Ads

Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah!

Dato' Dr Sheikh Muszaphar Pergi Umrah Dengan Ibu
Dato' Dr Sheikh Muszaphar Pergi Umrah Dengan Ibu

Sejuk perut ibu mengandung! Beruntungnya Datin Zuraida Sheikh Ahmad dikurniakan anak lelaki yang baik dan menghargai ibu tersayang. Walau sudah berkeluarga dan berstatus VIP, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar tetap cari peluang untuk membahagiakan ratu hatinya.

Apatah lagi, Datin Zuraida merupakan ibu tunggal yang kehilangan suami tercinta pada tahun 2012.

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Pergi Umrah Dengan Ibu

Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah! Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah! Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah!

Menerusi perkongsian di media sosial, angkasawan negara ini memaklumkan dia dan ibu berangkat ke Tanah Suci baru-baru ini bagi menunaikan ibadah umrah.

Kongsi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, “Umrah with ibu. Ibu termimpi-mimpi Kaabah. Luahkan hasrat nak pergi. Anak-anak semua sibuk. Decided to take her there. Just me and mom.

Just a short trip. 4 hari di Mekah, 3 hari di Madinah. Melepaskan rindu Rumah Allah. InsyaAllah semoga dipermudahkan Ya Rabb.”

Ads

Dalam perkongsian itu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar turut berhasrat untuk membawa seluruh keluarganya ke Tanah Suci kelak dan mendoakan semua yang mengikuti perkembangan dirinya.

Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah! Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah! Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah!

Menerusi video yang dikongsikan juga kelihatan suami Datin Dr Halina ini tenang mengerjakan ibadah di samping insan kesayangannya itu.

Ads

“Kali ini umrah with ibu. Umur 81 tahun. Pimpin tangan, belai tangan, tatih ibu. Sebagaimana ibu buat kat kita sewaktu kecil. Allahuakbar.

Ibu adalah segala-galanya. Ada sebab kenapa ‘Syurga di bawah tapak kaki ibu’. Disebut 3 kali, ibu ibu ibu. Barulah ayah. Hargailah ibu. They are everything,” tulisnya.

Datin Zuraida Ratu Hati Dato’ Dr Sheikh Muszaphar

Sebelum ini, sekitar tahun 2018 Dato’ Dr Sheikh Muszaphar pernah membawa Datin Zuraida bersama-sama ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji.

Bapa Dato’ Dr Sheikh Muszaphar iaitu Allahyarham Dato’ Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor meninggal dunia pada September 2012.

Ads

Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah! Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah! Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah!

Ibu Luah Hasrat Nak Pergi Mekah, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Bawa Ratu Hati Usia 81 Tahun Tunai Umrah!

Tahun ini usia perkahwinan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina bakal injak 16 tahun.

Artikel https://www.nona.my/kasih-seorang-ayah-baru-balik-sea-games-sheikh-muszaphar-hantar-anak-ikuti-program-di-oxford-university/

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, pasangan kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, sepasang kembar lagi Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia serta zuriat bongsu mereka, Sheikh Muhammad.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Bonda Umirah Taib, Wanita Inspirasi!

Ibu 7 Anak, Kaunselor, Pengusaha Villa & Penulis, Kejayaan Bonda Umirah...

Bonda Umirah Taib sememangnya seorang wanita hebat dan wajar dijadikan inspirasi! Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada tujuh anak, dia juga merupakan pengusaha vila, penulis buku, penceramah motivasi dan kaunselor berdaftar. Serba boleh orangnya!