Pertama kali meninjau wardrobe selebriti Ifa Raziah, terbeliak mata tengok koleksi beg-beg dan kasut kesayangannya. Paling banyak dari jenama Louis Vuitton, termasuk beg Ramadan bentuk bulan sabit ni yang baru dibuka panas-panas dari kotak untuk followers Majalah Nona.

Beg monogram terbaharu Ifa Raziah ni sebenarnya baru tiba di Malaysia. Direka oleh Nicolas Ghesquiere, Loop Bag ini diperagakan secara eksklusif buat kali pertama di runway Louis Vuitton Cruise 2022 Collection. Cantik sangat boleh digalas di bahu atau disilangkan.

IKLAN

Paling terkejut bila kami cuba selidik harganya di website rasmi Louis Vuitton Malaysia – RM10,400! Wow, ini baru beg Ramadan tau. Belum lagi beg raya Ifa Raziah dan beg-beg lain yang tersusun kemas dalam almari tu.

Part ‘unboxing’ tu yang best, kami pun berdebar nak tengok beg Ramadan Ifa Raziah…

 

Sebenarnya beliau tidaklah berniat untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar berkongsi minat sebagai wanita yang suka mengumpul koleksi beg dan kasut kegemaran ketika temu bual eksklusif NONA ON AIR pada Ahad lepas.

Harga itu pun inisiatif kami yang beriya-iya nak tahu, maklumlah teringin juga nak pakai satu. Tapi dalam mimpi sajalah.

 

TENTANG LV LOOP BAG

Ifa Raziah Unboxing Beg Ramadan, Cantiknya Louis Vuitton Loop Bag Harga RM10,400!
Harga beg Ifa Raziah di website

 

IKLAN
Ifa Raziah Unboxing Beg Ramadan, Cantiknya Louis Vuitton Loop Bag Harga RM10,400!
Sesuai untuk acara kasual dan formal

 

Ifa Raziah Unboxing Beg Ramadan, Cantiknya Louis Vuitton Loop Bag Harga RM10,400!
Ruang interior beg

 

Ifa Raziah Unboxing Beg Ramadan, Cantiknya Louis Vuitton Loop Bag Harga RM10,400!
Beg ini baru dipentaskan di runway Louis Vuitton Cruise 2022

 

BERJAYA

IKLAN

Rasanya nama Ifa Raziah atau Dato’ Saripah Raziah Mustapha ini tak perlulah diperkenalkan lagi. Beliau sudah mula menceburi dunia seni sejak tahun 1995, kira-kira 27 tahun lepas.

Pernah dikenali sebagai Diva Dangdut Malaysia, wanita jelita berusia 46 tahun ini turut mewarnai pentas seni sebagai penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan penghibur TV yang berjaya.

Lebih membanggakan, beliau kini merupakan seorang usahawan berjaya melalui perniagaan suplemen dan skincare Serifa Beauty. Ifa Raziah juga merupakan pengasas Starvendors Event, festival raya No. 1 Malaysia yang bakal diadakan bermula 22 hingga 25 April ni.

Ifa Raziah Unboxing Beg Ramadan, Cantiknya Louis Vuitton Loop Bag Harga RM10,400!
Dato’ Ifa Raziah

 

Betapa gigihnya selebriti ini mencari rezeki, setimpal dengan reward yang dibelinya untuk kepuasan diri sendiri.

Banyak lagi perkongsian Ifa Raziah yang menginspirasikan dalam video temu bual LIVE Nona On Air. Segala yang dikecapinya ini sesungguhnya adalah berkat kesabaran, usaha keras dan sifat tawakal pada rezeki Yang Maha Esa.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI