Syukur alhamdulillah, tanggal 15 Februari 2022 merakam satu lagi sejarah indah buat ‘The Pocket Rocketman’, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang apabila selamat menyambut kelahiran anak ketiganya.
Berita tersebut disampaikan sendiri oleh jaguh berbasikal trek negara itu melalui media sosialnya, sejurus kelahiran si comel.
Turut dikongsikan status kesihatan isteri tercinta, Datin Athiah Ilyana Abd Samat yang dalam keadaan sihat selepas melahirkan.
14 Rejab 1443H 15 February 2022
Alhamdulillah syukur.
Ads
Isteri saya selamat melahirkan cahaya mata ketiga kami pada awal siang tadi. Kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat dan berada di dalam keadaan yang terbaik.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.
Ads
Sehingga kini Datuk Azizul belum lagi berkongsi nama dan jantina bayi.
Terdahulu pada 30 Januari 2022 lalu, pasangan ini juga baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
Berusia 34 tahun, lelaki kebanggaan Malaysia yang sedang menetap di Melbourne, Australia itu kerap mengemas kini perkembangan diri serta latihannya di sana.
Hasil perkongsian hidup Datuk Azizul dan isteri, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata termasuk dua anak perempuan, Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
Antara pencapaian terkini wira sukan kelahiran Dungun, Terengganu itu adalah meraih pingat perak Olimpik dalam acara Keirin di Tokyo 2020.
Tahniah Datuk Azizul dan Datin Tya! Semoga kehidupan bertambah seri dengan kelahiran anak ketiga!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita sedar tentang kepentingan penampilan diri lebih-lebih lagi apabila bekerja di sektor korporat. Tugas yang banyak berjumpa dengan pelanggan atau tokoh korporat menjadikan penampilan sangat penting untuk meningkatkan keyakinan diri dan menjaga reputasi syarikat. Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menyertai kursus.
September lalu, Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA) Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Unit Latihan Ibu Pejabat JKDM telah menganjurkan ‘Bengkel Pemantapan Imej Korporat Bersama Majalah Nona’ bertempat di Putra Lounge, Aras 3 Selatan, Ibu Pejabat JKDM, Presint 2 Putrajaya. Peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai kanan kastam seramai 60 orang.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam mengenal pasti imej yang bersesuaian dengan majlis atau situasi. Selain itu, peserta juga dapat memahami kelebihan imej diri untuk diserasikan dengan budaya kerja dan organisasi serta dapat mengamalkan gaya keterampilan profesional yang disenangi ramai. Para pegawai juga dapat memenuhi keperluan untuk berhubung dengan orang lain dengan lebih efisien.
Antara slot yang telah diadakan adalah ceramah mengenai ‘Etika Membina Perhubungan Profesional’ yang telah disampaikan oleh Editor Majalah Nona iaitu Kiffy Razak. Slot ‘Tutorial Hijab’ telah diajar oleh Bee Ramza manakala ilmu menata rias telah disampaikan oleh jurusolek artis terkenal iaitu Ayang Kamell dengan kerjasama Avon yang menaja peralatan alat solek untuk para peserta. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Enam hari lalu, Mawar Rashid selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah ditemani suami, anak dan ibu tersayang. Sepanjang berada di sana, pelbagai kata-kata positif dan luahan rasa syukur dikongsikan pelakon cantik ini buat tatapan peminat di laman Instagram. Daripada banyak-banyak posting yang dimuat naik, salah satu perkongsian Mawar yang cukup memberi inspirasi adalah mengenai kecekalan dan kekuatan ibunda tersayang atau lebih mesra disapa dengan panggilan Abai.
Mengintai latar belakang Mawar, isteri Raf Yaakob ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam. Difahamkan ibu Mawar berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum
berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid. Meskipun Mawar kini sudah berumah tangga dan bergelar ibu kepada seorang anak, namun Abai sentiasa berada di sisinya dalam keadaan susah mahupun senang.
Tidak hairanlah Mawar sanggup membawa Abai ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Pastinya usahawan Mawar Rose ini merasakan ia adalah masa terbaik untuk membalas jasa insan istimewa tersebut. “Alhamdulillah syukur akhirnya dapat jejak di Tanah Suci dengan mummy Mawar (Abai). Dari Mawar habis sekolah, duk pasang niat nak bawak Abai pergi. Dan sekarang ni syukur we all dah sampai sini.
