Hari Raya menjelang tiba. Pastinya waktu ini ramai yang memerlukan wang untuk persiapan Aidilfitri, jadi pengumpul barangan kemas bolehlah tersenyum lebar kerana harga emas sedang mendadak tinggi.

IKLAN

Menurut Sinar Plus, harga logam berharga itu direkodkan paling tinggi sehingga mencecah RM287 bagi satu gram. Inilah masa terbaik dikatakan untuk wanita ‘mencairkan’ aset mereka bagi mendapatkan wang tunai.

Pakar berpendapat memiliki emas sebagai satu bentuk pelaburan adalah menguntungkan kerana ia mudah dicairkan berbanding hartanah, selain harganya terus meningkat jika disimpan dalam tempoh masa yang panjang.

Harga Emas Tinggi RM287/gm, Ini Masa Paling Sesuai Cairkan Aset Barang Kemas!
Poh Kong melancarkan koleksi Anggun sempena Raya 2023

 

Harga Emas Tinggi RM287/gm, Ini Masa Paling Sesuai Cairkan Aset Barang Kemas!
Koleksi Anggun daripada Poh Kong

 

Pakar Perunding Emas Quantum Metal, Dr Ahmad Asmadi Yusof berkata, emas yang disimpan dalam kuantiti yang banyak dan dalam tempoh masa lama akan memperoleh pulangan nilai berkali ganda.

 

“Harga emas mula naik mencanak sejak awal Mac lalu dengan merekodkan nilai tertinggi setakat ini iaitu RM290 satu gram. Kebetulan orang ramai berdepan dengan situasi baru lepas musim banjir, persediaan kelengkapan sekolah anak, sambut Ramadan dan tidak lama lagi Aidilfitri.

Harga Emas Tinggi RM287/gm, Ini Masa Paling Sesuai Cairkan Aset Barang Kemas!
Koleksi Arowana Habib

 

IKLAN
Harga Emas Tinggi RM287/gm, Ini Masa Paling Sesuai Cairkan Aset Barang Kemas!
Koleksi Arowana Habib

 

Ini menyebabkan ramai pemilik terutama wanita memilih untuk menjual sebahagian daripada aset yang mereka ada.” Pengarah Urusan Mz Gold Sdn Bhd, Murtadhatumizi Mustapha

 

IKLAN

Dengan harga emas yang mahal, pilihan untuk ‘mencairkan’ aset barangan kemas anda untuk kegunaan Aidilfitri atau meringankan beban suami sememangnya wajar.

Namun ada juga yang suka mengumpul dan mengenakan barangan kemas yang menawan pada 1 Syawal. Tak rugi menyimpan, tepuk dada tanyalah selera!

 

********************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

********************

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI