Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga 28 April ini, rata-rata masyarakat ‘merungut’ betapa berbezanya sambutan puasa tanpa kebiasaan bersolat tarawih di masjid dan bazar Ramadan.
Namun kalau diteliti laporan kes COVID-19 hingga semalam, barangkali kita pun boleh meramal, dunia luar masih belum selamat dari jangkitan. Sebenarnya peluang di rumah pada bulan puasa nanti seharusnya dimanfaatkan. Mungkin sebelum ini kita terlalu sibuk, jadi cuba untuk kali ini saja, kita rebut sebanyak-banyak nikmat di bulan Ramadan.
Salah satu dialog menarik adalah di antara Menteri Agama, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di IGTV. Kedua-dua murabbi kesayangan rakyat Malaysia ini saling berpendapat bahawa PKP ketiga ibarat ‘dalam bala ada nikmat’.
Sebagai agamawan, Dr. Zulkifli selalu berkongsi pandangannya melalui platform media sosial. Antara isu-isu yang pernah ditegurnya adalah kontroversi tajuk drama Isteri Untuk Disewa dan status jantina usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman (Nur Sajat) ketika menunaikan umrah di Mekah.
Ads
Dr. Zulkifli dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Kampung Goh Pauh, Kemaman, Terengganu. Sebelum ini beliau merupakan mufti Wilayah Persekutuan dan juga pengasas kepada Pondok Moden al-Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk, tidak sedikit pun Tokoh Maulidur Rasul 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan itu berbangga diri dengan jawatan tersebut.
Keluarga Datuk Seri Dr. ZulkifliSenator Datuk Seri Dr. Zulkifli dan Datin Seri Dr. Shereen Mohd Yunos
Gunakan Sebaiknya
Ads
Biarpun berpangkat besar, beliau sebenarnya seorang yang merendah diri dan sering mendengar pandangan agamawan lain.
Satu soalan Dr. Zulkifli yang menarik perhatian ramai, adalah sewaktu beliau bertanya soalan kepada UAI bagaimana kalau UAI dilantik memegang jawatan Menteri Agama Malaysia.
Jawab UAI, apabila seseorang individu mendapat kuasa atau pengaruh, gunakanlah peluang itu sebaik-baiknya. Kelak nanti tanggungjawabnya akan dipersoalkan Allah.
Mula dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada 2014, Zulkifli menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama dan beliau turut menghasilkan beberapa penulisan buku keagamaan seperti Bayan Linnas, Irsyad Fatwa dan Irsyad Usul Fiqh.
Kelantangannya mencoret nasihat-nasihat agama berkaitan isu semasa membuatkan rakyat semakin menyayanginya. Beliau dianggap seorang agamawan yang menegur tanpa sebarang prejudis, hanya mahu menegakkan hukum dan syiar Islam.
Semoga Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dikurniakan kekuatan, kesihatan dan kesabaran memimpin kementeriannya kelak sekaligus mengangkat syiar Islam di Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nauzubillah! Bayangkan dalam keadaan jalan raya yang sesak dan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur pun jenayah kecurian pecah kereta berleluasa, inikan pula kalau kita memandu malam seorang diri.
Kejadian yang baru berlaku kepada Peneraju Kanan Bernama Radio, Nazira Noran ini patut menjadi peringatan penting buat golongan wanita yang memandu kereta bersendirian.
Selepas memecahkan cermin kereta mangsa, pencuri yang menaiki motosikal itu terpaksa ‘berputih mata’ kerana hanya sempat mengambil steering lock di tempat duduk penumpang.
Meskipun masih panik dan terkejut, tindakan pantasnya bergegas ke balai polis untuk membuat laporan mungkin dapat menyelamatkan mangsa lain daripada ditimpa kes yang sama. Ikuti perkongsian beliau di bawah.
=======================
08.10.17 Innalillahi wainna ilaihir rojiuun. Musibah ini hadiah.
Alhamdulillah, saya selamat walau sedikit tercedera di tangan kerana 2 penjenayah bermotosikal memecahkan cermin kereta di traffic light Jalan Ampang, berdepan Balai Polis Jalan Tun Razak waktu Maghrib tadi.
