Alamak, kalau cantik macam ni boleh hilang fokus peminat hendak tengok perlawanan bola tampar. Pasti banyak mata-mata yang tertumpu kepada kejelitaan wajah gadis Kazakhstan ini.
Bermata bundar, hidung mancung, bibir mungil, tubuh tinggi lampai dan rambut hitam pekatnya telah berjaya mencuri perhatian peminat sukan berkenaan hingga ke luar negara.
Tatyana Demyanova… atlet bola tampar yang mewakili negara Kazakhstan ini baru berusia 23 tahun. Memetik laporan media antarabangsa, Tatyana yang berketinggian 180 sentimeter mula didedahkan dengan sukan bola tampar oleh ibunya sendiri yang juga merupakan jurulatih sukan berkenaan.
Ads
Waktu itu, dia hanya berusia sembilan tahun dan meraih pingat pertamanya ketika mencecah umur 11 tahun. Jelas terbukti gadis cantik ini berbakat dalam arena sukan berkenaan dan mewarisi kemahiran ibu tersayang. Meskipun berwajah lembut dan perwatakan anggun, Tatyana sebenarnya seorang wanita berjiwa lasak.
Sebati dengan sukan dan sukakan cabaran… dia tidak melepaskan peluang menceburi bidang seni bela diri. Selain tinju, Tatyana turut menggemari Muay Thai dan mengagumi tokoh sukan tinju terkemuka iaitu Floyd Mayweather.
Ads
Bukan calang-calang sukan tu. Hati-hati ya peminat lelaki Tatyana… silap langkah, takut anda pula yang jadi mangsa!
Mengintai laman Instagram Tatyana, atlet bualan ramai ini mempunyai lebih 100 ribu pengikut. Daripada posting yang dikongsikan, terserlah minat Tatyana terhadap kecantikan di samping berani bereksperimen dengan fesyen. Bersandarkan susuk tubuh montok yang dimiliki, tidak hairanlah dia sering tampil dengan gaya seksi.
Ads
Hasil kaji selidik yang dijalankan beberapa portal ternama dunia termasuk Express Sport dan Daily Star, mereka sebulat suara menyatakan Tatyana Demyanova merupakan atlet paling cantik di dunia.
Sumber: Liputan 6
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah 53 tahun pun masih cantik persis anak dara! Penampilan terbaharu Datin Seri Maria Farida menjadi bualan hangat warga maya baru-baru ini. Mana tidaknya, dari zaman muda sampai sekarang macam tidak berubah wajah jelitawan ini. Gorgeous!
Genap berusia 53 tahun pada 28 Mac lalu, perkongsian Datin Seri Maria ketika pertemuannya bersama usahawan popular, Dato’ Seri Vida menarik perhatian peminat. Dalam postingnya, kelihatan aktres ini memperagakan koleksi barangan kemas Dato’ Seri Vida sambil ditemani seorang rakan.
Hanya mengenakan T-shirt lengan panjang warna kelabu dan seluar polos hitam, pesona Datin Seri Maria tetap menyerlah. Apatah lagi, dia hanya tampil santai dan hanya mengenakan solekan nipis.
Reaksi peminat membanjiri ruangan komen media sosial Datin Seri Maria yang rata-rata daripada mereka memuji keanggunan isteri Datuk Seri Rahman ini.
Masih segar lagi kenangan bersama Datin Seri Maria saat beliau menjadi penghias Nona Mac 2019. Dalam pertemuan waktu itu, dia mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, tetapi bersyukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.
Mengulas amalan yang dipraktikkan, ini jawapan jujur Datin Seri Maria.”Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang.
Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kecantikan ini yang mewarisi keturunan Melayu-Filipina.
“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula.
Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujarnya.
Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Seri Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan.
Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.
Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging.
Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita amat mementingkan kesempurnaan wajah. Kalau boleh, mahu saja kulit yang halus, bersih dan putih tanpa perlu memikirkan soal jerawat, kulit berminyak dan juga bintik hitam di muka. Siapa la yang tak rimas dengan lambakan whitehead dan blackhead di muka kan? Lagi-lagi yang di sekeliling hidung tu. Kalau tengok cermin rasa macam nak picit-picit je keluarkan sehingga puas.
Tidak kira berapa umur anda, lelaki atau perempuan, semua orang pasti mengalami masalah bintik hitam ini yang paling kerap belaku bila masuk awal remaja dan dewasa. Masalah ini terjadi akibat dari persekitaran, makanan. pertukaran hormon dan juga penggunaan produk kosmestik yang berlebihan.
