Berniaga ikut peredaran zaman, bukan untuk buat duit semata-mata. Carilah pengalaman dan faham susah senang dalam mencari rezeki. Berpijaklah di bumi yang nyata.

IKLAN

Itu kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh usahawan ternama Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor. Beliau bukan sahaja bergelar ikon usahawan sukses di Malaysia bahkan aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

“Nak Berniaga Tak Semestinya Perlu Keluarkan Produk, Fikir Out Of The Box” DATO’ SHAREEN ALMASHOOR
Dato’ Hajah Shareen Almashoor.

Pun begitu, beliau yang mesra disapa sebagai Dato’ Shareen Almashoor tidak mengharapkan publisiti atas segala perkara yang dilakukan. Bagi beliau biarlah kejayaan itu sendiri yang ‘menghebahkan’ siapa dirinya. Itu lebih bermakna dalam usahanya membantu mereka khususnya wanita yang ingin berjaya dalam perniagaan.

“Nak Berniaga Tak Semestinya Perlu Keluarkan Produk, Fikir Out Of The Box” DATO’ SHAREEN ALMASHOORPandemik COVID-19 bukan sahaja telah mengganggu gugat kehidupan kita di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ramai yang terkesan dengan situasi ini antaranya diberhentikan kerja, perniagaan terpaksa ditutup dan sebagainya.

“Nak Berniaga Tak Semestinya Perlu Keluarkan Produk, Fikir Out Of The Box” DATO’ SHAREEN ALMASHOORBukan sahaja di kalangan mereka yang makan gaji malah yang menjalankan perniagaan pun sama sahaja keadaannya. Cuma bagaimana kita hendak meletakkan diri kita di mana. Sama ada di tempat orang yang sangat sedih, menyalahkan keadaan, atau kita menjadikan keadaan ini sebagai satu peluang terbaik dalam kehidupan.

“Nak Berniaga Tak Semestinya Perlu Keluarkan Produk, Fikir Out Of The Box” DATO’ SHAREEN ALMASHOORDato’ Shareen Almashoor menasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana terutama yang diberhentikan kerja akibat COVID-19 agar tidak terus meratapi kesukaran hidup yang dihadapi. Sebaliknya fikirkan peluang-peluang yang ada di hadapan.

IKLAN

“Nak Berniaga Tak Semestinya Perlu Keluarkan Produk, Fikir Out Of The Box” DATO’ SHAREEN ALMASHOOR“Saya sendiri merasakan pandemik COVID-19 adalah waktu yang paling best dalam perniagaan saya kerana orang lain tidak tahu hendak buat apa. Jadi, apabila kita dapat melihat peluang daripada situasi tersebut itulah titik tolak permulaan kepada kejayaan yang terlalu hebat untuk kita.

“Nak Berniaga Tak Semestinya Perlu Keluarkan Produk, Fikir Out Of The Box” DATO’ SHAREEN ALMASHOORAnda ada pilihan. Kalau hendak berniaga tidak semestinya perlu mengeluarkan produk. Apa yang anda boleh buat untuk berniaga antaranya menyediakan servis kepada perniagaan-perniagaan yang sedang berkembang maju. Jangan hanya terikat dengan satu perkara sahaja. Kita mesti fikir out of the box.

IKLAN

“Nak Berniaga Tak Semestinya Perlu Keluarkan Produk, Fikir Out Of The Box” DATO’ SHAREEN ALMASHOORKALAU TIDAK MINAT BERNIAGA, BAGAIMANA PULA?
Kepada anda yang tidak minat berniaga pula jangan bimbang. Anda boleh cari industri-industri yang sedang berkembang pesat dengan menawarkan kelebihan atau pengalaman yang anda ada. Kemahiran yang anda boleh sumbangkan untuk industri tersebut.

“Nak Berniaga Tak Semestinya Perlu Keluarkan Produk, Fikir Out Of The Box” DATO’ SHAREEN ALMASHOORHakikatnya tidak ada satu keadaan pun yang boleh membuatkan kita patah semangat kecuali kita sendiri yang memilih untuk menghadapi keadaan itu. Bagi memastikan kita selalu ke hadapan, katakan ‘Yakin boleh’ kepada diri sendiri dan lihat masalah sebagai peluang terbaik.”

Kredit Foto: Instagram @datoshareenalmashoor

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI