9 Februari lepas genap 48 tahun usia Erra Fazira. Menghampiri umur 50 tahun namun keanggunan jelitawan ini tetap memikat pandangan peminat sampai sekarang. Mungkin juga kerana personaliti Erra yang suka tersenyum dan happy go lucky hingga jelas terpancar di raut wajah.
Sepanjang bekerjasama dengan selebriti ini, tak dinafikan Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek seorang yang mesra, ceria dan komited. Pendek kata, berurusan dengan Erra memang sangat menyenangkan!
Di samping sibuk dengan tawaran berlakon dan mengacara, aktres filem Maria Mariana ini tidak lupa untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Ada saja waktu terluang, pasti Erra akan pergi beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.
Menjengah media sosial Erra, ulang tahun kelahirannya baru-baru ini diraikan bersama kenalan rapat. Antaranya Chef Zam, pelakon Betty Benafe dan Tunku Hanis. Erra menerima kejutan daripada mereka ketika mengadakan sesi jualan koleksi tudung Heyrra by Erra Fazira secara live.
Rambang mata tengok koleksi terbaharu tudung Heyrra. Lebih menarik, setiap rekaan dinamakan sempena tajuk lagu-lagu popular dendangan Erra Fazira seperti Pertemuan, Hanya Di Mata, Ingin Tahu dan Ya atau Tidak.
Sementara itu, mengimbas kembali temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias cover Nona Oktober 2018, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.
“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”
Ads
Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Memiliki rupa paras yang indah serta sepasang mata yang bulat dan cantik membuatkan pelakon, Puteri Sarah Liyana sering disoal samada matanya asli ataupun tidak.
Menjawab pertanyaan yang selalu diberikan kepadanya, pelakon yang dilahirkan di England ini telah berkongsikan gambarnya sewaktu zaman kecil bagi menangkis persepsi bahawa dia menggunakan kanta lekap selama ini. Untung betul miliki mata yang besar dan lawa sebegitu!
Comelnya Sarah!
Sejurus selepas berkongsi foto zaman sekolah, ramai pengikut laman sosialnya yang memuji kecomelan wajahnya yang dimiliki sejak kecil lagi. Memang saling tak tumpah seperti wajah anak perempuannya, Sumayyah.
Berikut merupakan tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh para peminat dan follower, Puteri Sarah yang berjaya menarik perhatian NONA!
Sebagai info, Puteri Sarah Liyana telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan juga Sumayyah.
Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akhirnya memutuskan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 18 April 2023.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Bukan hanya memiliki nama yang klasik tapi Timur Gabriel juga beruntung kerana dikurniakan raut wajah klasik dan menawan! Meniti usia 28 tahun, nama wanita ceria ini mungkin tidak begitu diketahui ramai.
Ini kerana Timur menjalani hidup sederhana dan ‘low profile’, jauh dari dunia glamor meskipun dia sebenarnya anak selebriti ternama.
Aktif di media sosial sebagai content creator, Timur merupakan anak kedua kepada pelantun lagu Hijau iaitu Datuk Zainal Abidin. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Mikhail berusia 30 tahun dan autisme.
Kedua-dua mereka ialah zuriat Datuk Zainal Abidin dan bekas isteri, Natasha Gabriel Abdullah.
Ketika sambutan Hari Bapa yang lalu, Timur memuat naik gambar dirinya bersama ibu tersayang di Instagram. Melihat wajah wanita cantik yang berada di samping Timur membuatkan kebanyakan followers mula mengetahui status personaliti ini sebagai anak selebriti.
Rata-rata mereka mengagumi kecantikan Natasha Gabriel atau Yvonne dan mula mengingati pesonanya suatu ketika dulu yang merupakan bekas model dan penari.
“Happy Father’s Day to the woman who single-handedly raised my brother and I. We had many downs but many ups too, and although it’s taking a bit of time, I hope that I can come back and give you the comfortable and happy life that you should’ve always had.
I can only imagine how difficult it must’ve been to be both mum and dad. But I’m sure it was worth it cause I’m great.”
Mewarisi darah seni dari kedua-dua ibu bapa, Timur Gabriel juga memiliki bakat sebagai seorang pelakon.
Ibu Timur yang kini berusia 64 tahun berkahwin dengan bekas vokalis kumpulan Headwind, Datuk Zainal Abidin atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed pada 24 Mac 1987. Mereka bagaimana pun sah bercerai pada 12 Disember 2000.
Terpegun tengok gambar raya Zakiah Anas di samping dua anak bujangnya baru-baru ini. Mana tidaknya, dah ‘besar panjang’ anak teruna bekas personaliti TV ini namun pesona dan keanggunan Zakiah masih memikat.
Sebut sahaja namanya, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah gaya penyampaian Zakiah ketika mengacarakan Program 999 suatu ketika dulu. Biarpun sudah lama meninggalkan program berkenaan namun aura wanita ini masih terkesan di hati penonton.
Meninjau media sosial terkini personaliti TV ini macam tak makan dek usia! Tetap cantik seperti dulu. Apatah lagi, dia menginjak usia 57 tahun pada Januari lepas.
Paling tak sangka, sudah dewasa anak-anak Zakiah Anas. Segak dan lawa. Iyalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Zakiah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012.
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal. Berbekalkan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut, sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar, voice over untuk pelbagai program.
Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya meniti usia 29 tahun sementara anak kedua pula berumur 26 tahun. Biarpun anak-anak dah besar tapi Zakiah tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...