Ini ada cara untuk hilangkan bintik hitam dan bintik putih menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan ada di rumah.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Lakukan 3-4 kali seminggu secara konsisten.
Sumber: Facebook Zana Mokhtar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita sekarang bijak mengatur perjalanan hidup. Tidak bererti mengejar kekukuhan ekonomi sampai mengabaikan penjagaan diri. Jadi apakah cara yang dilakukan tiga orang wanita muda jelita ini agar kekal menawan? Nona mengintai rahsia mereka.
Nur E’zzati Zahari 25 tahun Jurusolek & Pelukis Potret
Bagaimanakah cara anda mengekalkan kecantikan kulit?
Setiap malam sebelum tidur, saya akan mengamalkan empat langkah rutin penjagaan kulit iaitu membersihkan wajah, guna penyegar, sapu krim pelembap dan ratakan beberapa titis facial oil. Pada waktu siang, gantikan facial oil dengan krim tabir suria. Solekan akan nampak lebih cantik dan sekata jika kulit kita sihat.
Bagaimanakah wanita mampu mengekalkan kecantikan ketika cuaca panas dan kering?
Kekurangan air ketika cuaca panas boleh menjejaskan kelembapan kulit dan menjadikannya nampak kusam serta tidak bermaya. Jadi, penjagaan kulit yang baik dan solekan yang minimum dapat menaikkan seri pada wajah sepanjang menjalani cuaca panas.
Tip kecantikan yang anda amalkan?
Sapukan krim muka pada kulit yang masih lembap untuk memastikan krim meresap dengan lebih baik. Jika tidak suka memakai bedak asas, sedikit penyamar noda di bawah mata sudah cukup untuk tampil segar.
Jangan abaikan bibir yang mengelupas! Saya selalu gunakan tuala basah sebagai berus bibir dan sapu pelembap sebelum mengenakan gincu jenis matte.
Sri Putri Mayangsari Sheikh Muhammad 27 tahun Usahawan
Bagaimanakah cara anda mengekalkan kecantikan kulit?
Tip saya senang sahaja, tetapi mesti rajin dan sabar. Saya berpegang pada dua produk ini. Pilih produk organik untuk penjagaan kulit kerana selamat dan berkesan tanpa bahan yang terlarang dan pakai krim tabir suria pada waktu siang supaya muka tidak terus terkena pancaran cahaya matahari.
Apabila memilih produk organik, kita perlu sabar dan untuk kekal cantik kena rajin. Paling kurang seminggu, dua kali saya buat normal facial di rumah, skrub muka dan pakai masker. Seminggu sekali pula saya mandi wap di rumah untuk membebaskan toksin dalam tubuh. Selain itu saya juga mengambil makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan dalaman.
Bagaimanakah wanita mampu mengekalkan kecantikan ketika cuaca panas dan kering?
Ketika cuaca panas, kita perlukan penjagaan lebih kerana kurang minum air. Sebaik-baiknya minum air dengan banyak atau bawa air di dalam beg jika mempunyai tugasan di luar agar kulit sihat dan tidak berlaku hidrasi.
Tip kecantikan yang anda amalkan?
Amalan yang biasa saya lakukan adalah tidak minum ais dan tidak minum air bergas. Saya juga rajin merawat kulit agar kelihatan segar dan cantik dengan menggunakan produk yang diyakini.
Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal 26 tahun Pengasas Gula Cakery & Gula Petite
Bagaimanakah cara anda mengekalkan kecantikan kulit?
Rutin tugas saya yang tidak menentu kadang-kadang membuat saya tidak dapat menjaga kecantikan dengan konsisten. Namun, saya tidak pernah lupa untuk mengunjungi klinik kulit tiap-tiap bulan. Disebabkan mempunyai kulit sensitif, saya perlu menggunakan produk yang dinasihatkan oleh doktor. Lebih-lebih lagi kerap berada di depan ketuhar membakar kek!
Bagaimanakah wanita mampu mengekalkan kecantikan ketika cuaca panas dan kering?
Dalam menghadapi cuaca panas atau cuaca tidak menentu, kadang-kadang boleh menyebabkan wajah kelihatan pucat dan tidak bermaya. Jadi untuk mencipta wajah yang segar, letak sedikit solekan atau bedak asas lebih-lebih lagi kalau hendak berjumpa klien atau menghadiri mesyuarat.
Tip kecantikan yang anda amalkan?
Nenek saya selalu suruh makan buah-buahan untuk kekal cantik. Pada waktu malam saya tidak pasang pendingin hawa sebab muka akan cepat kering. Biasanya saya akan pasang pendingin hawa awal-awal kemudian tutup untuk tidur. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!