Tinggi sungguh adab Kieda terhadap suami tercinta, Mohd Hilmi Mohd Zaki. Tidak hairanlah rumah tangga yang dibina selama lebih lapan tahun bertambah bahagia dan penuh kasih sayang. Tersentuh dengan pesanan pemilik Kieda Crepe House ini yang menjaga martabat dan maruah seorang suami.
Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalida Yusra selamat berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada 26 Disember lalu di samping suami. Berkongsi aktiviti sepanjang berada di sana, jelas terserlah kebahagiaan pasangan ini dapat sekali lagi menjadi tetamu Allah.
Kieda Berangkat Ke Tanah Suci Buat Umrah
Bersempena ketibaan tahun baharu 2025, usahawan ini menitip ucapan terima kasih terhadap suami sepanjang mendirikan rumah tangga. Kongsinya, “1 Rejab. 1.1.2025. Tahun ke-12 tahun sudah kita bersama. Terima kasih for everything. Takkan ada yang dapat menggantikanmu. Lelaki hebat.
Lelaki yang sentiasa letak isteri di hadapan dahulu, kemudian baru diri sendiri. Suami yang sentiasa protect isteri walaupun Kieda banyak ikut kepala sendiri kadang.
Kerja rumah semua dia buatkan, pakaian isteri semua dia atur, pack baju dia handle. Anak sekolah semua dia urus.
Ads
Kieda sampai taktau nak buat apa, semua dia buatkan. Dia selalu pesan, dia cuma nak Kieda setia, sayangkan dan hargai dia saja.
Semoga kita berdua terus bercinta sampai ke syurga sayang. Semoga tiada yang berubah hati walaupun berkelai macam dunia nak meletup. Sebab lepas bergaduh lagi bertambah manis rindu dan sayang untuk mu.”
Dalam pada itu, ibu dua anak ini turut memberi pesanan bermakna terhadap wanita yang bergelar isteri.
“Letakkan suami di tempat yang betul. Di tempat yang tinggi walaupun dia tak kaya atau takda pangkat atau pendidikan kurang daripada kita. Kita isteri, kedudukan kita tetap dibawah suami walaupun gaji dan pangkat kita lebih besar dan tinggi daripada suami.
Bila isteri letak dan terima hakikat ni, baru isteri akan nampak perubahan berlaku dalam rumah tangga. Doa isteri ni mustajab. Selalulah berdoa yang baik-baik.
Sebelum nak betulkan orang lain, kita betulkan dulu diri kita. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan buat kita semua.”
Usahawan kelahiran Kedah ini juga dikenali sebagai pempengaruh di media sosial kerana kejayaannya mengusahakan empayar Kieda Crepe House. Dia mendirikan rumah tangga dengan Hilmi Zaki pada 12 Mac 2016.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan kerana terus komited menyuarakan isu berkaitan kesihatan mental. Rentetan pelantikan beliau sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember tahun lalu, kini Tengku Puteri Iman Afzan menjalin kerjasama dengan Universiti Heriot-Watt Malaysia untuk tujuan sama.
Menerusi perkongsian Green Ribbon Group (GRG) baru-baru ini, Tengku Puteri Iman menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertama GRG dengan Universiti Heriot-Watt Malaysia.
Ini merupakan Mou pertama GRG dalam menyampaikan kesedaran mengenai kesihatan mental. Ujar Tengku Puteri Iman pada majlis tersebut, “Saya tidak boleh menekan betapa pentingnya perbualan berterus-terang dalam soal empati dengan pengalaman dan perspektif yang berbeza.”
Beliau kemudian menyertai forum kesihatan mental belia bersama Yayasan TM. Dalam majlis pelancaran forum berkenaan, Tengku Puteri Iman memberitahu, “Keupayaan untuk mengurus cara kita berfikir, merasa dan bertindak, dari segi cara kita mengendalikan tekanan, berhubung dengan orang lain dan membuat pilihan adalah kemahiran yang boleh diajar.”
Tidak hanya dikagumi ramai kerana kecantikan yang dimiliki bahkan Tengku Puteri Iman yang juga seorang ibu menjadi sumber inspirasi memandangkan sikapnya yang sentiasa menyebar aura positif.
Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan ini sekaligus dapat membawa dan membantu usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran kesihatan mental, rawatan serta cabaran dasar.
Menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 ketika pandemik Covid-19 satu penghormatan. Kesihatan mental tidak boleh diperjuangkan sendirian, ia memerlukan segala input dan saya menantikan 2022 yang amat memberangsangkan.
Tengku Puteri Iman Afzan akan ditauliah di Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB di New York. Pelantikannya turut disokong Presiden WFMH, Setiausaha Agung, Presiden Dipilih dan Naib Presiden Serantau untuk Amerika Utara dan Caribbean.
Penugasan itu berikutan pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia dari 10 Oktober 2020 hingga 10 Oktober 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Istana Negara semalam.
Foto: Instagram @istana_negara
Keberangkatan tiba Seri Paduka, yang merupakan pengasas dan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, turut diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid serta Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Foto: Instagram @istana_negara
Kemunculan Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah ke majlis rasmi itu turut mendapat perhatian umum.
Turut hadir 400 tetamu terdiri daripada pereka fesyen tempatan dan delegasi penggiat tekstil dari 13 negara yang mengambil bahagian dalam simposium yang berlangsung sejak 25 Sept hingga Jumaat ini.
Foto: Instagram @istana_negara
Acara malam ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan serta pertunjukan busana tradisional termasuk songket dan tenun Pahang. Sekumpulan kanak-kanak cilik turut mempersembahkan tarian tradisional Ketipang Payung untuk para hadirin.
Foto: Instagram @istana_negara
Persembahan kebudayaan itu bagi memperkenal keunikan serta kepelbagaian kesenian, budaya dan etnik Malaysia kepada wakil-wakil negara luar.
Foto: Instagram @istana_negara
Simposium itu, yang diadakan secara dwitahunan, bertujuan menghimpunkan penggiat seni tekstil ASEAN dan rantau lain untuk berkongsi maklumat mengenai keunikan masing-masing.
Foto: Instagram @istana_negara
Simposium anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja itu mempamerkan keindahan tekstil Malaysia termasuk songket dan batik selain teknik pembuatan warisan Melayu seperti tekat, tenun, telepuk dan menggerus untuk dipelajari oleh masyarakat dunia.
Sempena simposium itu, 19 kertas kerja akan dibentang oleh wakil 13 negara termasuk Brunei, Indonesia, Kemboja, Kanada, India, Filipina dan Myanmar khususnya bagi membincangkan pemeliharaan seni serta kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ASEAN.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal Priyanka Chopra Jonas akhirnya membuka mulut berkongsi kisah dengan orang ramai penyebab kenapa dia meninggalkan industri Bollywood. Memetik CNN, Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ‘ditolak’ ke satu sudut ketika itu.
Dalam sebuah temubual di podcast “Armchair Expert”, aktres berusia 41 tahun itu ‘penat’ dengan permainan politik industri Bollywood.
Bintang “Matrix Resurrections” dan juga merupakan isteri kepada penyanyi dan pelakon Nick Jonas itu juga berasa kecewa dengan penerimaan penggiat industri yang tidak memberinya peluang uji bakat malah ada segelintir pihak seolah tidak senang dengan kehadirannya.
“Saya tidak pernah kongsikan hal ini sebelum ini,” katanya.
Mengaku lelah dengan keadaan, isteri kepada Nick Jonas ini mengambil peluang terbang ke Amerika dan bekerja dengan beberapa penggiat industri muzik terkenal sehingga berjaya menandatangani perjanjian dengan Interscope Records sebagai penyanyi pada awal 2010.
Namun selepas bekerja dengan beberapa penyanyi rap antaranya Pitbull dan Will.i.Am, Chopra Jonas berkata dia menyedari bahawa dia lebih sesuai untuk menjadi pelakon.
Dia mula mengejar peranan di Hollywood kerana berasa berdepan dengan masalah mendapat peluang membawa watak diidamkan di India.
Selepas pertemuan dengan eksekutif pencarian pelakon stesen televisyen ABC, Chopra Jonas mengikuti uji bakat untuk rancangan drama bertema perisik berjudul, “Quantico.”
“Saya membaca skrip supaya saya tahu apa rentak drama itu malah saya bekerja dengan jurulatih lakonan,” katanya yang membawa watak sebagai Alex Parrish.
Chopra Jonas mendapat peranan dan membintangi drama bersiri “Quantico” sebagai FBI untuk tiga musim drama bersiri itu dari 2015 dan 2018.
Sumber: Astro Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.