Untuk menjadi seorang yang sempurna pastinya bukan proses yang mudah. Malah, mungkin juga mustahil. Siapa yang sempurna di muka bumi ini kan?
Namun, trend hari ini seakan memaksa manusia untuk tampil sempurna terutamanya di laman sosial, biarpun terpaksa berkorban demi mencapai ‘beauty standard’ yang diagung-agungkan oleh warganet.
Berbicara mengenai soal berkorban untuk cantik, Nona secara eksklusif menemu bual Dato Seri Vida (DSV) mengenai persoalan yang seringkali timbul di kalangan masyarakat mengenai imejnya yang seringkali menjadi viral dan perbualan ramai.
Ada yang menyifatkan bahawa ‘Beauty Standard’ ini hanyalah sekadar propaganda pemasaran jenamanya semata-mata demi untuk mengaut keuntungan. Benarkah ia bersifat sebegitu? Jom bersama NONA merungkai setiap persoalan.
“Imej Viral, Ekstravaganza Itu Diri Saya..”
Menyentuh perihal imejnya yang acapkali menjadi perbualan dan mendapat kecaman dari netizen, DSV menyatakan bahawa itulah imejnya yang sebenar.
Namun dalam masa yang sama, ia merupakan salah satu cara untuk dirinya dikenali ramai dan sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera, dalam kata lain, untuk penjenamaan dirinya.
Ads
“Sebenarnya, imej saya hari ini sedikit ringkas dan lebih minimalis berbanding dahulu. Jika dahulu, saya memakai barangan kemas seperti pokok krismas! Begitu sarat dan keterlaluan.
“Namun hari ini, saya lebih suka untuk tampil ringkas tetapi masih tidak melenyapkan ‘trademark’ jenama DSV itu sendiri. Bagi saya fokus amat penting dalam membuat sesuatu perkara.
“Jadi, imej saya ini biarpun sedikit berkurangan, tetapi masih perlu menjadi perhatian ramai.
Ads
“Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri,” ulasnya lanjut.
DSV Akui Gadai Rasa ‘Malu’ Untuk Dikenali Ramai!
Tambahnya lagi, imej viral yang dihasilkannya itu juga merupakan salah satu cara untuk perniagaannya terus maju dan dikenali ramai. Tidak meletakkan rasa malu sebagai batu penghalang, DSV tetap fokus menjadi dirinya yang sebenar.
“Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat. Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri.
Ads
“Tidak mudah sebenarnya untuk membina imej diri saya hari ini. Pelbagai proses harus saya lalui tetapi itulah matlamat dan fokus yang saya letakkan dalam karier saya sebagai ahli perniagaan mahupun sebagai seorang penyanyi. Setiap kali saya ingin tampil dengan pembaharuan dan kelainan, saya pinta kepada-Nya untuk diberikan sebuah idea baru.
“Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat,” jelasnya.
Ternyata, nama Dato Seri Vida ialah satu dalam sejuta. Tidak ramai yang mampu memiliki hati secekalnya. Bijak dalam mengatur strategi penjenamaannya, sehingga hari ini jenama DSV sentiasa meniti di bibir masyarakat.
Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk berkorban demi cantik? Jawapan itu ada pada diri anda sendiri!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bintang kebanggaan tanahair Tan Sri Michelle Yeoh di Putrajaya, Khamis lepas. Tan Sri Michelle hadir ke Malaysia bersempena siri jelajah Fan Meet yang diadakan baru-baru ini di Pavilion Kuala Lumpur.
Menerusi pertemuan singkat di Pejabat Perdana Menteri, Anwar berasa cukup kagum dengan pencapaian Michelle yang memenangi trofi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Malah Anwar juga sempat melihat dan bergambar dengan lebih dekat trofi kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh itu.
Anwar menulis di FB nya, “Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang baru-baru ini merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).
Beliau menghimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini, dan beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya. Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa.”
Pada masa yang sama Anwar mengucapkan serta mendoakan agar Tan Sri Michelle Yeoh terus maju jaya dan beroleh lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak kenal pasangan selebriti Hollywood yang sering digandingkan dalam filem “I Know What You Did Last Summer” sekitar tahun 1997. Percintaan yang berputik di lokasi penggambaran filem tersebut pada tahun 1997 itu tanpa disedari telah membawa pasangan ini sebagai suami isteri apabila Freddia Prinze Jr melamar Sarah dan perkahwinan mereka berlangsung pada tahun 2022.
