Nama Maia Estianty agak asing dalam kalangan peminat di Malaysia namun di negara jiran, Maia antara selebriti popular Indonesia dan merupakan bekas anggota Kumpulan Ratu bersama Mulan Jameela.
Dia pernah menjadi bualan ramai menerusi lagu hit Teman Tapi Mesra sebelum kisah penceraiannya bersama Ahmad Dhani tersebar luas.
Sah berpisah dengan vokalis kumpulan Dewa itu pada tahun 2008, Maia kini bahagia melayari alam rumah tangga di samping suami tercinta yang juga usahawan ternama Indonesia iaitu Irwan Mussry.
Dia kembali menjadi isteri pada tanggal 29 Oktober 2018 selepas dilaporkan mengambil masa selama 10 tahun untuk ‘pulih’ daripada penceraian.
Pada hari bahagia itu, kedua-dua ibu bapa Maia iaitu Harjono Sigit dan Kusthini hadir memberikan restu. Malah personaliti ini mendedahkan bapa tersayang tidak dapat menahan sebak ketika majlis berkenaan.
“Pada saat ijab kabul, tangisan ayahku sebelum selesai membaca bacaan ijab, pecah seada-adanya sampai kira-kira 10 minit, sehingga proses ijab kabul harus diulang oleh ayah yang akhirnya tenang.
Aku pikir ayahku adalah lelaki terkuat yang pernah ada, karena aku tidak pernah melihat beliau menangis, ternyata mengantar melepas anak perempuannya, beliau tidak sanggup menahan tangis harunya, diikuti kemudian tangisan ibuku dan ketiga anakku serta saudara-saudara yang datang.”
Maia berpisah dengan Ahmad Dhani selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dan kini selesa menguruskan kerjaya seni ketiga-tiga anak lelaki mereka yang dikenali sebagai kumpulan The Lucky Laki.
Ads
Hasil perkahwinan terdahulu, Maia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.
Meniti usia 47 tahun, Maia Estianty yang juga seorang penerbit gemar beriadah dan bercuti bersama suami ke luar negara. Lebih bermakna, suami menerima dan menganggap ketiga-tiga anak Maia seperti anak sendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berseri-seri muka Tasha Shilla sejak bergelar ibu dua anak! Jelas terserlah wajah bahagia pelakon jelita ini di samping suami tercinta dan anak-anak tersayang. Sejak berkahwin dan ada anak, agak jarang nampak lakonan Tasha di kaca TV. Barangkali tumpuannya kini lebih terarah kepada keluarga.
Menerusi perkongsian Tasha di media sosial, kebanyakan posting berkisar mengenai rutin hariannya sebagai isteri dan ibu.
Walau dah ada anak, tetap aktif hiking bersama suami dan dua anak kecil. Tak hairanlah Tasha boleh mengekalkan badan sihat dan ramping.
Selain sibuk urus keluarga, finalis Dewi Remaja 2005/2006 ini juga menguruskan bisnes sendiri iaitu Nyla by Tasha Shilla.
Jenama ini mempunyai rangkaian produk penjagaan rambut seperti Hair Tonic dan Hair Serum yang mula dilancarkan pada Ogos 2023.
Tasha Shilla ibu dua anak ini meniti usia 37 tahun merupakan wanita keturunan Melayu-Jawa dan pernah menggondol kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.
Tasha Shilla mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raees Zander kini berusia tiga tahun dan Nyla Kaadira.
Terdahulu, Tasha Shilla memulakan karier lakonan pada 1999 iaitu sejak usianya 12 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barisan jenama produk lokal sebenarnya setanding dengan jenama produk kecantikan antarabangsa. 8 produk lokal ini mewakili produk yang berkualiti dan kita patut berbangga berkongsi rutin harian dengan hasil yang luar biasa.
Bukan sahaja kesan yang hebat malah rekaan bungkusan dan penjenamaan produk lokal juga tidak kurang hebatnya. Jom semak 8 produk lokal yang dicipta untuk mengekalkan kecantikan wanita.
8 PRODUK LOKAL TERBAIK DI PASARAN
1 – FOLLOW ME Green Tea Hijab Syampu Hair Fall Solution pH-balanced
Siri FOLLOW ME Green Tea Hijab yang dirumus menggunakan teh hijau Jepun bagi memastikan wanita Malaysia aktif dan ceria menjalani kehidupan penuh yakin menggayakan hijab. Diinspirasi daripada teknologi Jepun, dengan ramuan utama iaitu habbatus sauda, ramuan ideal untuk mengembalikan pertumbuhan rambut. Ini disebabkan kandungannya tinggi dengan thymoquinone, sejenis antihistamin sangat kuat dan kaya dengan bahan-bahan yang mengurangkan keradangan, mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit kepala yang baik. Syampu Hair Fall Solution pH-balanced FOLLOW ME Green Tea Hijab memberi khasiat pada akar rambut bagi memastikan rambut lebih kuat.
