Perut yang buncit dan menggeleber sudah pasti menjejaskan penampilan khususnya bagi golongan wanita. Pelbagai cara diusahakan untuk mengatasi masalah ini namun tetap juga tidak berhasil. Impian anda untuk memiliki perut indah akan tercapai dengan melakukan 12 langkah mudah ini setiap hari. Ia cukup mudah, murah serta berkesan jika diamalkan secara rutin.
1. DUDUK TEGAK
Tubuh yang kerap membongkok boleh menyebabkan bahagian bawah perut kelihatan lebih besar. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, kencangkan otot di bahagian bawah perut dengan menarik bahu ke belakang sementara dagu ditarik ke atas. Posisi ini menjadikan postur tubuh lebih baik.
2. AKTIVITI DI RUMAH
Lakukan aktiviti anda sendiri antaranya mengangkat barang, membersihkan persekitaran rumah, menyapu sampah dan sebagainya. Aktiviti ini dapat membakar sekurang-kurangnya 350 kalori dalam tempoh sejam.
3. LATIHAN UNTUK PINGGUL
Otot pinggul yang kuat sangat penting untuk membentuk otot perut yang indah. Sekiranya anda melakukan latihan untuk mengencangkan otot pinggul, otot di sekitar pinggang juga terlatih. Otot perut bahagian bawah turut mengencang.
4. BERJALAN KAKI
Ads
Aktiviti berjalan dapat membantu anda menggerakkan tubuh bahagian bawah termasuklah mengencangkan otot perut.
5. LATIHAN UNTUK PERUT
Baring secara terlentang di atas lantai dan letakkan kaki di kerusi. Angkat kepala serta tubuh secara perlahan-lahan menghala ke hujung kaki. Kemudian kembali ke posisi asal dengan perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 10 – 12 kali, dua hingga tiga kali seminggu.
6. MENGENCANGKAN PERUT
Baring di atas lantai dan letakkan tangan di sisi tubuh. Bengkokkan lutut sebanyak 90 darjah. Kencangkan otot perut dan tekan punggung ke lantai. Angkat pinggul dari lantai dan tahan beberapa saat lalu turunkan. Lakukan sebanyak 10 -12 kali, dua ke tiga kali seminggu.
Ads
7. MEMBENTUK GARIS PINGGANG
Baring secara terlentang, bengkokkan kedua-dua lutut. Posisikan pergelangan kaki kanan di atas lutut kiri dan letakkan tangan di belakang leher. Pastikan kedua-dua siku mengarah ke sisi luar tubuh. Angkat kepala dan punggung. Tahan beberapa minit dan turunkan tubuh ke posisi asal secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak 10 – 12 kali untuk kedua-dua sisi tubuh. Lakukan sebanyak dua ke tiga kali seminggu.
8. MENJAGA WAKTU TIDUR
Usah abaikan waktu tidur anda. Kurang tidur akan menyebabkan metabolisme tubuh anda terganggu. Ia turut memberi kesan kepada bentuk tubuh anda.
Ads
9. AKTIVITI BIASA
Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk ke gim, apa kata anda lakukan cara yang paling mudah seperti berjalan atau brisk walk sambil menikmati pemandangan luar, bermain lompat tali atau bermain dengan anak-anak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih sihat dan cantik. Hati juga pasti lebih bahagia.
10. MAKAN BUAH SETIAP HARI
Buah-buahan mengandungi serat yang tinggi untuk melancarkan sistem pencernaan. Jika tidak, perut akan kelihatan kembung dan buncit.
11. MINUM BANYAK AIR
Air putih boleh membantu untuk memberi rasa kenyang serta tidak mengandungi kalori. Selain itu, air turut membantu melancarkan fungsi metabolisme tubuh.
12. HINDARI ALKOHOL
Minuman beralkohol sememangnya tidak mengandungi lemak. Namun begitu, kandungan kalorinya adalah tinggi. Minuman beralkohol boleh meningkatkan penghasilan kortisol yang menyebabkan perubahan bentuk perut di bahagian bawah menjadi lebih besar dan buncit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak ingin kelihatan muda dan segar biarpun usia semakin meningkat? Sekiranya anda juga begitu, usahlah bimbang kerana ada caranya untuk tampil muda dan cantik sepanjang masa. Ingin tahu muslihatnya?
Ketika anda bersolek, samarkan kedutan yang mulai muncul dengan bantuan produk solekan jenis Ia dapat membantu memantulkan cahaya di samping menangkis bayangan. Penyamar cela kurang sesuai digunakan kerana ia hanya akan menyebabkan kedutan serta garis-garis halus yang berada pada wajah semakin jelas kelihatan.
