Hasrat Che Ta atau Rozita Che Wan meraikan ulang tahun perkahwinan ke -10 pada 11 Disember ini terbantut selepas disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
Isteri kepada Zain Saidin itu bagaimanapun reda dengan ujian menimpanya.
“Ikutkan semua persiapan nak raikan ulang tahun perkahwinan ke -10 itu sudah siap. Jemputan, lokasi majlis, solekan, busana pun sudah diatur.
“Tapi apakan daya, pada 8 Disember lalu saya melakukan ujian kendiri COVID-19 dan keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali bukan omong kosong.
“Saya pun tak mahu risikokan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini. Jadi buat sementara waktu, tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai keadaannya kini yang melakukan kuarantin kendiri di banglo mewah di Damansara, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.
“Nak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam nak pecah otak. Saya pun batuk berterusan macam nak terbelah dada.
Ads
“Pada 9 Disember lalu, saya buat lagi ujian kendiri COVID-19 dan masih positif. Harap semua akan baik-baik saja selepas ini.
“Jadi kita jangan ambil mudah perihal virus ini yang belum lagi ‘nyah’ dalam hidup kita,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Che Ta baru saja selesai penggambaran program masakan Cuit Cuit Che Ta musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey bulan Ramadan depan.
“Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod itu bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu dalam kalangan artis sebagai ‘chef’ masakan.
“Selepas itu, saya akan jadi juri program The Mask Singer musim keempat. Selain itu saya akan lancar produk terbaharu ByRCW awal tahun depan,” dedahnya yang turut menerima anugerah dari Bumiputera Business Excellence Award 2023.
Setakat ini, Zain dan anak perempuan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana negatif Covid-19. Moga aktres jelita ini segera sembuh dan rumah tangga Che Ta berkekalan sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, Noh Salleh selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa, petang semalam.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Menurut sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa Fatin menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran. Difahamkan juga, pasangan ini dijangka diijabkabulkan pada 23 September 2023.
Wanita pilihannya itu bernama Fatin Athira Mustapa yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor
Terdahulu, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai pada bulan Ogos tahun lalu. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.
Tahniah NONA ucapkan. Semoga perhubungan ini diredhai dan terus ke jinjang pelamin.
Sumber: Berita Harian, Utusan TV
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi pencinta jenama mewah dari Jerman, Aigner, anda kini boleh berkunjung ke LaLaport Bukit Bintang (BBCC).
Aigner baru-baru ini mengumumkan pembukaan butik terbaharunya di lokasi elit tersebut yang terletak di tengah-tengah pusat membeli belah terkemuka. Aigner LaLaport BBCC merupakan butik ketiga yang terletak di Kuala Lumpur dengan flagship berada di Pavilion KL serta Suria KLCC.
Butik seluas 1,296 kaki persegfi ini menerapkan suasana santai di samping sentuhan dekorasinya yang minimalis. Secara tidak langsung, ia mengekalkan nilai estetika yang eksklusif dan bergaya.
Selain itu, rona neutral melatari segenap ruang butik dengan paduan kemasan metalik yang sangat elegan.
Hiasan yang diperkemaskan serta ketenangan aksen menonjolkan lagi rona coklat, kuning air dan hijau yang klasik dan neutral. Saat kaki melangkah ke ruang butik, pengunjung akan disajikan dengan paparan video terbaharu Aigner yang dimainkan di skrin LED 75 inci.
Antara koleksi terbaharu yang diletakkan di meja pameran ialah Mariella Bag Dadino S yang boleh diperoleh secara eksklusif di Aigner LaLaport Bukit Bintang City Centre.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genting Highlands cukup terkenal sebagai taman tema keriangan dan lokasi percutian popular di kalangan mereka yang sukakan suasana sejuk dan mendamaikan. Dikelilingi landskap semula jadi dan sering menjadi tumpuan pelancong dalam serta luar negara, pembinaan Best Western Premier Ion Delemen (BWP Ion Delemen) di puncak pusat peranginan ini menghidangkan lokasi percutian mewah penuh eksklusif.
Sejak dibuka kepada umum pada penghujung April lalu BWP Ion Delemen tidak pernah sunyi menerima kunjungan tetamu. Pembinaannya di atas tanah seluas 10.2 ekar dan berada pada ketinggian 6, 000 kaki di atas paras laut menerbitkan pemandangan indah buat pengunjung.
Tambahan pula, panorama hotel yang diselaputi awan dan tiupan bayu dingin bersandarkan struktur bangunan serba moden menyerlahkan nilai eksklusif hotel milik Ion Delemen Hospitality Sdn Bhd yang juga anak syarikat Kumpulan Syarikat NCT ini. Apa yang pasti, pelancong yang menginap dan gemar meneroka persekitaran alam menghijau bakal terpukau dengan keindahan di sini.
Lebih membanggakan, pengurusan hotel yang dikendalikan Ion Delemen pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Salah satunya, Seni Bina Hotel Terbaik Malaysia 2015-2016 dan Pembangunan Perumahan Bertingkat Tinggi Terbaik Malaysia 2015-2016.
Hotel berkonsepkan resort yang mempunyai 246 bilik deluxe dan suite dengan pilihan satu, dua atau tiga bilik tidur ini merupakan satu-satunya hotel yang dibina di Genting Highlands dengan kemudahan perhotelan berskala besar. Sambil menginap, anda juga dapat menjamu selera di rangkaian restoran yang ada selain melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
Antaranya, kesediaan fasiliti gimnasium, sauna, kolam renang yang dilengkapi sistem pemanas termasuk lapangan untuk sukan mencabar seperti flying fox dan taman permainan kanak-kanak.
Di sebalik simbolik nama hotel yang diambil daripada konsep Feng Shui, kehadiran rangkaian hotel terbesar dunia ke Genting Highlands ini juga menjadi mercu pelancongan hebat negara apatah lagi dengan pembukaan 20th Century Fox World dan Genting Highlands Premium Outlet.
Ulasan terperinci tentang BWP Ion Delemen telah Nona lampirkan dalam edisi Oktober 2017. Di samping dapat dijadikan rujukan untuk melancong, anda juga mungkin menjadi salah seorang pemenang yang kami cari untuk membawa pulang baucer penginapan 2 hari satu malam berserta sarapan pagi untuk dua orang di sini. Jadi, dapatkan majalah Nona di pasaran sekarang dan hantarkan butiran diri berserta jawapan yang lengkap.
Semoga berjaya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.