Memetik pelbagai sumber, wanita berusia 39 tahun dengan nama penuhnya Indria Miranda ini dilahirkan dalam family business. Maka tidak hairanlah, Ria Miranda turut bergelar usahawan dalam bidang fesyen.
Namun siapa sangka, perjalanan kariernya sebagai penggiat fesyen bukanlah mudah. Ria Miranda memulakan perniagaan dengan bermodalkan simpanan peribadinya sejak tahun 2008.
Dengan jumlah wang tersebut, dia bermula dari bawah untuk mereka pakaian sehinggalah akhirnya berjaya dipasarkan.
Ads
Ketika pertama kali muncul pada tahun 2008, Ria Miranda memberikan nama Shabby Chic by Ria Miranda kepada perniagaan fesyennya.
Namun, pada tahun 2009 ia ditukar kepada RiaMiranda seperti yang dikenali ramai orang.
Ads
Gara-gara dipandang remeh oleh orang ramai berhubung karyanya, pereka fesyen lulusan ESMOD ini tidak hilang semangatnya.
Dia terus mencuba dan berusaha untuk menghasilkan karya fesyen terbaik.
Melayari hidup sendirian selepas bercerai dengan aktor Eman Manan pada tahun 2003, kisah kekuatan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy cukup menjadi inspirasi. Biarpun hampir dua dekad hidup solo, ‘pengganti’ yang datang jauh lebih bererti. Kehadiran anak angkat beliau, Nur Aminah Aishah bukan saja meraih perhatian, malah wajah gadis cantik itu menyerupai kecantikan ‘Azura’, watak ibunya ketika remaja.
Sering hadir menemani ibu tersayang, Aminah yang kini berusia 15 tahun tampak cukup manja dan pintar. Persis sahabat karib, ikatan mesra ibu dan anak itu pastinya mengisi jiwa Ogy selama ini.
Dalam hantaran terkini Ogy, penghibur terkenal ini dilihat memuat naik gambar-gambar mereka.
“Keluarga bahagia ‘Singer’. Besar dah anak umi…” Ogy Ahmad Daud
Berkongsi peribadi permata hati kesayangannya, Ogy yang menyapa Nur Aishah Aminah dengan panggilan Aminah menyatakan perangai Aminah saling tak tumpah seperti arwah ibunya yang juga seniwati terkenal, Allahyarhamah Hajah Saadiah Baharom yang begitu lemah lembut orangnya.
“Lahirnya 9 November 2007, Nur Aminah Aishah cinta hatiku. Saya panggil Aminah, dia bahasakan diri dia Aishah.
Beza sungguh dengan umi dia ni opposite attract. Maka itu Allah berikan Aminah pada umi tau.” Ogy Ahmad Daud
****************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
****************
Sekadar mengimbau kenangan, Ogy yang kini berusia 60 tahun mula memelihara Aminah sedari sejak bayi lagi. Menyifatkan kesibukan mengurus anak sebagai caranya meneruskan hidup, Ogy mengakui bahawa anak adalah segala-galanya selain kerja.
Walaupun bermata sepet, namun peminat teruja melihat muka Aminah yang hampir seiras muka Ogy. Betullah kata orang, apabila hati ikhlas menjaga anak angkat, mukanya akan mengikut muka kita.
Tambahan pula Aminah mewarisi bakat seni dalam diri Ogy. Pandai berlakon, menari dan menyanyi. Bertuah Aminah dapat ibu hebat, bukan sahaja penghibur serba boleh malah merupakan anak kepada seniman Allahyarham Dato’ Ahmad Daud dan seniwati Allahyarhamah Datin Saadiah.
BERTAHAN
Dalam perkembangan terkini beliau dalam seni, Ogy Ahmad Daud bakal menjayakan pementasan muzikal Wajah Rahsia Hati di Gateway Theatre Singapura pada Februari tahun depan.
Pada usia emas, keberanian beliau mencabar diri dengan tugasan sebesar itu menerima banyak pujian rakan-rakan seni seperti Dato’ M. Nasir. Pementasan dengan kerjasama syarikat produksi Singapura, Dstar Management itu bakal memperlihatkan bakat Ogy berlakon, menyanyi, menari dan bermonolog secara eksklusif.
Tak sabar menanti persembahan Ogy tak lama lagi. Wanita hebat yang masih aktif dalam dunia ini pernah meraih beberapa anugerah antaranya Pelakon Harapan Terbaik (Ceritamu Ceritamu – 1979), Aktres Terbaik (Ali Setan – 1986), Aktres Terbaik (Puteri – 1987), Pelakon Wanita Popular ABP-BH 87 dan Penghibur TV Popular ABPBH 97/98.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barang kali umum sedia maklum dan pernah mendengar orang berkata, “di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita di belakangnya”. Itulah ungkapan yang paling bertepatan menggambarkan perasaan Y.A.M Raja Datin Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah saat berkongsi hantaran di laman Facebook miliknya semalam.
