Desakan rakyat agar pelaksanaan full lockdown atau PKP penuh dipertimbangkan, petang tadi terjawab apabila Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri hanya mengumumkan SOP-SOP baru yang diperketatkan.

Meskipun kes baharu COVID-19 kini mencapai rekod harian tertinggi dalam sejarah negara, namun kerajaan masih ‘bertahan’ daripada melaksanakan semula arahan PKP penuh.

IKLAN

Persoalannya, kenapa? Adakah nyawa atau kesihatan rakyat tidak penting, dan bebanan petugas barisan depan yang kini terlalu kepenatan menangani kes-kes tinggi di sektor perubatan tidak penting untuk negara?

Harapkan ‘Full Lockdown’ Tapi Cuma SOP Diperketatkan, Menteri Kewangan Akhirnya Buka Mulut!
Keputusan terpaksa diambil setelah kerajaan meneliti semua aspek

 

KDNK TERJEJAS

Jawapan mutakhir daripada Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz ini meleraikan tanda tanya.

Barangkali mungkin kerajaan kita pun susah nak buat keputusan antara mengimbangi keperluan ekonomi dan kesihatan. Mungkin juga sisi ekonomi yang kurang stabil jauh lebih berisiko tinggi untuk masa depan negara!

“Kalau sektor ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menganggur dijangka bakal mencecah sejuta orang” Tengku Zafrul

Malah 2.8 juta pekerja informal dijangka berdepan dengan risiko kehilangan punca pendapatan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan.

Beliau turut membayangkan kesan yang lebih dahsyat iaitu menjejaskan golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal. Umpamanya sektor pembuatan dan perkilangan yang menggaji ramai rakyat di negara ini.

 

IMPAK BURUK

Pelaksanaan PKP 3.0 memberi keseimbangan antara faktor kesihatan dan pemulihan ekonomi, nyawa diselamatkan dan kesejahteraan rakyat dilindungi.

Dedah beliau, ketika pelaksanaan PKP 1.0, Malaysia kehilangan kira-kira RM2.4 bilion pada setiap hari sementara pada PKP 2.0, dianggarkan RM300 juta hingga RM400 juta untuk tempoh yang sama.

Menurutnya, dengan pelaksanaan PKP 3.0, pertumbuhan KDNK dijangka menyusut kepada 5.0 hingga 6.5 peratus untuk tahun ini, iaitu sedikit rendah berbanding sasaran 6.0 hingga 7.5 peratus yang diramalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Sebenarnya ketika kami membuat ramalan ini, kita tidak menjangka akan ada PKP 3.0,” Tengku Zafrul

 

IKLAN
Harapkan ‘Full Lockdown’ Tapi Cuma SOP Diperketatkan, Menteri Kewangan Akhirnya Buka Mulut!
Menteri Kewangan dan isteri

Suami kepada YM Raja Datin Sri Johanna Adrina berusia 47 tahun itu juga turut menegaskan impak sosial yang bakal berlaku serta mengambil masa yang lebih panjang untuk diperbaiki.

“Semasa PKP 1.0, 68% perniagaan melaporkan tiada jualan atau hasil semasa, 42.5% perniagaan memerlukan lebih daripada enam bulan untuk pulih dan dua daripada tiga perniagaan mempunyai atau akan menanggung tunggakan hutang dalam tempoh enam bulan.

Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengimbangi antara melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat adalah secara PKP yang bersasar dan diperketatkan.

Bukan PKP secara menyeluruh.” – Petikan Astro Awani

 

UMUM BANTUAN

IKLAN

Harapkan ‘Full Lockdown’ Tapi Cuma SOP Diperketatkan, Menteri Kewangan Akhirnya Buka Mulut!

 

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan terus komited untuk meneruskan pelbagai bantuan bersasar bagi membantu individu dan perniagaan yang terjejas.

Antaranya bantuan RM4.68 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang memanfaatkan 8.4 juta penerima B40.

Program peningkatan kemahiran dan bakat pula katanya, memberi peluang pekerjaan bagi 137,290 orang.

Menurut beliau, subsidi upah membantu lebih daripada 330,000 majikan dalam mengekalkan 2.7 juta pekerjaan.

Tambahnya, bagi sektor perniagaan pula, masih terdapat dana pinjaman mudah untuk PKS sebanyak RM5.2 bilion daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudahan jaminan pinjaman berjumlah RM 39 bilion melalui Skim Jaminan Danajamin PRIHATIN.

“Bagi PKS mikro, Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM0.9 bilion telah disalurkan dan selanjutnya, pada bulan Jun 2021, GKP3.0 sebanyak RM1 billion (atau RM1,000 kepada 1 juta PKS mikro) akan dibayar.

Bantuan bayaran balik bersasar pula daripada 1.6 juta permohonan, 95 peratus telah diluluskan.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI