‘Humble’ & Ceria, Penampilan Klasik TENGKU PERMAISURI SELANGOR Berbusana Tradisi Raih Perhatian!

Sejuk mata memandang persona Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin baru-baru ini. Anggun mengenakan persalinan tradisi, keramahan Baginda yang sering mengukir senyuman membuatkan khalayak terpikat dengan peribadi Tengku Permaisuri Selangor.

Pada 28 November lalu, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 hari kedua dan ketiga yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam.

Selaku Pro Canselor UiTM, Baginda berkenan menyampaikan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Professional dan Diploma membabitkan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Arshad Ayub Graduate Business School, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan Institut Pengangkutan Malaysia.

Credit Instagram @selangorroyalofficial
Credit Instagram @selangorroyalofficial
Credit Instagram @selangorroyalofficial
Credit Instagram @selangorroyalofficial
Credit Instagram @selangorroyalofficial

Paling menarik perhatian ialah penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor yang cukup elegan berbusana songket rona biru. Biarpun minimalis, namun terserlah kejelitaan Baginda.

Lebih istimewa pada hari ketiga istiadat, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan memakai barang perhiasan termasuk loket yang disembahkan oleh pihak UiTM.

Credit Instagram @selangorroyalofficial
Credit Instagram @selangorroyalofficial
Credit Instagram @selangorroyalofficial

Perhiasan eksklusif yang diberi nama “Newness & Timeless” ini adalah hasil seni rekaan yang diinspirasikan daripada keindahan dan keunikan motif Melayu pada kain songket serta diberi nafas terkini dengan gabungan elemen lama dan baharu.

Ia direka oleh Fardliana Ismail, pelajar Seni Reka Logam Kontemporari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM. Untung pelajar berkenaan kerana hasil karyanya digayakan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

IKLAN
Share