
Hermes memang cukup sinonim dengan gaya hidup mewah dan serba eksklusif. Jenama antarabangsa ini juga bagaikan sudah ‘sebati’ dalam kalangan selebriti kaya dan terkenal termasuk usahawan ternama di seluruh dunia.
Harga bagi satu beg tangan Hermes pula bukan calang-calang. Bermula dengan harga sekitar puluhan ribu ringgit, beg tangan Hermes juga boleh mencecah jutaan ringgit!




Ditubuhkan sejak tahun 1837, produk Hermes pada mulanya lebih kepada peralatan ekustarian seperti harnesses dan saddles yang selalu digunakan untuk menunggang kuda.
Hasil kreativiti dan inovasi, Hermes berani menghasilkan himpunan produk unik yang lain seperti yang ada di pasaran ketika ini.
Walau ramai yang mengenali jenama ini kerana koleksi beg tangan yang pelbagai, rumah fesyen ini sebenarnya menghasilkan banyak lagi produk-produk yang menjadi ikon selama bertahun-tahun. Tidak hanya terikat dengan tas tangan Hermes Birkin dan Grace Kelly.




Produk Hermes juga terdiri daripada bagasi ke aksesori seperti scarf, jam tangan, barang kemas dan juga perhiasan rumah.
Berikut, Nona senaraikan produk paling ikonik dari rumah fesyen mewah Perancis ini dan pastinya menjadi idaman serta buruan penggemar label mewah.
Hermes Grace Kelly
Hermes Bracelet
Hermes Constance
Hermes Sandal
Hermes Watch
Hermes Scarf
Hermes Belt
Rahsia Penampilan Elegan Menjelang Hari Raya, Elizad Sharifuddin Dedah Koleksi Pakaian Dalam Pilihannya

Adat orang berpuasa, sudah tentulah bentuk badan berubah sepanjang sebulan melaluinya. Kalau baju makin longgar dan seluar pun rasa besar, itu tandanya badan anda dah susut. Tapi ada satu perkara lagi yang berubah serta jarang disedari wanita iaitu di bahagian payudara.
Bentuk payudara wanita akan mengendur akibat berat badan dan massa otot yang berkurangan. Tambah-tambah lagi kalau anda seorang yang aktif, tindak balas Cooper’s Ligament iaitu tisu yang menyokong payudara, semakin lemah.
Tanpa pemakaian bra yang betul sesuai dengan perubahan bentuk badan anda, pasti penampilan menjelang Hari Raya nanti jadi kurang menarik. Malah baru-baru ini, Nona sempat bersama aktres dan pengacara terkenal, Elizad Sharifuddin berbicara panjang tentang topik pakaian dalam.
Jom tonton perkongsian Elizad ini…
PILIHAN WANITA
Payudara anda terhasil daripada tisu-tisu termasuklah tisu lemak serta lobus dan duktus untuk penyusuan bayi. Apabila berat badan bertambah, saiz payudara juga membesar.
Apabila berat menurun, ia juga mengecut mengikut jumlah lemak. Jumlah lemak ini pula bergantung pada komposisi payudara wanita dan ia berbeza di antara satu sama lain. Sebab itulah wanita dinasihatkan agar selalu menukar bra mengikut ukuran terbarunya.
Selain faktor berat badan, tidak dinafikan saiz payudara juga berubah selepas baligh, perubahan hormon sewaktu menstruasi, kesan pengambilan pil perancang, proses kehamilan dan penyusuan bayi, implan atau fasa menopaus.
Memahami keperluan payudara yang sentiasa berubah-ubah, jenama pakaian dalam dari Jepun, Wacoal menawarkan pelbagai rekaan dan potongan bra yang menepati cita rasa.
Kajian Wacoal mendapati 71% wanita salah faham tentang saiz payudara mereka dan 54% lagi memakai bra lebih kecil dari saiz sepatutnya.
Sepasang bra yang baik seharusnya memberi keselesaan dan membetulkan postur badan wanita. Hasilnya, payudara akan kelihatan lebih natural, lebih terletak dan menyerlahkan siluet yang lebih kemas.


