006.

Ads

Sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau pernah menggalas jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tahun 2018 hingga 2020. Dalam tempoh sama, beliau juga memenangi kepercayaan rakyat sebagai Ahli Parlimen Segambut sejak tahun 2018.

Masih Berkobar Semangat Sukan SEA 2025, Hannah Yeoh Kini Dilantik Menteri Wilayah Persekutuan
Instagram @hannahyeoh

Pelantikan Hannah Yeoh Menteri Wilayah Persekutuan membuka lembaran baharu dalam kerjaya politik beliau. Prinsip yang dipegangnya jelas, politik bukan medan untuk kuasa atau keuntungan peribadi, sebaliknya satu amanah untuk membina negara yang bersih dan berdaya tahan demi generasi akan datang.

Ads

Dengan pengalaman luas dalam Kabinet dan kefahaman mendalam tentang isu masyarakat bandar, ramai menjangkakan pendekatan beliau di Wilayah Persekutuan akan lebih inklusif, progresif dan berpaksikan kebajikan rakyat.

Masih Berkobar Semangat Sukan SEA 2025, Hannah Yeoh Kini Dilantik Menteri Wilayah Persekutuan
Instagram @hannahyeoh

Bijak, berfikiran jauh serta disenangi ramai, pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu disambut dengan harapan tinggi. Semoga beliau terus cemerlang menggalas tanggungjawab baharu ini dan membawa pembaharuan positif yang memberi manfaat kepada warga Wilayah Persekutuan khususnya, serta negara amnya.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/nurul-huda-abdullah-cdm-sukan-sea-2025/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Hantar Anak Ke Oxford

Kasih Seorang Ayah, Baru Balik SEA Games Sheikh Muszaphar Hantar Anak...

Terharu tengok kasih sayang angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor terhadap anak-anak. Sering menjadi rujukan dan inspirasi dalam mendidik anak, bapa kepada tujuh cahaya mata ini sekali lagi menjadi perhatian khalayak apabila puteri keduanya iaitu Sophea Natasha terpilih mengikuti program kepimpinan di Oxford University pada 14 Disember lalu.