Penjenayah tadi cuba mengambil handbag di seat sebelah, tapi yang dirembatnya steering lock saya. Handbag saya biasanya letak di kaki, tapi tadi handbag ada di atas riba kerana saya sedang mengambil charger handphone.
Saya tengah tunduk dan membalas mesej Whatsapp kawan, jadi mata saya juga terselamat dari terkena serpihan kaca. Kejadian berlaku terlalu pantas, 10-30 saat motosikal yang mengambil barang itu lesap dengan steering lock saya.
Alhamdulillah sebelah kanan saya balai polis, jadi saya terus membuat pusingan U-turn dan buat laporan polis. Syukur semuanya selamat.
Peringatan untuk wanita yang memandu sendirian. Jangan, jangan, jangan sesekali letak handbag kat seat kiri. Saya yang tak letak handbag kat situ pun dia masih nak pecahkan kereta dan rembat apa yang ada kat seat sebelah.
InsyaAllah pengajaran untuk saya dan semua wanita untuk tidak memberi peluang kepada penjenayah. Ini peringatan juga untuk saya dan wanita lain di stesen minyak atau tempat berisiko. Kalau berjalan seorang, lebih baik letak purse dalam poket saja.
=======================
Kata Nazira lagi, pencuri itu cuba memecahkan cermin keretanya sebanyak dua kali menggunakan senjata tajam menyerupai besi dan kapak. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Facebook Nazira Noran
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menerusi satu entri di laman Instagram, menantu kepada penyanyi kesayangan negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Tya Arifin berkongsi berita gembira bahawa dia kini hamil 4 bulan.
“Alhamdulillah, inilah saatnya untuk saya umumkan berita gembira kepada semua.
Arif akan menjadi abang, insyaallah. Mohon doa nya kepada semua, semoga bayi dalam kandungan ini sihat”, tulis Tya di laman instagram.
Apa yang menariknya, Tya berkongsi berita gembira tersebut kepada suami, Ashraf Khalid dengan membuat kejutan. Bertambah sweet apabila anak lelaki mereka, Arif Jiwa yang menyerahkan pregnancy kit kepada Ashraf.
Seronoknya tengok pasangan bahagia ini. Diharapkan dengan kehamilan anak kedua ini, rezeki untuk keluarga mereka bertambah. Tahniah Nona ucapkan dan semoga Tya menjalani proses kehamilan dengan selamat sehingga proses kelahiran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sambutan tahun baharu pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa, 33, nampaknya disulami berita sedih apabila dia memaklumkan bahawa dirinya mengalami keguguran anak keduanya baru-baru ini.
Difahamkan aktress Indonesia ini sedang melalui trimester pertama kehamilannya.
The unpredictable news and might be a very unwanted one was ; ‘we’ve Lost the pregnancy’ on the first trimester
we felt deeply saddened , there was a big moment of reflection until right now , however we’ve came back stronger than ever as Family of 3
“It doesnt matter how long you are spending on the earth , how much money you have gathered, or how much attention you have received, it’s the amount of Positive vibration you have Radiated in Life that matters” Amit Ray
My inner strength is knowing when i should take a Break , and relax , don’t forget to live Life.. because the good times of today , are the sad thought of Tomorrow :,)
Perkongsian itu mengejutkan banyak pihak, tatkala ramai selebriti berkongsikan berita gembira dan impian mereka sempena kedatangan tahun baharu, lapor Suara.com.
“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.
“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Sebagai penutup hantaran yang dimuat naik itu, Acha yang pernah membintangi filem Heart, mengharapkan semua supaya menikmati kehidupan di tahun baharu.
“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula.
“Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” katanya.
Acha mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta. Meniti usia 32 tahun, Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Bridgia Kalina Kharisma atau Brie. Acha dan Vicky bertemu ketika sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya., Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!