Selain itu, anda turut digalakkan untuk menggunakan masker. Tujuannya ialah untuk menegangkan kulit wajah anda. Di samping itu, masker turut berfungsi membersihkan segala kotoran pada pori-pori wajah seterusnya melembapkan kulit.
3. Cerahkan bahagian mata anda dengan membentuk alis mata secara berhati-hati. Alis mata yang dijaga rapi akan memberikan impak mata yang hidup serta akan membingkai wajah dengan sempurna.
4. Sebolehnya, sentiasalah memakai maskara hitam untuk mendapatkan impak segar dalam kadar segera!
5. Sekiranya anda memiliki rambut yang panjang, dandanlah dengan ikatan ke atas atau poni. Selain bergaya muda, cara ini juga mudah untuk menarik kulit di sekitar bahagian dahi serta pipi anda sehingga kelihatan lebih tegang. Dengan itu, segala kedutan dan garis-garis halus dapat dilindungi.
6. Gunakan pelembap yang bagus kualitinya sebagai ‘makanan’ kepada kulit sehingga terjaga kekenyalannya.
7. Pastikan pelembap anda bebas daripada minyak mineral supaya tidak menyumbat pori-pori yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.
8. Rawatlah wajah anda secara teratur pada setiap hari. Jangan lupa memakai pelembap, lakukan pengelupasan dua kali sebulan serta mengamalkan krim tabir suria.
9. Usah keterlaluan mencuci wajah. Mengikut Pakar Dermatologi dari University of Maryland Medical Centre, air paip boleh menyebabkan kulit kering serta kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Jika dicuci dengan kerap, anda akan membilas sekali minyak perlindungan ini.
10. Amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Jika anda benar-benar ingin kekal cantik dan muda, mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Jauhi sinaran matahari terus ke kulit, sentiasa gunakan krim tabir suria dan krim pelembap serta berhenti merokok.
11. Makan secara seimbang dan minumlah air putih secukupnya. Kulit akan kekal lembap serta anjal. Selain itu, garis-garis halus juga berkurangan.
12. Jauhi stres dan amalkan senaman secara rutin. Apabila tubuh anda sihat maka ia akan memberikan kesan yang baik kepada kulit anda. Wajah akan sentiasa kelihatan bermaya dan berseri-seri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilik nama penuh, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama pentas Sophia Albarakbah merupakan pendatang baru dalam industri seni tanah air, sepanjang enam tahun berkecimpung namanya meledak secara kontroversi apabila terpalit cinta lokasi bersama aktor sensasi Aliff Aziz.
Bagaimanapun, NONA enggan menyentuh kisah peribadi yang pernah dikaitkan dengan wanita anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Nona adalah Sophia bukan sekadar cantik dan menggoda, namun mempunyai latar belakang pendidikan yang memberangsangkan. Beauty with brain! Jadi ini beberapa fakta menarik tentang diri Sophia Al Barakbah yang tidak ramai tahu. Latar Belakang Jelitawan Sophia Al Barakbah!
1. Sophia AlBarakbah memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Kemudian mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).
6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.
7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.
8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.
Untuk rekod, pada tahun lalu, Sophia dikategorikan sebagai penyondol rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah apabila mulai akrab dan terjebak dengan cinta lokasi babaggi penggambaran Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Perkara berkenaan meledak apabila Bella mendedahkan bahawa Sophia menghubungi suaminya setiap hari dan memohon maaf kerana telah jatuh cinta kepada suaminya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sejuk perut ibu mengandung dikurniakan anak bijak dan membanggakan! Perkongsian pelakon jelita, Aleza Shadan yang memuat naik gambar anak perempuan sulungnya di media sosial baru-baru ini meraih perhatian peminat dan warga maya.
Mana tidaknya, bukan hanya mereka bangga melihat kejayaan anak selebriti berkenaan yang berjaya menceburi bidang penerbangan. Malah, rupa paras gadis bernama Elissa Haziqah itu turut mendapat pujian.
Rata-rata peminat aktres drama My Famous Ex-Boyfriend ini beranggapan Elissa mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Selain Ellisa, Aleza atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan turut mempunyai seorang lagi anak Perempuan iaitu Elliana Hazirah.
Melihat wajah puteri kesayangan Aleza, tak hairanlah kedua-duanya cantik. Tengok saja ibu mereka yang tetap anggun dan bergaya biarpun sudah meniti usia 48 tahun. Kalau bergambar dengan anak-anak nampak macam adik-beradik.
Moga kejayaan Ellisa menjadi kebanggaan ibu bapa dan ikutan ramai.
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.