Menjelang Syawal, penampilan wanita pasti lebih manis dalam persalinan baju kurung. Elizad, 36 tahun, yang juga merupakan entrepreneur fesyen AWAN KL By Elizad turut mengutamakan pemakaian pakaian dalam yang sesuai agar tubuh badannya kelihatan lebih elegan.
“Memandangkan kes COVID-19 masih tinggi, jadi saya rasa lebih selamat untuk membeli pakaian dalam dari rumah.
Mudah saja memesan bra WACOAL sekarang, banyak pilihan dan ada panduan fitting guide yang bagus untuk pelanggan beli bra yang tepat” Elizad Sharifuddin
Laman web Wacoal (klik sini) kini dipermajui dengan pelbagai ciri-ciri baharu untuk kemudahan anda membeli-belah secara online. Terdapat banyak koleksi pakaian dalam yang boleh didapati, bukan sahaja berkualiti dan berinovasi, tetapi juga selesa dipakai sepanjang hari.
Wacoal turut mempunyai Pusat Penyelidikan Sains Manusia di Jepun yang bertujuan untuk menjalankan kajian saintifik mengenai kecantikan, kesihatan dan tubuh wanita bagi pengembangan produk.
Eksklusif! Guna PROMOCODE: NONA100 untuk jimat RM100 apabila anda membeli koleksi pakaian dalam Wacoal sebanyak RM300 secara online. Promosi bermula dari 30 April hingga 16 Mei 2021 dan boleh ditebus sekali untuk setiap pelanggan sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
TIP BELI BRA BARU

Seperti bermekap dan memakai baju raya yang cantik, memakai bra yang betul juga pasti menyerlahkan penampilan dan keyakinan seseorang meskipun tidak kelihatan.
Setiap bra mempunyai jangka hayatnya. Ia harus kerap ditukar sekurang-kurangnya setahun sekali mengikut ukuran terkini payudara anda.
Jadi, inilah masa terbaik untuk mendapatkan bra yang baru! Ayuh semak tip bijak di bawah:
- Perhatikan bra sedia ada, adakah ia kelihatan lusuh, hilang bentuk cup, wayar besi cup rosak atau tali bahu semakin longgar?
- Ukur saiz payudara terkini apabila berlakunya pertambahan atau pengurangan berat badan.
- Pilih rekaan bra yang menepati tema perayaan, contohnya dari fabrik renda dan berwarna. Warna kuning dan hijau sesuai untuk Hari Raya.
Sepanjang kehidupan wanita, banyak momen hebat yang berlaku dari saat kita mula bekerja, berkahwin dan mempunyai anak. Semuanya tersusun indah dan menyempurnakan perjalanan hidup ini dengan penuh bermakna.
Kerana itu, raikanlah setiap perubahan bentuk badan yang berlaku dengan rasa bangga. Demi keselesaan dan keyakinan diri, jangan lupa untuk memilih bra yang baik pada setiap masa kerana bra kita adalah penyokong kita.
#SayaBRAni untuk semua wanita hebat!
Anda Pekerja Hebat Atau Biasa-Biasa? Baca Karakter Seseorang Melalui Beg Tangannya

Beg tangan merupakan asas gaya setiap wanita berkerjaya. Selain berfungsi menyimpan purse, smartphone dan mekap, di dalamnya juga mungkin terisi barangan berkaitan kerja seperti laptop, tablet atau kertas kerja.
Tapi tahukah anda bahawa pemilihan beg juga boleh menentukan kredibiliti dan gaya kerja seseorang?
Office bag lambang semangat dalam kerjaya. Pilih beg yang tepat bukan kerana keindahannya semata-mata tapi sesuai dengan cita-cita dan impian yang diburu. Kali ini Nona menelusuri jenis-jenis beg serta saiznya, dan terpulang anda untuk memilih mana satu yang paling tepat dengan lapangan kerja masing-masing.
Ketika bertamu ke acara pembukaan butik baru Lancel di Pavilion Kuala Lumpur, beberapa koleksi sempena Spring Summer 2020 dipertontonkan kepada media. Antara yang menarik perhatian adalah Ninon (RM2,450 – RM3,200) rekaan terbaik buat wanita berkerjaya yang mementingkan praktikaliti serta gaya sofistikated.
OFFICE BAG PILIHAN NONA
(a) Beg Bahu


Beg jenis ini merujuk kepada semua jenis rekaan yang boleh digayakan dengan menyangkutnya ke bahu. Kebiasaan beg jenis ini memiliki satu atau dua tali.
Tip Nona: Kepanjangan tali beg harus disesuaikan dengan ketinggian anda. Bagi wanita rendah, pastikan tali tidak terlalu labuh atau melepasi paras pinggang.
Karakter Pemakai: Beg bahu dengan warna-warna gelap atau neutral melambangkan sifat pemakainya yang mampu multitasking. Sementara warna-warna pastel menceritakan watak pemakainya yang sukakan kelainan.
(b) Beg Satchel