Walaupun Abai mualaf, tapi Mawar sangat respect dengan keinginan Abai. Abai dulu pasang niat nak jejak ke sini at least 7 kali. Dan kali ni ialah kali ke-4. Alhamdulillah Allah jemput kami kali ni.”
Dari gambar-gambar yang dimuat naik Mawar sepanjang mereka berada di Mekah, jelas terserlah keakraban ibu dan anak ini. Malah, peminat turut tersentuh melihat hubungan baik mereka berdua.
“Abai, adik nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau adik ada terbuat salah dengan Abai. Kalau adik ada terkasar, kalau adik ada buat Abai kecik hati. Abai memang the best mom, the best grandmother.. Adik tak dapat balas jasa Abai terlalu besar. Adik hanya boleh berusaha sebaik-baiknya untuk bagi kesenangan kat Abai. Adik tak nak terlambat cause I love you so much. And Abai dah banyak guna tenaga Abai untuk anak-anak sampailah sekarang.
Abai tolong jaga semua cucu-cucu Abai, termasuklah Rafael. Sampai sakit pinggang Abai.. Abai memang satu dalam sejuta Abai. Abai baik dengan semua orang, slalu nak
masakkan bagi orang, selalu nak tolong orang, pemurah, sangat lembut dengan orang, sangat rendah diri, sangat bijak, sangat rajin, sangat CEKAL.
I wanna be like you. Tu pun tak tahu mampu ke tak sebab tu adik selalu panggil Abai bidadari sbb Abai terlampau baik dengan anak-anak, cucu-cucu, keluarga dan semua
orang! I love you so much Abai. Doakan bisnes Mawarose berjaya Abai,” titip Mawar di Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/B8q75ypgMjw/
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti popular, Datuk Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Raden Muhammad Rafael.
Sebelum ini Mawar pernah menyuntik inspirasi ramai apabila dia berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan dan menghadiri majlis konvokesyen dalam keadaan sedang sarat mengandung. Meniti usia 25 tahun, keupayaan Mawar membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga nyata mengundang pujian peminat. Iyalah, bukan tugas mudah tu! Kalau tak kuat mental dan fizikal, hasrat tersebut tidak akan menjadi nyata.
Harapan Nona, semoga Mawar terus melakar kejayaan membanggakan dan menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita di luar sana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kajian menunjukkan menambah segelas susu dalam hidangan sarapan kegemaran Malaysia membantu memenuhi keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Apakah yang kurang dalam sarapan pagi rakyat Malaysia? Itulah soalan yang cuba dijawab oleh Dutch Lady PureFarm, susu sedia untuk diminum No. 1 di Malaysia, sewaktu pelancaran kempen sarapan pagi bersama hidangan kegemaran Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng.
Dutch Lady Malaysia menekankan kepentingan untuk keluarga Malaysia mendapatkan nutrien penting yang mencukupi daripada sarapan harian bagi membantu mereka memulakan hari dengan lebih bertenaga dan kuat.
Sarapan merupakan hidangan paling penting dalam hari anda kerana ia merupakan makanan pertama yang dimakan selepas tempoh 8 hingga 12 jam daripada hidangan terakhir yang dimakan.
Bekalan nutrien yang semakin kurang selepas 12 jam bermakna otak akan kekurangan tenaga apabila bangun pagi. Metabolisme tubuh juga memerlukan makanan untuk mula bertindak.
Oleh itu, sarapan perlu menyediakan nutrien penting yang cukup untuk membantu memenuhi pengambilan nutrien harian seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.
Sarapan juga perlu membekalkan nutrien makro dan mikro yang seimbang, termasuklah karbohidrat, protein, vitamin dan mineral.
Rakyat Malaysia biasanya makan nasi lemak, mi goreng dan nasi goreng terutamanya pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, pilihan sarapan ini tidak memberikan makro dan mikro nutrien yang mencukupi untuk memulakan hari anda dengan bertenaga.
Susu Dutch Lady PureFarm mengandungi nutrien penting berikut untuk membantu keluarga Malaysia memulakan hari mereka dengan lebih bertenaga:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muabellaz menerima Anugerah Tokoh Belia dalam Program Dari Akar Umbi Ke Jaguh Dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan kosmetik dan ikon belia yang berjaya membina empayar perniagaan dari Kedah.