Impi Diri Secantik Bella Hadid, Lady Gaga Tampil Back-Up SELENA GOMEZ “Awak Sudah Sedia Cantik..”

Media sosial dan netizen sememangnya tidak boleh dipisahkan. Setiap kata-kata yang ditulis boleh melukakan hati seseorang. Baru-baru ini, tular penampilan Selena Gomez yang dilihat sedikit berisi ketika menghadiri anugerah Golden Globes hangat diperkatakan.

Walaupun Selena membalas bahawa dirinya kini baik-baik saja, tetapi ramai peminat mula berspekulasi yang Selena sedikit sebanyak cukup terkesan dengan komen dan kritikan netizen pada tubuh badannya.

Terbaru, Selena ada membuat hantaran di media sosial Tiktoknya yang kini mempunyai sebanyak 47.6 juta pengikut tersebut, memuji kecantikan supermodel Bella Hadid dan mula membandingkan dirinya dengan adik kepada Gigi Hadid tersebut.

Dalam klip tersebut, penyanyi dan pelakon kesayangan ramai itu merakam menggunakan filter

dengan bunyi viral suara Bella Hadid dengan tertera ayat, “Saya harap saya cantik seperti Bella Hadid.”

Sejurus selepas itu, tanpa membuang masa Lady Gaga menulis di ruangan komen dengan kata-kata semangat buat penyanyi Love You Like A Song itu “Awak sudah sedia cantik luar dan dalam, dan ada salah seorang wanita tercantik yang masih hidup!”

Peminat khususnya peminat Lady Gaga terus menggunakan medium Twitter teruja dan memuji sikap saling menyokong yang ditampilkan Lady Gaga buat Selena Gomez. “Seorang ratu menyokong ratu yang lain”.

Seronokkan bila tengok mana-mana wanita saling menyokong tanpa ada rasa iri hati, hasad dengki dan benci lihat orang lain lebih berjaya!

IKLAN
Share