Ia adalah beg jenis kulit yang hadir dengan bahagian bawah berbentuk leper dan memiliki dua tali pemegang.
Tip Nona: Memandangkan beg satchel tidak berstruktur, elakkan mengisi barangan bersegi yang besar atau berat. Contohnya beg dompet oversized.
Karakter: Pemakainya seorang yang klasik dan selalu bersedia untuk sebarang kemungkinan. Pemilik beg satchel juga biasanya seorang yang membawa pelbagai jenis barang dalam begnya.
(c) Beg Clutch


Clutch biasanya tidak bertali dan hanya selesa untuk dipegang. Ia boleh dikategorikan kepada santai dan juga glamor. Rekaan untuk gaya santai lebih bersahaja dan kosong tanpa sebarang perincian manakala untuk majlis glamor ia hadir dengan tatahan batuan ataupun juraian manik.
Tip Nona: Sesuai untuk acara semi formal atau jemputan rasmi selepas waktu pejabat. Isikan keperluan penting seperti kad pengenalan, kad-kad utama dan kad nama anda sahaja, selain smartphone.
Karakter: Seorang yang fashionable dan up-to-date. Dalam kerjaya, pemakai beg clutch didorong sifat teliti dan seni yang tinggi walaupun dia tampil dengan gaya ringkas.
(d) Beg Tote


Beg jenis ini hadir dengan tali pendek dan biasanya terbuka tanpa zip. Ia bersaiz besar kerana fungsinya untuk membawa banyak barang.
Tip Nona: Jika anda bertubuh kecil, pilih beg tote yang bersaiz sederhana. Beg yang bersaiz terlalu besar boleh ‘menenggelamkan’ anda.
Karakter: Seorang yang serba boleh serta mementingkan keseimbangan kerjaya dan kehidupan peribadi.
(e) Beg Hobo


Beg stail ini mempunyai satu sahaja tali dan disangkut pada bahu. Ia sesuai dengan anda yang sukakan gaya bohemian.
Tip Nona: Elakkan mengisi barangan yang terlalu banyak dalam beg hobo anda. Isikan barangan seperti kunci dalam beg kecil supaya lebih mudah dicapai memandangkan rekaan beg ini yang agak dalam.
Karakter: Jelas seorang yang agak relaks, tapi tegas membuat keputusan.
(f) Beg Messenger


Beg berbentuk petak ini hadir bertali panjang dan boleh disandang atau dipakai silang pada badan.
Tip Nona: Sebenarnya tidak perlu membawa sehingga dua beg (beg messenger dan beg satchel contohnya). Anda boleh memasukkan dompet dan segala barang keperluan lain dalam beg ini bersama laptop atau tablet yang dibawa.
Karakter: Sentiasa bersiap sedia dan rajin. Pemakai beg ini biasanya merupakan orang penting dalam kumpulan dan selalu menjadi ‘orang harapan’.
PANDUAN MEMILIH BEG
STAIL ON-THE-GO
Sebagai wanita bekerja, pilih beg yang paling versatil dan multifungsi. Beg yang dicadangkan adalah jenis tote. Namun dalam memilih rekaannya, biarlah kena pada lokasi yang dituju.
PEJABAT
Untuk ke pejabat, pilih tote bag yang diperbuat daripada kulit kerana versi ini lebih nampak serius dan mahal. Jangan lupa untuk menyimpan satu jenis clutch di dalam beg anda, ia sebagai penyelamat jika anda perlu mengakhiri mesyuarat ataupun perjumpaan anda boleh membimbit beg clutch tersebut.
HUJUNG MINGGU
Gaya ideal beg untuk hujung minggu adalah yang diperbuat daripada jenis kanvas dan juga fabrik jenis ringan. Pilih rona yang lebih menarik dan ceria, sesuaikan dengan busana yang anda sarungkan.
Lars Schmidt Dedah Strategi Baru Swarovski, Bakal ‘RAMPAS PERHATIAN’ Sedikit Masa Lagi!

Kesempatan menemu bual Pengarah Urusan Swarovski (Asia Tenggara & India), Lars Schmidt, Nona banyak mencungkil inspirasi perniagaan kristal ini dari cabaran pandemik COVID-19 yang melanda.
Meskipun kini berada di Singapura, beliau sudi ditemu bual secara online tentang hala tuju dan masa depan perniagaan Swarovski di Malaysia.
Bergemerlapan, berkilauan dan bersinar-sinar bak berlian. Begitulah iluminasi batu-batu kristal Swarovski yang sering dijadikan perhiasan fesyen dan barangan kemas wanita sejak 125 tahun lalu.
Kini sebagai pembuat kristal terbesar di dunia, Swarovski menghamparkan pelbagai inovasi dan lebih banyak rekaan hebat buat para penggemarnya.