2 – DR IRMA DERMO KLIN Cleanser & Moisturizer
Diilhamkan daripada masalah ramai orang ketika pandemic COVID-19, ramai yang terpaksa memakai topeng muka dan hasil daripada itu mereka mengalami masalah kulit seperti jerawat, alahan, kegatalan dan kemerahan. Cecair pencuci wajah ini boleh mencuci kulit sepenuhnya dan menanggalkan mekap dalam satu langkah dan seterusnya melembapkan kulit dengan sempurna. Dengan perlindungan SPF 10 ia sesuai untuk penjagaan kulit seharian dan ianya selamat tanpa SLS, pewangi, pewarna dan bahan kimia yang merosakkan kulit.
3 – NATUWREL Orynzyme Serum
Serum istimewa ini dapat menikmati khasiat 3 dalam 1 Face Oil, Pelembap dan Serum dalam satu botol. Memfokuskan kepada hidrasi kulit, meminimumkan pori wajah serta kaya dengan antioksida. Diformulasi dengan bahan-bahan istimewa seperti asid hyaluronic dan bebas paraben serta berkesan untuk membantu mengecutkan jerawat, memudarkan jeragat dan parut serta melembapkan kulit wajah secara semula jadi.
4 – MERMATTE Translucent Loose Powder
Kulit wajah makin berseri tatkala menyapukan bedak debu ke wajah usai menyapu bedak asas. Namun, pemilihan bedak debu ini sangat penting agar kulit wajah terus terpelihara dan kekal cantik. Mermatte telah memperkenalkan Translucent Loose Powder yang sesuai untuk semua tona kulit. Bukan itu sahaja malah berfungsi sebagai setting powder untuk solekan yang tahan lebih lama. Mempunyai tekstur yang sangat halus dan kemasan matte sesuai juga untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Diformulasi dengan Argan Oil, Vitamin E dan Vitamin C serta diperkaya dengan SPF35 menjadikan tona kulit lebih sekata dan kesan lebih cerah serta berseri-seri.
5 – ARYZAChia Miracle Oil
Minyak berasaskan chia seed sememangnya tidak asing bagi dunia kecantikan bagi membantu mengatasi pelbagai masalah kulit. Diinspirasikan daripada Tamadun Mayan dan Aztec ribuan tahun dahulu, Aryza Chia Miracle Oil berasaskan minyak chia seed organik yang diimport dari Mexico. Didatangkan daripada gabungan pelbagai bahan semula jadi hebat seperti Minyak Argan, Minyak Zaitun, Minyak kelapa dara dan Minyak Peppermint yang menyegarkan. Kaya dengan Omega-3 serta antioksidan sesuai untuk anti-penuaan, irutasi kulit, jerawat, ruam bayi dan masalah ekzema. Hanya beberapa titisan setiap hari untuk kesihatan kulit secara semula jadi.
6 – AURA KASIH Lip Serum
Inspirasi daripada minyak bijian bunga matahari dan shea butter, lip serum ini berperanan untuk melembutkan bibir setiap hari. Serum bibir Aura Kasih ini membantu merawat dan memunggilkan serta melembapkan bibir agar kekal sihat dan cantik. Serum ini juga membantu melicinkan garis-garis halus untuk bibir yang bermasalah. Selain itu, ia juga menghidratkan bibir dengan tekstur yang ringan dan kental serta lembut di bibir. Rasai sendiri bibir yang sihat dan lembut di bibir sepanjang hari.
7 – GÜZELIM BY SITI SALEHALush Jelly
Mengambil inspirasi daripada rahsia perubatan tradisional dan kebaikan daripada habbatussauda, maka lahirlah suplemen penjagaan kulit yang begitu istimewa ini. Hanya dalam 1 paket terdapat kebaikan yang mampu membantu meningkatkan tenaga dengan cepat. Suplemen sedia untuk dimakan (ready-to-eat) ini turut menyediakan kebaikan buah delima, vitamin C, kranberi, madu dan banyak lagi. Diadun sempurna untuk melambatkan kesan penuaan dan merangsang kulit bersih serta berseri-seri.
