Perlawanan akhir yang penuh aksi yang mendebarkan sehingga ke waktu penamat! Itulah gambaran yang boleh digambarkkan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar yang mana Argentina berjaya menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail. Ia sekaligus menghentikan kemarau 36 tahun negara tersebut dalam dalam sejarah bola sepak dunia.
Foto: IG@antonelaroccuzzo
Lebih manis, pemain terbaiknya, Lionel Messi berjaya menjulang trofi itu dalam perlawanan terakhirnya sekali gus dinobatkan sebagai seorang legenda dalam kariernya bola sepaknya.
Semangat berpasukan membawa hasil apabila usaha yang dilakukan untuk membawa Angel Di Maria sehingga mendahului pasukan lawan amat membanggakan. Argentina berjaya mendominasi perlawanan dalam tempoh 45 minit pembukaan menerusi dua jaringan gol, yang pertamanya dihadiahkan oleh Messi.
Foto: IG@antonelaroccuzzo
Pun begitu, menghampiri masa terakhir dalam separuh masa kedua, Perancis berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi tindakan pantas Mbappe.
Namun, sekali lagi Messi berjaya membuka ruang mendahului pasukan lawan apabila gol dijaringkan ketika masa tambahan. Keputusan yang pada awalnya didominasi oleh Di Maria kemudian berjaya dihalang sekali lagi oleh Mbappe menerusi sepakan penalti yang diperoleh.
Ads
Messi membawa ahli keluarganya menonton perlawanan akhir semalam.
Kedudukan terikat 3-3 mendorong sepakan penalti diadakan bagi menentukan juara.
Pada saat ini, Perancis tewas dan kehilangan trofi yang diidamkan selepas dua pemainnya, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan penalti. Argentina pula menukarkan keempat-empat pemain mereka untuk menobatkan karier legenda Messi.
Ads
Sergio Aguero, yang akan mengetuai barisan negara jika tidak dipaksa bersara lebih awal kerana sakit jantung tahun lalu turut dilihat menyertai kejayaan itu, manakala Messi berlutut dan dikerumuni oleh rakan sepasukannya.
Ads
Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu juga disatukan dengan keluarganya yang gembira, ketika ibu Celia Maria Cuccittini memeluknya Selain itu, isteri Messi, Antonela Roccuzzo dan anak-anaknya Mateo, Ciro dan Thiago turut menyertai bintang lagenda Argentina itu di atas padang.
Foto: IG @AntonelaRoccuzzo
Foto: IG@antonelaroccuzzo
Statusnya sebagai pemain terbaik kejohanan itu disahkan apabila dia dianugerahkan Bola Emas, sebelum disarungkan dengan bish untuk menjulang trofi Piala Dunia untuk kali terakhir.
Lionel Messi meninggalkan pentas Piala Dunia buat kali terakhir dengan cara paling dramatik awal pagi tadi, mengetuai senarai panjang pemain ternama yang mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan terbesar bola sepak itu.- Star Daily
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena pelancaran susu UHT sedia untuk diminum yang terbaru, Fernleaf menggalakkan warga Malaysia untuk mencapai kehebatan masing-masing dengan disokong oleh semangat pasti boleh dan 100% kebaikan susu dari New Zealand.
Menurut Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia sewaktu pelancaran produk baru menjelaskan bahawa setiap individu memerlukan sedikit kehebatan dalam kehidupan masing-masing. “Sama ada sampai ke tempat kerja tepat pada masa, mendukung anak anda atau mengangkat barangan yang dibeli, bersenam dan mengangkat beg sekolah, kita memerlukan daya mental dan fizikal dalam bentuk tenaga dan semangat untuk menjalankan kehidupan harian!”
Susu Fernleaf yang kini disediakan dalam pek UHT baharu dan mudah adalah sesuai untuk seisi keluarga. Dilengkapkan dengan nutrien-nutrien penting seperti protein, vitamin A dan D serta kalsium, susu ini membantu warga Malaysia meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga di mana-mana sahaja mereka berada dan bersedia untuk mencapai kehebatan masing-masing.
Ketika menjelaskan tentang sumber dan pengeluaran susu Fernleaf, Ong berkata: “Ramai pengguna tahu bahawa susu Fernleaf berasal dari New Zealand. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa Fernleaf disokong oleh rangkaian yang besar yang komited ke arah kecemerlangan tenusu. Syarikat induknya, Fonterra, merupakan syarikat nutrisi tenusu global yang dimiliki oleh 10,500 peladang dan keluarga mereka yang disatukan dengan matlamat bahawa kecemerlangan tenusu dapat membawa perubahan”.
Dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri dan keluarga anda, jadikan kebaikan tenusu dari New Zealand memastikan anda 100% bersedia untuk mencapai kehebatan! Susu ini didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara pada harga RM5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.
Susu UHT Fernleaf didapati dalam tiga pilihan yang lazat, penuh krim, rendah lemak dan coklat untuk memenuhi setiap cita rasa yang berbeza dalam keluarga.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fernleaf, layari dan ‘suka’ Fernleaf Facebook untuk kemas kini yang terbaru. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, sebagai seorang seniman, Dato’ M.Nasir sering mencabar dirinya dalam pelbagai disiplin seni seperti lukisan, pembikinan arca dan lain-lain termasuk juga bidang lakonan.
Dato’ M. Nasir
Beliau terkenal dengan watak-watak ikonik seperti Bujang dalam filem Kembara Seniman Jalanan, Desa dalam filem Balada, dan yang paling diingati ramai, Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang. Kali ini beliau memegang watak seorang Imam.
Dato’ M. Nasir memegang peranan sebagai IMAM
Filem ‘Imam’ terbitan Al- Kahfi Pictures Sdn Bhd arahan Mior Hashim Manap adalah sebuah adaptasi karya agung Sasterawan Negara iaitu Dato Abdullah Hussain yang turut dibintangi oleh Vanida Imran dan Faizal Hussein. Jalan cerita filem ‘Imam’ mengikuti kepulangan Imam Haji Mihad (dilakonkan oleh Dato’ M.Nasir) ke kampungnya, Kampung Anggrik Desa, setelah lama menghilangkan diri.
Setelah dilantik oleh penduduk kampung untuk menjadi Imam baharu menggantikan Imam tua, Haji Abdul Rahman, beliau berusaha untuk membawa pambaharuan kepada masjid tersebut namun usahanya ditemui dengan tentangan dari penduduk yang masih jumud.
Selain bergelar pelakon utama filem tersebut, Dato’ M.Nasir mengeluarkan single terbaharu berjudul Munajat. Ia amat dinanti-nantikan setelah sekian lama sejak album terakhir beliau ‘Sang Pencinta’. Single Munajat terbitan Luncai Emas Sdn Bhd, ciptaan sepenuhnya oleh Dato’ M.Nasir adalah juga lagu OST filem ‘Imam’ yang dibintanginya sebagai watak utama .
“Munajat’’ secara umum membawa maksud doa atau rintihan hati, selalunya dalam bentuk zikir yang bertujuan untuk merayu dan meminta keredhaan Tuhan Yang Maha Esa iaitu tujuan sebenar seorang Muslim.
Di dalam filem ‘Imam’, percanggahan pendapat antara Imam Lama dan Imam Baru melahirkan persengketaan yang mengalihkan perhatian orang daripada tujuan sebenar itu, dan lagu ini berusaha untuk mengingatkan kembali perkara tersebut.” Kata M.Nasir apabila ditanggungjawabkan untuk mencipta lagu OST Imam oleh Mior Hashim Manap yang juga merupakan penerbit filem ini.
Luncai Emas berharap single ini dapat mengubati rindu para peminat M.Nasir yang sekian lama menanti buah tangan baru dari beliau. Single ini telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik videonya di saluran YouTube Luncai Emas pada Jumaat 10 Februari 2023. Filem IMAM bakal ditayangkan di semua pawagam pada 2 Mac 2023.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Label terkenal skaf dan busana, Ariani telah melancarkan koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018 bagi menyerikan sambutan aidilfitri tahun ini. Sebanyak 60 pilihan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.
Menampilkan rekaan selendang sehinggalah ke pilihan tudung instant, koleksi Ariani Lebaran 2018 merangkumi pilihan hijab polos dengan warna pastel dan vibrant serta pilihan corak printed yang segar dan menjentik pandangan. Formulasi tudung instant untuk musim perayaan pula adalah mengikut kehendak dan permintaan pelanggan yang inginkan helaian hijab instant yang mudah digayakan.
Sentuhan eksklusif berupa permata Swarovski dan perincian lace berkualiti tinggi menjadikan koleksi hijab tampak eksklusif. Menariknya 10 koleksi hijab merangkumi selendang, tudung segera dan bawal turut ditampilkan bersempena kolaborasi dua drama arahan Michael Ang iaitu Hati Seorang Perempuan dan Pengantin Salju.
Lima koleksi rekaan Scarf Hati Seorang Perempuan by Ariani edisi terhad terdiri daripada Bawal Fleur Ilaina, Selendang Bloom Ilaina, Selendang Airy Ilaina, Selendang Charming Ilaina dan Instant Grace Ilaina. Setiap helaian tudung ini direka dengan mengadaptasi karektor pelakon utama drama iaitu Mira Filzah dan Uqasha Senrose dalam helaian hijab yang penuh cita rasa.
Ariani juga telah menghasilkan koleksi istimewa Scarf Pengantin Salju by Ariani dengan menampilkan helaian tudung instant dan selendang juga dalam edisi terhad bersempena dengan kolaborasi Drama Pengantin Salju yang dibintangi oleh penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana. Tersedia tiga koleksi istimewa yang terdiri daripada koleksi Selendang Kaseh Salju, Bawal Sonata Salju dan Instant Hana Salju.
Untuk koleksi Ariani Luxe, sebanyak 30 koleksi dipersembahkan. Koleksi hijab premium ini mendapat sentuhan artisan mahir dengan penggunaan perincian renda dan Swarovski eksklusif terdiri daripada rekaan selendang, turban dan inner.
Bagi melengkapkan koleksi lebaran, Ariani juga telah melancarkan 30 daripada 70 rekaan terbaharu koleksi Glam Lebaran by Ariani RTW yang merangkumi kurung moden polos, kurung bercorak moden dan jubah daripada pelbagai nuansa pastel dan terang. Koleksi Glam Lebaran by Ariani RTW turut menghasilkan koleksi plus size atas permintaan pelanggan.
Khas buat penggemar rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif, Ariani juga menampilkan koleksi The Premium Series By Ariani RTW. Koleksi ini dijual dalam kuantiti yang terhad. Keistimewaan koleksi The Premium Series ini ialah daripada segi penggunaan material brocade dan kapas berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori berupa Swarovski.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.