Nona: Dalam situasi sekarang, adakah perniagaan Swarovski terjejas di negara ini?
Lars Schmidt: Di sebalik cabaran penularan penyakit berjangkit yang menjejaskan banyak perniagaan, saya melihat Swarovski di Asia Tenggara masih berpotensi untuk berkembang pesat. Kami juga yakin dengan strategi yang mampan, Swarovski mampu kembali menjadi pilihan utama pelanggan pada masa depan.
Nona: Kehendak membeli barangan perhiasan mungkin bukan keutamaan lagi pada waktu ini. Pendapat anda?
Lars Schmidt: Meskipun landskap fesyen kelihatan suram sepanjang tempoh pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi saya yakin harapan masih ada. Contohnya terdapat tanda-tanda positif di Malaysia menjelang suku kedua tahun ini.
Dengan pelbagai had, sekatan dan SOP ketat untuk penganjuran majlis-majlis sosial, ramai pelanggan yang mencari jalan alternatif bagi meluahkan kasih sayang serta perhatian mereka pada orang tercinta.
Tambahan pula semakin ramai yang duduk di rumah dan tidak berbelanja untuk melancong, jadi banyak lebihan simpanan yang boleh digunakan untuk membeli hadiah secara online.
Platform e-dagang sangat penting pada masa ini, selain kaedah penghantaran hadiah kepada ahli keluarga dan rakan yang lebih bersifat contact-free. Swarovski juga menawarkan khidmat penghantaran percuma untuk kemudahan pelanggan.
Nona: Kenapa nak shopping kalau tak boleh keluar dan berjumpa orang? Ini antara pandangan pelanggan terhadap industri fesyen masa kini. Jadi apakah strategi anda bagi mengatasi pandangan tersebut?
Lars Schmidt: Sungguhpun operasi butik Swarovski terjejas berbanding sebelum pandemik, tapi pesanan dari Internet meningkat. Pelanggan lebih suka membeli secara online mengikut keselesaan di rumah masing-masing.
Kami juga menjangkakan potensi besar dalam segmen e-dagang selari dengan pelancaran eCom kami sejak tahun 2019. Pada bulan Jun lepas, kami turut melancarkan website eCom dengan prestasi jualan yang menggalakkan. Jualan online dan mengembangkan pasaran operasi online kami adalah strategi paling ideal dalam situasi sekarang.
Kini kami mula membuat pendekatan ‘digital first’ bagi menguatkan jenama dan produk Swarovski ke arah pelanggan sasaran. Kami juga sudah merangka perancangan media secara 100% digital dan mengiklan secara programmatic, iaitu melalui media sosial, kempen dengan influencer serta digital content marketing.
Nona: Boleh kongsikan tentang pembukaan Swarovski Crystal Studio di Mid Valley Megamall bulan lalu?
Lars Schmidt: Lokasi Mid Valley Megamall yang terletak strategik di Lembah Klang menawarkan konsep jualan baru di pasaran.
Konsep terbuka di Swarovski Crystal Studio ini merupakan yang pertama di Asia Tenggara dengan membolehkan pelanggan bebas memilih, menyentuh dan mencuba terus barangan-barangan kemas Swarovski yang disukai. Engagement dengan konsumer juga bertambah mesra dengan persembahan konsep terbuka ni.
Nona: Bercerita tentang hadiah sempena musim perayaan Krismas dan Tahun Baru nanti, namakan produk-produk terbaru Swarovski yang sesuai dibeli?
Lars Schmidt: Secara peribadi, saya memilih koleksi di bawah ini sebagai saranan paling tepat untuk dijadikan hadiah.
Crystal Flower Watch
Dari rekaan yang klasik hingga kontemporari, Swarovski menawarkan himpunan jam tangan wanita buatan Switzerland yang diminati ramai. Koleksi ini diinspirasikan daripada flora, dengan bezel yang memaparkan jalinan garisan rose gold dan tatahan kristal. Nampak romantik dan sesuai untuk pemakaian harian.
Gelang The Elements Chain
Koleksi gelang tangan Swarovski yang mesti dimiliki. Terdapat pelbagai lagi idea gelang tangan Swarovski yang sesuai dijadikan hadiah mengikut pelbagai personaliti wanita.
Cincin Vittore
Bergaya dan elegan, cincin ini adalah stail kemestian anda. Ia juga cantik jika dikombinasikan dengan cincin lain untuk gaya stacking.