8 – TWO L(I)PSPrebiotik
Pembersihan yang mendalam boleh menyingkirkan bakteria ‘baik’ lalu menyebabkan mikrobioma tidak seimbang. Apabila ini berlaku, perlindungan pada kulit menjadi lemah dan terdedah kepada tekanan persekitaran yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit serta mempercepatkan penuaan kulit. Memperkenalkan koleksi Two L(I)Ps Prebiotik yang baharu lengkap dengan lima produk keperluan iaitu Rinse, Scrubbs, Juice, Sleepover dan Screen. Dirumus secara khusus untuk kekal di antara tahap pH 4 – 6, yang merupakan tahap pH optimum yang diperlukan untuk kulit pada bahagian vulva dan wajah agar semakin segar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam kerenah apabila tiba tahun baru. Ada yang kesal kerana tidak berjaya melengkapi azam tahun tahu, ada juga yang merencana azam tahun baru dan tidak juga yang asyik mencari kalender atau planner 2018. Ramai yang mula membuat resolusi untuk kurus pada tahun ini dan tidak kurang juga yang menyasarkan untuk kahwin pada tahun ini. Selamat berjaya dalam mencapai apa yang dihajati.
Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan tahun 2018 yang serba mencabar ini. Dalam sibuk membuat resolusi ada tak terselit untuk menjaga kecantikan dan kesihatan rambut. Rambut juga perlukan perhatian dan pelihara kesihatan rambut bermula pada kulit kepala dan akarnya.
Sapu perapi hanya di hujung rambut. Tanggapan yang mengatakan perapi hanya perlu di sapu di hujung rambut untuk rambut cepat panjang adalah salah. Rambut mudah rapuh dan perlu dipelihara daripada akarnya.
Keringkan rambut dengan tuala.Mengeringkan rambut dengan tuala adalah perkara normal dan jika dilakukan dengan cara yang tidak betul boleh mengakibatkan rambut mudah putus. Cuba ubah cara ini dengan mengeringkan rambut menggunakan jari. Perah rambut untuk mengeluarkan air dan lap lembut menggunakan tuala, bukan menggosok tuala pada rambut yang basah.
Keringkan rambut pada suhu yang salah.Wanita yang mempunyai rambut tebal terutamanya sering menggunakan suhu maksimum pada pengering rambut untuk lebih cepat mengeringkan rambut. Sepatutnya cara yang betul adalah bermula dengan suhu yang rendah.
Terlebih menggunakan syampu.Sudah seminggu tidak bersyampu kerana sibuk dan minyak pula sudah melekat pada kulit kepala. Apabila bersyampu umpama tidak bersyampu kemudian mula menambah lagi kuantiti syampu tadi. Cara ini adalah salah kerana boleh menjadi punca folikel rambut tersumbat.
Sikat rambut ketika basah.Pasti ramai yang selalu buat macam ini, kan? Sebenarnya rambut lebih rapuh ketika basah berbanding dalam keadaan kering. Jangan sekali-kali menyikat rambut sebaik sahaja selepas bersyampu. Keringkan dahulu, baharu bersikat.
Guna pengering rambut ketika basah.Percaya atau tidak sebenarnya kita hanya boleh mengeringkan rambut dengan alat pengering rambut ketika rambut 60 peratus kering. rambut mudah rosak atau putus kalau menggunakan pengering rambut semasa rambut basah. Keringkan dulu dengan tuala baharu gunakan alat pengering rambut.
Bersyampu setiap hari.Bersyampu setiap hari adalah salah dan sepatutnya bersyampu seminggu tiga kali sahaja. Terlalu kerap bersyampu akan menyingkirkan minyak semula jadi di bawah kulit kepala.
Tidak berlembut dengan rambut. Rambut bukan permainan yang boleh diperkotak-katikkan begitu sahaja. Jangan berkasar dengan rambut sehingga boleh membuat rambut rosak. Menyikat rambut dengan kasar atau mengeringkan rambut dengan rakus boleh merosakkan rambut seperti mudah putus dan keguguran rambut. Belai rambut dengan mesra dan tambah serum untuk penjagaan kulit kepala.
Keringkan rambut tidak mengikut seksyen kulit kepala. Kenapakah penting sangat mengeringkan rambut mengikut seksyen demi seksyen kulit kepala? Mengeringkan rambut mengikut seksyen kulit kepala ini penting agar rambut tidak kusut, susunan tekstur yang teratur dan mengelakkan sakit leher ketika menggunakan alat pengering rambut.
Elak menggunakan perapi rambut. Wanita biasanya tidak melakukan aplikasi yang betul ketika menyapu perapi rambut. menyapu perapi rambut dengan betul penting untuk mengekalkan kesihatan dan membuat rambut bersinar secara semula jadi. Sebulan sekali gunakan skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati yang ada pada kulit kepala.HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.