Foto: Instagram @sarahmgellar
Siapa sangka, usia perkahwinan pasangan selebriti ini mencecah angka 20 tahun pada tanggal 1 September lalu. Tidak ramai selebriti Hollywood yang kekal bersama pasangan mereka dalam ikatan perkahwinan dalam tempoh yang lama. Salute to both of them!
Gellar menyiarkan foto Instagram manisnya dia dan Prinze, yang meraikan ulang tahun mereka pada 1 September lalu, dengan meletakkan caption ringkas 20 dan sebentuk cincin perkahwinan.
Foto: Instagram @sarahmgellar
Sekadar info, Gellar, 41, dan Prinze, 42 bertemu pada tahun 1997 ketika sama-sama terlibat dalam pembikinan filem “I Know What You Did Last Summer”, dan mula berpacaran pada tahun 2000. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2002 dan pernah membintangi filem-filem lain bersama antaranya termasuklah seperti “Scooby-Doo” dan “Scooby- Doo 2: Monsters Unleashed.
Foto: Instagram @sarahmgellar
Perkahwinan indah pasangan ini dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Charlotte Grace dan anak lelaki Rocky James.
Dalam satu temuramah, Gellar berkongsi dengan majalah People mengenai rahsia perkahwinan yang berjaya.
“Luangkan 10 minit, letakkan telefon ke bawah. Minum secawan kopi bersama. Berjalanlah bersama haiwan peliharaan pada akhir malam. Baca buku cerita dengan anak-anak anda,” katanya.
“Maksimumkan waktu yang kamu ada. Kita semua ditarik ke banyak arah, jadi pastikan bahawa, mana pun yang kamu fokuskan, kamu hadir,” ungkap Sarah pada posting media sosialnya yang mendapat pujian ramai peminat kerana kagum dengan kisah cinta pasangan ini yang kekal romantis walaupun telah 20 tahun mendirikan rumahtangga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Happy 1st Birthday to my princess Aleya Norlini. Love you so much.”
Demikian kapsyen yang dimuat naik oleh YHM Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah di akaun Instagram peribadinya.
Turut disertakan beberapa gambar ‘throwback’ bersama paduka anakanda, YM Tengku Aleya Norlini. Hari ini, 2 Februari 2023 genaplah setahun usia Tengku Aleya.
Untuk info, Tengku Aleya Norlini merupakan anakanda kedua kepada Tengku Abu Bakar dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Manakala waris sulung pasangan Diraja ini, Tengku Zayn Edin Shah diputerakan pada 23 Julai 2019 dan kini hampir mencecah usia empat tahun.
Sudah tentu, Tengku Zayn dan Tengku Aleya menjadi antara cucunda kesayangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah.
Instagram House of Pahang turut memuat naik satu hantaran ucapan sempena ulangtahun keputeraan Tengku Aleya.
“Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan diucapkan kepada YM Tengku Aleya Norlini Binti YHM Tengku Abu Bakar Ahmad.
“Semoga YM Tengku Aleya serta paduka bonda dan paduka ayahanda sentiasa berada di dalam rahmat Allah serta dikurniakan kesihatan, kemudahan dalam urusan serta kasih sayang yang berpanjangan.
“Kami di House of Pahang sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan keluarga Diraja yang kami kasihi.”
Menjengah ke ruangan komen di Instagram Tengku Abu Bakar, rata-rata memuji kecomelan Tengku Aleya.
“Happy birthday to our extremely adorable little princess YM Tengku Aleya Norlini that your special day is just as magnificent as you are. May Allah keep showering his blessing on you! Aamiiinnn.
“Happy birthday Tengku Aleya comel!
“Happy 1st birthday beloved cutie.”
Semoga Puteri Aleya membesar dengan baik serta berada di bawah perlindungan dan kasih sayang Allah SWT.
Kredit Foto: Instagram @bakers.33 & @imanabdullah
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.