Alhamdulillah.. Syukran.. Congratulation To My Beloved Hubby.. Million Thanks To Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Rustam.. Thank You For The Appreciation.. Much Appreciated..
Some Won’t Appreciate You No Matter How Much You Do For Them.. Release Yourself.. Go Where You’re Appreciated And Understood.. There’s Always Someone Out There Willing To Appreciate You..
#itsourlifejourney
#troughthickandthin
Y.A.M Raja Datin Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah berkongsi di media sosial memaklumkan suami tercinta menjadi salah seorang penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2020.
Istiadat bersejarah tersebut telah berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri daripada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam sempena sambutan ulang tahun ke-71 baru-baru ini.
Adinda kepada Raja Di Hilir, Raja Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah serta adinda kepada Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah ini memaklumkan suami tercinta, Y Bhg Datuk Noor Azmi Bin Md Saad menerima penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk.
Untuk rekod, Darjah Mulia Seri Melaka atau D.M.S.M mula dikurniakan pada tahun 1971 pada orang perseorangan yang telah dan akan terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada negeri Melaka. Penerima darjah ini menerima gelaran Datuk sementara isterinya pula membawa gelaran Datin. Pada istiadat tersebut, Y Bhg Datuk Noor Azmi menerima selempang dan lencana darjah.
Y.A.M Raja Datin Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah kelihatan anggun mengenakan busana baju kurung rona coklat sedondon tudung rona polos. Wajahnya tambah anggun mengenakan solekan nipis yang manis dipandang.
Y.Bhg Datuk Noor Azmi Bin Md Saad merupakan pemilik RMI Harvest Sdn Bhd. Untuk rekod, Y.A.M Raja Datin Saidatul Mardiah seorang wanita yang aktif dalam aktiviti kebajikan dan kini melibatkan diri sepenuh masa menguruskan perniagaan bersama suami tersayang.
Tujuh individu lain yang turut dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya YBhg Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, YBhg Datuk Dr Ismail Ali, YBhg. Datuk Kamarudin Sedik, YBhg Datuk Chen Chee Hong @Chin Chee Hong, YBhg Datuk Hisham Hanif Khamis, YBhg Datuk Jamaluddin Ropa dan YBhg Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah.
Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 20 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka daripada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam sempena sambutan ulang tahun ke-71. Beliau menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di saat masyarakat Indonesia mudik lebaran baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Nirina Zubir dan suaminya, Ernest Fardiyan Sjarif atau Ernest Cokelat mengambil kesempatan melakukan siri jelajah dari Jakarta ke Pacitan dengan jarak perjalanan lebih 700 kilometer. Pasangan ini memilih untuk mengayuh basikal sepanjang perjalanan tersebut!
Pasangan selebriti ini memilih memulakan kayuhan pada Hari Raya kedua bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas yang boleh menyebabkan perjalanan mereka terganggu.
Bagi memastikan siri jelajah tersebut berjalan lancar, pelbagai persiapan rapi telah dilakukan oleh pasangan ini yang dikongsikan di laman Instagram milik Nirina Zubir.
“Menyiapkan segala sesuatu yang sangat penting untuk touring menggunakan basikal. Apalagi perjalanannya bukan 100 atau 200 kilometer, tapi lebih 700 kilometer. Jadi ini dia persiapan saya dengan suami,” tulis Nirina melalui muat naik di laman Instagram miliknya.
Pada usia 43 tahun, Nirina sememangnya amat mengambil berat soal pemakanan dan kesihatan dirinya dan mula jatuh cinta dengan sukan berbasikal sejak setahun yang lalu.
Malah, sebelum memulakan siri jelajah berbasikal bersama suami tersayang, baik Ernest mahupun Nirina memastikan keadaan kesihatan mereka berada pada tahap terbaik dan menjaga pengambilan makanan sepanjang bulan Ramadan.
Menempuh perjalanan yang jauh sememangnya memerlukan persiapan fizikal dan mental yang tinggi. Selain itu, keadaan basikal dan faktor cuaca juga banyak mempengaruhi kelancaran perjalanan yang jauh ini.
Masalah tayar pancit adalah antara masalah yang tidak dapat dielakkan sepanjang siri jelajah tersebut. Namun, Nirina dan suami bertuah kerana mempunyai pasukan khas yang membantu mereka dalam sebarang kesulitan sepanjang perjalanan tersebut.
Pada usia 43 tahun, wanita berdarah Minangkabau itu memilih berbasikal sebagai sukan kegemarannya. Katanya, berbasikal bukan sahaja mengeluarkan peluh malah dapat menikmati udara yang segar.
Pernah terhalang akibat pendemik Covid-19, kini Nirina berkata, dia kembali semula aktif dan merancang membuat kayuhan mengelilingi Indonesia.
“Saya mahu mengelilingi Indonesia naik basikal, saya mahu mengenal Indonesia menerusi sukan seperti berbasikal atau diving” katanya yang menganggap hobi dan siri penjelajahan bersama suami tersayang telah merapatkan lagi hubungan mereka berdua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.