Ini Harapan FEDTRI YAHYA Pada PM-10 “Rasanya Cantik Jika Mulakan Tugas Dengan Membaca Khutbah..”

Kemelut siapa yang akan menerajui negara terjawab sudah semalam apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri ke 10.  Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) selesai pun dah  mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di mana istiadat angkat sumpah berlangsung di Istana Negara.

Sudah tentunya lantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima respon luar biasa terutama sekali rakyat Malaysia yang ternanti-nantikan siapakah yang akan menjadi PM selepas PRU15 tamat 19 November lepas.

Personaliti TV, Fedtri Yahya turut memberikan cadangan menerusi ciapan dimuat naik dalam akaun Twitter nya lalu dikongsikan di Instagramnya mencadangkan agar Perdana Menteri Ke-10 tersebut memulakan tugas dengan membaca khutbah Jumaat hari ini. Fedtri juga turut turut meletakkan tag akaun PM baharu dilantik itu.

“Rasanya cantik jika Datuk Seri @anwaribrahim boleh jadikan Jumaat pertama esok sebagai #PM10 dengan membaca khutbah solat Jumaat. Kita harap masjid lebih makmur dengan sudut keilmuan, melahirkan hujjatul Islam yang berkualiti,” tulisnya.

Ciapan pengacara dan juga hos tv itu mendapat maklum balas positif daripada pengikutnya malag sudah menerima hampir 22,000 tanda suka dan diulang ciap lebih 8,000 kali. Rata-rata ramai bersetuju dan menyokong cadangan disuarakan personaliti berusia 41 tahun itu.

Berikut adalah komen-komen yang ditinggalkan oleh pengikut Fadtri Yahya. Apa pula pandangan pembaca NONA sekalian?

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share